CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thursday, January 20, 2011

Pusat Anak Permata Negara..

Haaa.. entry lps saya ade gtau nk anta hero saya kt sekolahlain kan?? Inilah dia tempatnya... Saya hrp sgt berjaya masuk ke situ sbb hanya yg betul2 layak saja akan di pilih? Kriteria pemilihan?? Haa sume ada kt bwh ni boleh tgk.. Mmg nampak bagus sgt sekolah ni...

FALSAFAH DAN FOKUS PERMATA NEGARA

Asuhan dan didikan awal kanak-kanak bertujuan mengembangkan potensi SETIAP ANAK PERMATA NEGARA secara holistik bagi mewujudkan modal insan negara yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi, jasmani, sosial dan komunikasi. Usaha ini memerlukan kerjasama antara pendidik, ibu-bapa dan komuniti.
• Program PERMATA Negara memfokuskan pada asuhan dan didikan awal untuk kanak-kanak yang memenuhi kriteria berikut:
i. Berumur satu hingga empat tahun
ii. Menetap di pinggir atau luar bandar
iii. Keluarga berpendapatan rendah
iv. Berbilang kaum dan agama
• Penglibatan ibu bapa dan komuniti adalah penting dalam pembelajaran anak-anak dan mempunyai matlamat secara keseluruhannya untuk meningkatkan kesediaan kanak-kanak memasuki alam pra dan sekolah rendah dengan persediaan pelbagai aspek perkembangan
• Fokus kepada merangsang perkembangan holistik dan intervensi awal kanak-kanak dari lahir hingga ke usia pra persekolahan.

a. Kajian pembangunan psikopatologi terhadap perkembangan sel-sel otak bahawa terdapat satu tempoh kritikal dalam pembelajaran di peringkat awal umur kanak-kanak di mana lebih banyak sinaps dapat dibentuk dan dikekalkan sekiranya sel-sel ini dirangsang dari peringkat awal
b. Bukti dari kajian neurosains menunjukkan 3 tahun pertama adalah penting dalam perkembangan otak kanak-kanakc. Dengan rangsangan yang betul dalam keadaan ceria dan gembira, otak kanak-kanak akan berkembang segar.


Syarat-syarat Pengambilan Pendidik

KELAYAKAN
•Memiliki ijazah dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak atau bidang sosial yang berkaitan SAHAJA.
•Memiliki Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) 3.0 ke atas SAHAJA
•Memiliki kecenderungan untuk mengasuh dan memiliki jiwa yang menyukai dan menyayangi kanak-kanak
BILA BOLEH MEMOHON
•Sekiranya terdapat kekosongan, pihak PERMATA Negara akan mengiklankannya di Jobs Malaysia, iaitu di laman web:
http://www.jobsmalaysia.gov.my/jcs/index.faces
•Pastikan anda berdaftar di laman web tersebut untuk mendapat maklumat mengenai temuduga.
PEMBERITAHUAN
•Sebarang resume yang dihantar pada Bahagian secara bertulis dan juga kepada email PERMATA Negara atau yang tidak memenuhi syarat kelayakan yang dinyatakan di atas tidak akan dilayan.

Bagaimana Kami Bermula

Penggerak utama yang mendorong kepada tercetusnya idea untuk menjalankan Projek Perintis PERMATA Negara ini datangnya daripada Y.A.Bhg. Datin Paduka Seri Rosmah Mansor bersama kumpulan beberapa orang profesional, pendidik, ahli akademik, pakar perubatan, pegawai polis, peguam, pegawai-pegawai kerajaan bagi membincangkan cadangan penyelesaian kepada masalah dan gejala sosial yang kian melanda para remaja yang sungguh membimbangkan.


Perbincangan profesional dalam pelbagai bidang, kepakaran dan latar belakang ini telah senada bahawa proses pembentukan insan yang cemerlang seharusnya dimulakan sejak awal bagi dan ianya akan lebih berkesan sekiranya dimulakan sejak lahir. Inilah yang telah membawa kepada lahirnya sebuah konsep yang begitu murni iaitu dengan menganggap bahawa setiap anak yang dilahirkan di bumi Malaysia yang bertuah ini adalah sebutir permata untuk negara yang akan bersinar menerangi kegemilangan negara di masa akan datang. Dari ini lahirlah "Setiap Anak PERMATA Negara" bagi menzahirkan suatu hasrat untuk memastikan setiap anak sejak dari awal lagi mendapat peluang permulaan hidup yang terbaik.


Dari situ tercetus idea untuk melaksanakan Program Asuhan dan Didikan Awal Kanak-kanak PERMATA bagi memberi peluang khususnya kepada kanak-kanak di bawah umur 4 tahun untuk mengalami proses pembelajaran awal yang berkualiti dalam suasana pembelajaran yang menyeronokkan.

Kanak-kanak berumur 0-4 tahun adalah satu kumpulan yang amat penting dan mereka mesti melalui satu proses perkembangan yang teratur. Sebagai modal insan yang sangat bermakna kepada masa depan negara, perlu ada satu program atau perancangan yang teratur, fokus dan bersepadu daripada mereka mula lahir hingga memasuki alam persekolahan sebagai satu strategi nasional, tambahan pula banyak negara-negara lain di dunia terutamanya negara-negara maju sudah menjadikan pendidikan awal kanak- kanak sebagai satu pelan nasional yang bersepadu.

Maka dengan itu Projek Perintis PERMATA Negara mula dilaksanakan pada tahun 2007, hasil dari pemerhatian yang dibuat pada program asuhan dan didikan awal kanak-kanak di negara-negara maju seperti Perancis, Amerika Syarikat, Australia dan New Zealand. Daripada pemerhatian, didapati negara-negara maju telah lebih awal memberikan penekanan kepada kaedah ‘pembelajaran yang menyeronokkan’ dan didikan mengikut kecenderungan kanak-kanak terbabit.


Sehubungan itu, kurikulum PERMATA telahpun digubal dengan diadaptasi dari model Pen Green Centre sebagai contoh amalan terbaik dan kemudiannya disesuaikan dengan budaya masyarakat setempat dan Falsafah Pendidikan Negara bagi memantapkan lagi kandungannya. Tema ‘Setiap Anak PERMATA Negara’ juga telah dipilih untuk menggambarkan kesungguhan kerajaan dan agensi-agensi pelaksana untuk menggubal satu dasar pendidikan awal kanak-kanak yang bersepadu dan menyeluruh. Hasil dari kesungguhan ini, Dasar Asuhan dan Didikan Awal Kanak-kanak Kebangsaan juga telah diluluskan oleh kerajaan ke arah menyediakan pendidikan yang sempurna dan berkualiti dan menyeluruh kepada kanak-kanak.

Hasil kejayaan pelaksanaan Projek Perintis Program PERMATA Negara, pelaksanaannya telahpun diperluas dan diperkasakan ke seluruh negara bagi memastikan lebih ramai anak akan mendapat peluang untuk diberi permulaan terbaik dalam kehidupan mereka sebagai persediaan menghadapi cabaran masa hadapan.

Hrp2 layak lah success ler sbb anak saya dh 4thn pd thn ni n pusat ni plak hya amik setakat umo 4thn je...

0 comments: