CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Sunday, September 26, 2010

Kau Dan Aku..........(2)

Tiba-tiba dengan x semena2,mamat kat sebelah menggeliat sambil mendepangkan tangan sesedap rasa dan menghimpit aku.. 'Ish..ini sudah lebih'... "Huarghhh!!!!! Ngantuknya! " Katanya dengan perasaan x bersalah ditambah dengan muka bangang. Aku masih diam x kata pape.. Sekejap je,kepala dia dah terlentok atas bahu aku... 'Ini tak boleh jadi!!!'...

"Hello brader,awak ni pe hal?" Kataku perlahan tapi keras sambil mengalihkan badan dengan kasar hingga hampir tumbang mamat bangang tu.

"Jangan nak buat pasal kat sini yer!! awak ingat saya ni ape????" Kataku masih bernada sama. Darah mula menyirap dengan perbuatan biadap lelaki itu. Dalam hati aku..kalau dia masih tak serik,aku akan jerit kuat2 biar semua orang dengar..

"Opss!! Sorry2!! Saya tak sengaja" Sambil membetulkan duduk dan menjarakkan sedikit ruang antara kami.. Aku tetap tak berganjak dan duduk mengiring membelakangiknya. Masing2 diam tak terkata dan aku hanya berdoa supaya bas cepat2 sampai ke destinasi dengan selamat.

Pukul 5.30pagi,bas memasuki perkarangan hentian bas di Seksyen 17 Shah Alam.. 'Fuhh!!! Lega..' Aku orang pertama yang bangun dan menuju ke pintu bas sebelumsempat pintu bas terbuka. Dalam hati menyumpah2 sebab perkara bangang yang paling ditakuti telah terjadi pada aku. Selalunya aku hanya dengar cerita dari kawan2 je. Bila dah kena pada diri sendiri,baru aku rasa betapa sakitnya hati aku diperlakukan sebegitu...

"Eh! Jap la dik, x sabar2 nampak!" Kata pemandu bas sebaik saja nampak aku yang terburu2...

"Memang saya x sabar Pak Cik, x sabar2 nak turun dari bas ni sebab ada penumpang bangang dan miang.." Kataku geram dengan agak kuat sambil menoleh ke belankang.. Beberapa mata memandang ke arahku dan menoleh semula ke belakang, melilau2 mungkin mencari di mana tempat duduk aku tadi.. Mesti dorang nak tengok muka penyangak yang aku maksudkan tu.

Terbuka je pintu bas terus aku turun dan dengan pantas menuju ke tandas. Perasaan marah dan geram masih berapi2 dalam hati. Rasa geram yang teramat2 sangat.. 'Ishk!! geli gelemaluar n aku,kalau handsome macam Hans Isaac ke takpe la jugak, ini tidak,muka macam pecah rumah'.. Cheh!! sempat lagi nak memilih tu...

Keluar je dari tandas terus aku cari teksi nak balik kolej kediaman. Tak sabar2 rasa nak sampai ke bilik, nak merehatkan diri kejap sebelum bersiap2 ke kelas. Sampai je ke kolej yang terletak di Seksyen 18, aku terus menapak menuju ke apartmentku di blok 7,tingkat satu.. Penat dan ngantuknya rasa.. Masuk je rumah,basuh muka,terus aku membungkam atas katil dan zzzzzzzzzzz.. Xsempat nak kunci jam. Sedar2 jer tido tengok jam dah pukul 9 pagi... 'Alamak!! Aku dah miss kelas BEL... Aduh!! x sukanya..' Bangun meninjau ke bilik sebelah tengok house mate semua dah xde dalam bilik masing2.. Tinggal aku sorang je rupanya.. 'Sampai hati dorang x kejutkan aku.. @ aku yang tido mampus sampai langsung x sedar dorang kejut??' Next kelas kol 2 petang,so..alang2 dah terlajak, apa lagi,sambungla tido balik...

Begitula setiap hari rutin aku sepanjang bergelar pelajar di Uitm Shah Alam... Belajar sambil tunggu cuti sebab x sabar2 nak balik kampung.. Bila sampai time nk final exam, mula la muka masing2 macam dah terputus urat untuk senyum.. Pandang orang pun macam nak telan jer... Itu maknanya manusia yang jenis suka belajar di saat2 akhir.. Bila besok paper,malamnya langsung x tido mengadap buku2.... Mula la kelam kabut xtau mana dulu yang nak di sentuh.. Dan sume tu juga berlaku pada aku.. Xtau la ikut perangai sapa.. kih3...

Pukul 11 pagi,sume house mate balik dan bagitau kelas pukul 2 petang xde.. Cancel sbb lecturer xde.. Yabeda bedooo!!!

"Nah Gee..ni dia tumpi yang kau pesan tu" Hulur Syuk atau nama sebenarnya Sue. Dia memang dah tau makanan kegemaran yang aku pesan setiap kali dia balik ke kampungnya di Johor.. dan lebih special tumpi tu dia buat sendiri.

