CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Friday, April 1, 2011

Kesihatan anak adalah kebahagiaan ibu bapa...

Pengharaman botol susu bayi polikarbonat yg mengandungi BPA(Bisphenol A)... Sebelum ni masa dgr berita mengenai pengharamannya,saya memang buta kayu xtahu lgsung apa itu BPA @ polikarbonat tu... dan saya pula x amik tahu sbb saya dgr masa tu biasanya botol2 yg ada BPA ni hrganya murah n botol2 BPA free biasanya berharga lebih RM10 setiap 1.. Anak saya plak biasanya pakai botol susu keluaran anakku @ disney yg harganya lebih RM10,so saya buat dekk je la..

Tapi hari ni masa saya baca paper bertajuk "Ibu bapa mula bimbang,panik".. terus saya jadi gundah gulana kerana secara tidak sedar,saya juga telah mendedahkan anak2 kecil dalam bahaya dan turut kesal dgn tindakan kerajaan yg menuggu sehingga tahun 2012 utk melaksanakan pengharaman adalah tidak wajar sama sekali... Polikarbonat adalah plastikyg digunakan dalam pembuatan botol susu bayi dan BPA ialah bahan kimia industri yg ditambah dalam botol susu bayi polikarbonat utk menjadikannya keras dan lutsinar... Kajian penyelidik bebas mendedahkan BPA akan mewujudkan ketidakseimbangan hormon,termasuk kanser payudara dan prostat, akil baligh awal dan perubahan sturuktur otak yang dikatakan berpunca daripada pendedahan ketika saat genting permulaan kehidupan bayi... Para ibu bapa diingatkan agar memandang serius masalah ini kerana kesannya bukan saja ditanggung anak2 malah kita juga turut menanggung akibatnya...

Tip-tip mudah bagi mengenal pasti botol yg mengandungi BPA:
* botol berkenaan jernih(crystal clear)
*harga murah (cth pakej 3 botol RM7.90)
*botol2 longgok dalam wagon
*Pd bahagian bawah botol terdapat 'nombor 7' dalam segitiga beranak panah (DANGER) *botol yg tidak mengandungi nombor lansung dibahagian bawahnya...

Nombor kod plastik yg berbahaya kepada manusia:
1 - PET(Polyethylene Terephthalate) biasanya digunakan sbg botol minuman ringan dan air mineral yg hya perlu digunakan sekali sahaja
3 - PVC(Polyvinylchloride) yg juga digunakan sbg plastik beracun kerana mengandungi bahan toksin berbahaya dan ia bukan bahan yg sesuai utk bahan makanan.. Biasanya digunakan sebagai getah paip,beg darah dan lain2...
6 - Polystyrene biasanya digunakan utk membuat bekas CD,kaset,pembungkusan sabun @ bahan pembasuh tetapi tetap digunakan bagi membuat botol susu bayi.. Ada juga pengilang yg BPA Free,namun wpun BPA free,tetap tidak sesuai utk botol susu bayi..

Sementara BOTOL YANG SELAMAT DIGUNAKAN adalah bahan bernombor 5 PP(Polypropelene), yang kebiasaannya bahan ini gigunakan untuk botol ubat serta penyedut minuman manakala yg bernombor 2 dan 4 pula, ia selamat digunakan berulang kali serta botol kaca...

Amat dikesali bila saya dapati botol susu yg anak2 saya gunakan bertanda "7" di bawahnya.... Bila saya tanpa berlengah2 ke pasaraya dgn niat utk menggantikan botol anak2,sekali lagi saya dikecewakan dgn ketiadaan botol2 BPA free dan kesemua botol yg berderet di atas rak bernombor "7" dan lgsg tidak bernombor... Maknanya x semua botol2 mahal bebas BPA...

Kepada ibu bapa sila ambil perhatian dan cek botol2 anak anda... Kalau mmg dh selamat,Alhamdulillah.. Kalu x,apa tunggu lagi.. Bertindak segera.. Kesihatan anak2 adalah kebahagiaan kita.....

2 comments:

eda said...

beli brand philip n chocci bpa free....

Arique Alffie said...

pasaraya ada ko? k.long guna hoktu ko?