"Waa!! Sayangnya aku kat ko... Mmmuah!!" Kataku lantas terus bangun dari katil dan dan dengan rakus menyambut huluran dari sahabatku itu..

"Woi3!! Basuh muka dulu oii!" Celah Dayah,seorang lagi sahabatku yang juga satu negeri dengan Syuk sambil membaling bantal ke arahku.. Dengan tidak mempedulikan mereka2 semua,aku lantas membuka penutup bekas tersebut dan terus mengunyah sambil tersengih2 memandang dorang yang tersenyum2 sambil menggelengkan kepala..

"Lantak ko lah Gee,asal bahagia" Kata Ayu pula sambil menghulurkan tangan sambil memuncungkan mulut minta diisi tangannya dengan tumpi yang berada dipangkuanku.. Aku mengikut saja sambil meneruskan kunyahan dan bermalas2 di atas katil...

"Petang ni kitorang nak keluar pegi PKNS,ade nak cari barang sket" Kata Syuk sambil tangannya melipat2 pakaian yang baru diangkat di jemuran.

"Ow ye ke.. Pukul berapa korang nak pegi? Aku pn nak ikut jgk lah.. Nak cuci mata je" Aku memberi respond selepas tgk Dayah dan Ayu menganggukkan kepala tanda dorang pn ikut serta nant.. Takkan la aku nak tinggal sorang2 kat bilik kan.. Lain la kalau aku ni ada pakwe kat sini,bolehla ajak pakwe kuar jalan2 ambik kesempatan masa xde kelas ni..

"Kejap lagi lah,xpun lepas solat Zohor nanti" Kata Syuk

"Lepas solat nanti la,xla kelam kabut kat sana nanti" Kata Dayah mencelah lantas bangun dan mengambil pakaian dalam beg yang di bawa dari kampung...

Tengok dorang sume tgh sibuk2 berkemas barang2 yg dibawa dari kampung,aku pn menutup bekas tumpi yang dah tinggal separuh lalu bangun menuju ke beg balik kampungku yang langsung x terusik sejak sampai pagi tadi. Masa aku buka je zip beg,lantas aku teringat kisah bangang dalam bas yang terjadi padaku lalu aku pn bercerita la kepada 3 orang memberku dari mula sampai ke akhirnya... Borak punya borak,sedar2 jam dah pukul 1. Alamak,masing2 kalut angkat bontot nak bersiap2 nak keluar.. Ayu ambil baju dan tudung utk di iron, Syuk menyiapkan lipatan yang terhenti sejenak bila mendengar ceritaku tadi dan Dayah membelek2 pakaian yang nak dipakai nanti.. Aku lantas bangun dan mencapai tuala menuju ke bilik air untuk mandi.

Sepetang di PKNS bersama2 member sebilik betul2 memenatkan... Aku mula boring membontot kemana langkah kawan2ku menyinggah satu demi satu deretan kedai yang terdapat di situ.. Kaki dah naik lenguh,lantas aku mengajak Dayah menyinggah di Restoran KFC yang terdapat di situ sambil menunggu Ayu yang x habis2 lagi menyinggah ke satu demi satu kedai sambil ditemani oleh Syuk yang menjadi peneman setianya walau ke mana Ayu pergi...

Selesai semuanya,kami menuju ke tasik di seberang jalan untuk bersiar2 sambil melihat panorama di waktu petang. Puas berjalan,kami berempat melabuhkan punggung di satu bangku yang terdapat di situ. Terasa damai sekali duduk berehat sambil melihat keindahan tasik dan keletah kanak2 ditemani ibu bapa masing2 serta ramai juga yang memilih utk beriadah dan berjogging mengelilingi tasik Shah Alam yang cukup terkenal itu..

Lewat petang,kami berempat menuju ke bus stop utk pulang ke kolej.. X sampai lima minit menunggu,bas mini bewarna pink tiba dan berhenti.. Kami terus naik dan mengambil tempat duduk.. Dalam 10 minit selepas itu,bas mula bergerak setelah dipenuhi dengan penumpang yang menuju ke destinasi masing2.. Lebih kurang pukul 7 malam kami selamat sampai ke kolej dan masing2 merebahkan tubuh di katil melepaskan penat seharian berjalan.. Selesai membersihkan diri dan solat Maghrib,kami semua menuju ke Cafe yang terdapat di bawah utk makan malam.

Rutin harian sebagai pelajar berakhir selepas masing2 membawa haluan sendiri setelah tidak lagi bergelar mahasiswi dan kami terpisah disebabkan jarak yang jauh memisahkan kami. Walaupun kadang berhubung melalui telefon,namun tetap xsama seperti zaman belajar bersama dan tinggal sebilik. Kenangan tersebut tetap tidak akan dilupakan sampai bila2.....

0 comments: