CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Sunday, September 26, 2010

Kau Dan Aku..........(3)

4 TAHUN KEMUDIAN (2004).....

Setelah tidak lagi bergelar sebagai seorang pelajar,aku mula gigih ke sana ke mari mencari pekerjaan untuk mendapatkan hasil utk menyara diri sendiri.. Ye lah,mana mungkin nk dok terperap je kt umah kan.. Mcm2 tempat aku pegi asal dengar je ada keja kosong... Last2 seolah2 rezeki berpihak kepadaku bila pada satu hari masa aku bercakap dgn kakak iparku melalui telefon,secara x sengaja terkeluar cerita pasal cari kerja ni dan aku ade cakap yg aku ada apply utk jawatan GSTT(Guru Sandaran Tak Terlatih).. Kebetulan kakak iparku bekerja di PPD Daerah Petaling memberitahu yang Sek Keb Seksyen 18 ada kekosongan utk GSTT dan dia menyuruh supaya aku ke sana dan memohon jawatan tersebut secepat mungkin.. Aku apa lagi,teruslah bergegas ke sana dan Alhamdulillah segalanya menjadi mudah dan aku diterima bekerja di situ dan mengikat kontrak selama setahun.. Syukur pada Allah.

Sejak itu,bermulalah kerjaya sementaraku sebagai seorang guru.. Banyak sungguh cabaran yg terpaksa aku lalui kerana menjadi seorang guru x semudah seperti yg disangka memandangkan aku langsung tiada pengalaman dalam bidang tersebut.. Ditugaskan sebagai guru Bahasa Inggeris tahap satu betul2 mencabar kesabaran bila terpaksa berdepan dgn pelbagai karenah pelajar yg berbilang kaum.. Dalam satu kelas,ada bangsa melayu,cina dan India yg mempunyai peel yg pelbagai.. Namun,aku bersyukur kerana selama setahun aku xperlu lagi ke hulu ke hilir mencari pekerjaan..

Sahabatku, Nora yang menyambung pengajian ke peringkat degree di Uitm Shah Alam,sedang bercuti semester dan sdg mencari pekerjaan kerana bosan. Memandangkan aku ketika itu tinggal bersama kakak iparku,aku mengajak Nora utk tinggal bersama denganku dan aku akan membantunya utk sama2 mencari pekerjaan buat sementara waktu.. Tamatnya sesi persekolahan, aku dan Nora akan menjejaki setiap kilang2 yg ada di sekitar Shah Alam untuk melihat kalau2 ada dipamerkan iklan jawatan kosong.. Selepas lebih kurang seminggu pencarian,dptlah Nora bekerja di Kilang sarung tgn yg terletak di Seksyen 24 sbg operator yg bekerja shift... Hmm kira ok la tu smbil2 cari pengalaman.. Setiap hari ada saja cerita baru yg dibawa balik dr kilang.. hihihi best jgk dgr kisah hidup seorang pekerja kilang.. Sejenak terfikir perjalanan hidupku.. Apakah mungkin aku juga akan menjejakkan kaki ke salah satu kilang di Shah Alam bila tamat kontrak GSTT pd hujung tahun nanti atau mungkin nasib akan berpihak lg padaku utk terus berkhidmat sbg seorang guru??.. Tp rasanya aku xsggp utk terus berkhidmat sbg seorang guru,sebab setelah hampir 3bulan,kurasakan aku tiada keserasian antara aku dgn pekerjaan ni.. Aku mmg x sesuai menjadi seorang pendidik.. Nasib baik aku tolak tawaran utk menghadiri temuduga ke maktab perguruan lepas tamat SPM dulu.. Hehehehe nasib baik je lah modalnya...

Lebih kurang 2bulan Nora bekerja,mcm2 rungutan aku dgr setiap kali ingin ke tempat kerja dan setiap kali balik dr kerja..hahaha tu lah,sapa suruh nk keja kan?? Penat lah,xlarat lah,sakit lah.. Nora mmg xlayak kerja kilang.. Hmmm nasib baik keja sementara cuti semester je,dibuatnya itu mmg keja ttp dia,aku rsa setiap 2bulan mesti angkat kaki nk cari keja lain sbb x tahan..heheh.. Macamana la nasib aku nanti... Akan terbelakah atau mungkin aku akan terus menganggur dan menganggur sambil mencari pekerjaan yg sesuai denganku..

"huk3... Gee,xlaratnya saya.. tgk tgn ni abis melecet"..kata Nora setiap kali smp rumah sambil menghumbankan badan ke tilam

"Apasal plak smp melecet? engko buat pe? main api ke?" Tya ku sambil bergurau

"Ko tau tak,saya dh xsggup lagi nk keja mcm ni tau.. Tmpat tu kan buat glove, proses buat sarung tgn ni,dia akan msk getah tau..pastu ada satu acuan yg berbentuk tangan akan celup dlm acuan tu,macam tu la lbh kurang step dia.. Panas benda alah tu.. Pastu saya part yg kna tarik n kuarkan sarung tgn dr acuan dia tu..Panas tau.. Walaupun pakai sarung tangan,tp still jgk rasa bahangnya smp tgn saya melecet macam ni" terang Nora panjang lebar sambil membelek2 tangannya dan ditunjukkan padaku.. Kesian plak aku..

" Hmmm tu lah kan.. macamana la pekerja2 yg dah lama kerja kt situ dan itu lah keja dorg utk mencari sesuap nasi.. Macam x sggup je aku nk keja mcm tu wei" Kataku sambil memikirkan kalau aku di tempat Nora

"Tu lah Gee,kita mmg x sesuai lah keja mcm ni... Manja sungguh kan"

"Bukan manja je,tp aku mmg rasa mcm xsggup nk keja dkt mana2 kilang sekali pun.. Tu lah yg mak bapak sruh sgt kita belajar pandai2..sbb xnk jadi macam ni lah.." Balasku dgn perasaan sedikit gusar bercampur risau.. Perjalanan hidupku masih jauh dan belum tentu lagi bagaimana masa depan yg akan aku lalui nanti.. Selagi belum mendapat pekerjaan tetap,selagi itu lah aku akan x tenang..

"Xpe lah,lg seminggu je saya akn bergelar sebagai minah kilang,lepas ni tidak lagi..hehe" Kata Nora seolah2 xsbr utk dia cpt2 meninggalkan pekerjaan tu.. Mmm bermakna lg seminggu Nora akn tiggal bersamaku sebelum dia meneruskan pengajiannya semula.. Tinggallah aku sorang2 balik..

Kehidupan sebagai seorang guru berjalan seperti biasa.. Agak memenatkan rupa-rupanya tugas sebagai pendidik ni.. Waktu sesi persekolahan,xde langsung masa terluang disebabkan jadual kelas yg padat.. Kerjanya ttp sama masuk keluar bilik darjah dan aku rasakan setiap hari aku lebih banyak berdiri dan berjalan dari duduk di meja.. Itu adalah prosedur yg mesti dipatuhi,guru x boleh duduk semasa mengajar dan mesti round table setiap kali selepas selesai memberi tugasan utk memastikan murid2 membuat kerja dan memberi tunjuk ajar kepada murid2 yg x faham.. Dalam kelas plak x bleh marking paper.. So,semua kerja2 memeriksa buku akan dilakukan di rumah atau di bilik guru bila ada masa yg terluang xsmp sejam dlm sehari..Waktu tu jgklah terkejar2 nk ke kantin makan.. Xde maknanya nk berkawan2 masa makan sebab jadual pengajaran telah ditetapkan dan sudah tentulah msa yg berbeza2 setiap orang..

Kebiasaannya,cuti hujung minggu pulak akan dipenuhi dgn aktiviti ko kurikulum ataupun persatuan di sekolah.. Namun,memandangkan cuti hujung minggu yg akan datang tiada apa2 aktiviti dan hari Isnin diambil sebagai cuti peristiwa,disambung plak hari Selasa Cuti Hari Kemerdekaan iaitu 31 Ogos,aku apa lagi..mengambil kesempatan utk balik kampung la. Bolehla ambil kesempatan utk bertemu buah hati memandangkan buah hatiku pada ketika ini bekerja di kampung.. Tambahan pulak,hati berkobar-kobar utk berjumpa dengannya disebabkan ada belaku sedikit krisis antara kami..

31 Ogos 2004,merupakan sejarah hitam dalam hidupku bila kepulanganku ke kampung pada kali ini membawa kepada terlerainya hubungan kasih yg terjalin hampir 6 thn antara aku dan si dia.. Hubungan yg terjalin sejak di bangku sekolah akhirnya terlerai disebabkan orang ketiga.. Sejarah yg amat memeritkan dan menyakitkan hatiku kerana dia yang memutuskan hubungan kami dan cara dia memutuskannya tidak akan aku lupakan sampai bila2 kerana kurasakan begitu kejam dan sangat melukakan hatiku.. Terkubur sudah kenangan2 yg kami lalui bersama dan mulai dari saat itu,hidupku terasa kosong dan tidak ada apa2 erti.. Namun,aku tetap kuatkan semangat dan percaya ada hikmah disebalik apa yg telah berlaku antara kami dan mungkin sudah ketentuan Illahi tiada jodoh antara kami.. Nasib baik aku masih ada keluarga dan kawan2 yg banyak menyokong dan memberi kata2 semangat agar aku tidak berterusan bersedih dan meratapi apa yg berlaku.. Magic jugak ku rasakan apabila hanya seminggu sahaja aku sdh biasa dgn kehidupan baru,lagipun selama tempoh hubungan aku dgn dia,sejak setahun kebelakangan aku dh mula rsa lain macam bila dia semakin jarang menghubungiku apatah lagi untuk berjumpa. Bila aku telefon atau SMS,hanya sekali sekala yg dibalas dan bercakap pun antara nak dengan xnak saja..

Sahabatku Nora,antara yg sentiasa aku kongsi apa saja masalah dan cerita tentang kami banyak memberi kata2 semangat agar aku bersabar dengan ketentuan ini dan setelah apa yg berlaku,barulah dia membocorkan rahsia yg terpendam selama ini bahawa dia sebenarnya tidak berapa menyukai ex aku tu.. huhu..baru aku tau begitu ceritanya. Patutlah Nora kurang gemar bila aku mengajaknya keluar bersama setiap kali ex aku ada bersama.. Selepas sebulan berlalu,aku dah kembali macam biasa. Kenangan lama sudah aku buang jauh2 dan xnk dikenang lagi.. Xsangka aku boleh lalui semuanya dgn cukup mudah.. Mungkin untuk mengubat hatiku yang pd anggapan Nora masih bersedih,pada satu pagi hari Sabtu,semasa aku sedang bermalas2 di rumah xde apa2 perancangan,Nora menghubungiku.

"Wei Makcik! Ko tido lagi ke?" Tanya Nora dgn agak kuat

"Xde lah,saja lepak2 kt bilik je" Jawabku malas

"Wei!! Engko ada nk kemana2 ke ari ni? Ada plan?" Tanya Nora lagi.. Dalam hati aku mungkin dia jgk keboringan di kolej dan nak ajak aku keluar kemana2... Itulah rutin aku kebelakangan ni,setiap kali ada masa terluang aku akan amik Nora di kolej dan kami akan ke mana2 saja berdua.. Paling tidak pun kami akan ke tasik Shah Alam dan bersiar2 sambil makan2... Hubungan kami memang rapat bagai isi dgn kuku sejak di bangku sekolah lagi sampaikan ada yg cemburu dan salah anggap dgn hubungan kami.. Tapi,ada kami kisah?? Mak ayah masing2 pn dh faham sgt hubungan kitorang dan langsung x amik kisah kemana saja kami pergi,sebab dorang tau walau seberapa jauh pn kami pergi,kami tetap akan ingat mak bapak dan kami xpnh mengambil kesempatan di atas kebebasan yag diberikan.


"Entah..xde kemana kot.. Dok rumah je. Nape?" Tanyaku masih lagi bergolek2 atas katil

"Saya kt rumah Kak long ni..Datang semalam Kak long ambik.. Kitorang nak pegi Sunway Lagoon.. Jom ikut" Kata Nora pantas selepas tahu yg aku tiada apa2 program.

"Wah!!! Ye ke?? Bestnya... Bila? Nak ikut!!" Kataku gembira terus terbangun dan turun dari katil.. Terus hilang mood malas dan ditukar dengan mood yang ceria dengan berita gembira dari sahabatku itu.. Begitulah kami,kemana saja pasti berdua.. Kak Long,kakak Nora pn dh faham sangat keakraban kami. Itu sebab bila diorang nak pegi ke sana,disuruh Nora ajak aku sekali sebab tiket pn memang awal2 sudah disediakan untuk aku.. Aku apalagi,lgsg xmelepaskan peluang dan terus setuju dgn ajakan itu.. Lagipun aku xpnh lg ke Taman Tema yg memang mahsyur di Malaysia tu..

Sampai kat sana dalam pukul 10pagi.. Manusia ramai yang teramat sangat kerana hari tu merupakan Hari Keluarga Proton. Kitorang dapat pergi ni pun sbb tunang Kak Long merupakan staff Proton.. Kitorang berjalan2 saja sambil melihat org ramai yg berpusu2 dan penuh di semua tempat.. Tempat mandi lagilah,langsung xnampak airnya sebab dipenuhi dengan ribuan manusia.. Aku dan Nora sempat jgk beratur dan bermain dengan satu dua permainan. Kitorang naik Pirates of d Caribean smp pening2 lalat,pastu main luncur air,ntah nama apa ntah,pastu yg lain x sanggup nak beratur.. Sambil2 berjalan,sempat kitorang snap beberapa keping gambar utk dijadikan kenang-kenangan.. Tiba2 mata ternampak satu kain retang yang di gantung di satu tempat di situ.. Konsert bersama beberapa artis undangan yang antaranya adalah Zahid AF2.. Aku apalagi.. Gembira bukan kepalang la sbb masa tu tgh demam AF2.. Rasa nak meloncat dan aku ajak Kak Long dan tunangnya utk ke pentas utama semata2 sebab nk tengok Zahid yg comel..hik3.. Nasib baik Kak Long dan tunangnya sporting dan setuju utk ke pentas utama tempat di mana konsert dan pengumuman hadiah cabutan bertuah akan berlangsung.. Tgk waktu konsert,mmg tepatlah masanya sebab konsert akan dimulakan xberapa lama saja lagi.. Kami pn apalagi,teruslah menuju ke sana,lagipun kaki dah penat berjalan dan xtahu nk kemana lagi.. Sampai di sana orang dah penuh membanjiri kawasan tu,tp nasib kami baik sebab masih ada tempat duduk yang kosong di ruang penonton betul2 mengadap pentas.. Kami terus melabuhkan punggung dan duduk kat situ diam2 tak berganjak sebab takut tempat duduk diambil orang memandangkan xsmp 10minit sume tempat duduk yang mengadap pentas xde yg berbaki lagi,tp kt sebelahku ada satu kerusi kosong,saja aku kosongkan sebab nk letak barang.. Tp sapa la nk duduk kan sebab kalu ada yg nk duduk di situ,terpaksa lah dorg berpisah dgn kumpulan atau pasangan masing2 yg datang bersama..

Sambil bersembang2,kami melihat sorang demi seorang naik ke pentas menerima hadiah cabutan bertuah yg diumumkan oleh pengacara majlis di atas pentas... Hadiah utama merupakan sebuah kereta Proton jenis apa x ingat.. Wahh!! bertuahnya sapa yg dapat.. Tp kami xmasukkan pn keratan tiket yg ada,kata tunang Kak Long,malas nk amik port.. huhu.. Walaupun tempat dh penuh,tp masih ramai lg yg berderet2 naik dan menyelit2 dicelah2 penonton yg ada utk mencari kalau2 masih ade tempat duduk yg kosong. Sambil bersembang dan melihat gelagat manusia yg sangat ramai tu,tiba2 Nora yg berada di sebelah menyiku aku sambil mulutnya memoncong menunjukkan sesuatu di depan..

"Eh Gee!!.. Tengok tu..!!" Kata Nora sambil mata terarah ke depan..




Bersambung.........


p/s : Hehe.. nak tau apa yg Nora tunjuk???? Tunggu episod seterusnya ok...

Kau Dan Aku..........(2)

Tiba-tiba dengan x semena2,mamat kat sebelah menggeliat sambil mendepangkan tangan sesedap rasa dan menghimpit aku.. 'Ish..ini sudah lebih'... "Huarghhh!!!!! Ngantuknya! " Katanya dengan perasaan x bersalah ditambah dengan muka bangang. Aku masih diam x kata pape.. Sekejap je,kepala dia dah terlentok atas bahu aku... 'Ini tak boleh jadi!!!'...

"Hello brader,awak ni pe hal?" Kataku perlahan tapi keras sambil mengalihkan badan dengan kasar hingga hampir tumbang mamat bangang tu.

"Jangan nak buat pasal kat sini yer!! awak ingat saya ni ape????" Kataku masih bernada sama. Darah mula menyirap dengan perbuatan biadap lelaki itu. Dalam hati aku..kalau dia masih tak serik,aku akan jerit kuat2 biar semua orang dengar..

"Opss!! Sorry2!! Saya tak sengaja" Sambil membetulkan duduk dan menjarakkan sedikit ruang antara kami.. Aku tetap tak berganjak dan duduk mengiring membelakangiknya. Masing2 diam tak terkata dan aku hanya berdoa supaya bas cepat2 sampai ke destinasi dengan selamat.

Pukul 5.30pagi,bas memasuki perkarangan hentian bas di Seksyen 17 Shah Alam.. 'Fuhh!!! Lega..' Aku orang pertama yang bangun dan menuju ke pintu bas sebelumsempat pintu bas terbuka. Dalam hati menyumpah2 sebab perkara bangang yang paling ditakuti telah terjadi pada aku. Selalunya aku hanya dengar cerita dari kawan2 je. Bila dah kena pada diri sendiri,baru aku rasa betapa sakitnya hati aku diperlakukan sebegitu...

"Eh! Jap la dik, x sabar2 nampak!" Kata pemandu bas sebaik saja nampak aku yang terburu2...

"Memang saya x sabar Pak Cik, x sabar2 nak turun dari bas ni sebab ada penumpang bangang dan miang.." Kataku geram dengan agak kuat sambil menoleh ke belankang.. Beberapa mata memandang ke arahku dan menoleh semula ke belakang, melilau2 mungkin mencari di mana tempat duduk aku tadi.. Mesti dorang nak tengok muka penyangak yang aku maksudkan tu.

Terbuka je pintu bas terus aku turun dan dengan pantas menuju ke tandas. Perasaan marah dan geram masih berapi2 dalam hati. Rasa geram yang teramat2 sangat.. 'Ishk!! geli gelemaluar n aku,kalau handsome macam Hans Isaac ke takpe la jugak, ini tidak,muka macam pecah rumah'.. Cheh!! sempat lagi nak memilih tu...

Keluar je dari tandas terus aku cari teksi nak balik kolej kediaman. Tak sabar2 rasa nak sampai ke bilik, nak merehatkan diri kejap sebelum bersiap2 ke kelas. Sampai je ke kolej yang terletak di Seksyen 18, aku terus menapak menuju ke apartmentku di blok 7,tingkat satu.. Penat dan ngantuknya rasa.. Masuk je rumah,basuh muka,terus aku membungkam atas katil dan zzzzzzzzzzz.. Xsempat nak kunci jam. Sedar2 jer tido tengok jam dah pukul 9 pagi... 'Alamak!! Aku dah miss kelas BEL... Aduh!! x sukanya..' Bangun meninjau ke bilik sebelah tengok house mate semua dah xde dalam bilik masing2.. Tinggal aku sorang je rupanya.. 'Sampai hati dorang x kejutkan aku.. @ aku yang tido mampus sampai langsung x sedar dorang kejut??' Next kelas kol 2 petang,so..alang2 dah terlajak, apa lagi,sambungla tido balik...

Begitula setiap hari rutin aku sepanjang bergelar pelajar di Uitm Shah Alam... Belajar sambil tunggu cuti sebab x sabar2 nak balik kampung.. Bila sampai time nk final exam, mula la muka masing2 macam dah terputus urat untuk senyum.. Pandang orang pun macam nak telan jer... Itu maknanya manusia yang jenis suka belajar di saat2 akhir.. Bila besok paper,malamnya langsung x tido mengadap buku2.... Mula la kelam kabut xtau mana dulu yang nak di sentuh.. Dan sume tu juga berlaku pada aku.. Xtau la ikut perangai sapa.. kih3...

Pukul 11 pagi,sume house mate balik dan bagitau kelas pukul 2 petang xde.. Cancel sbb lecturer xde.. Yabeda bedooo!!!

"Nah Gee..ni dia tumpi yang kau pesan tu" Hulur Syuk atau nama sebenarnya Sue. Dia memang dah tau makanan kegemaran yang aku pesan setiap kali dia balik ke kampungnya di Johor.. dan lebih special tumpi tu dia buat sendiri.

"Waa!! Sayangnya aku kat ko... Mmmuah!!" Kataku lantas terus bangun dari katil dan dan dengan rakus menyambut huluran dari sahabatku itu..

"Woi3!! Basuh muka dulu oii!" Celah Dayah,seorang lagi sahabatku yang juga satu negeri dengan Syuk sambil membaling bantal ke arahku.. Dengan tidak mempedulikan mereka2 semua,aku lantas membuka penutup bekas tersebut dan terus mengunyah sambil tersengih2 memandang dorang yang tersenyum2 sambil menggelengkan kepala..

"Lantak ko lah Gee,asal bahagia" Kata Ayu pula sambil menghulurkan tangan sambil memuncungkan mulut minta diisi tangannya dengan tumpi yang berada dipangkuanku.. Aku mengikut saja sambil meneruskan kunyahan dan bermalas2 di atas katil...

"Petang ni kitorang nak keluar pegi PKNS,ade nak cari barang sket" Kata Syuk sambil tangannya melipat2 pakaian yang baru diangkat di jemuran.

"Ow ye ke.. Pukul berapa korang nak pegi? Aku pn nak ikut jgk lah.. Nak cuci mata je" Aku memberi respond selepas tgk Dayah dan Ayu menganggukkan kepala tanda dorang pn ikut serta nant.. Takkan la aku nak tinggal sorang2 kat bilik kan.. Lain la kalau aku ni ada pakwe kat sini,bolehla ajak pakwe kuar jalan2 ambik kesempatan masa xde kelas ni..

"Kejap lagi lah,xpun lepas solat Zohor nanti" Kata Syuk

"Lepas solat nanti la,xla kelam kabut kat sana nanti" Kata Dayah mencelah lantas bangun dan mengambil pakaian dalam beg yang di bawa dari kampung...

Tengok dorang sume tgh sibuk2 berkemas barang2 yg dibawa dari kampung,aku pn menutup bekas tumpi yang dah tinggal separuh lalu bangun menuju ke beg balik kampungku yang langsung x terusik sejak sampai pagi tadi. Masa aku buka je zip beg,lantas aku teringat kisah bangang dalam bas yang terjadi padaku lalu aku pn bercerita la kepada 3 orang memberku dari mula sampai ke akhirnya... Borak punya borak,sedar2 jam dah pukul 1. Alamak,masing2 kalut angkat bontot nak bersiap2 nak keluar.. Ayu ambil baju dan tudung utk di iron, Syuk menyiapkan lipatan yang terhenti sejenak bila mendengar ceritaku tadi dan Dayah membelek2 pakaian yang nak dipakai nanti.. Aku lantas bangun dan mencapai tuala menuju ke bilik air untuk mandi.

Sepetang di PKNS bersama2 member sebilik betul2 memenatkan... Aku mula boring membontot kemana langkah kawan2ku menyinggah satu demi satu deretan kedai yang terdapat di situ.. Kaki dah naik lenguh,lantas aku mengajak Dayah menyinggah di Restoran KFC yang terdapat di situ sambil menunggu Ayu yang x habis2 lagi menyinggah ke satu demi satu kedai sambil ditemani oleh Syuk yang menjadi peneman setianya walau ke mana Ayu pergi...

Selesai semuanya,kami menuju ke tasik di seberang jalan untuk bersiar2 sambil melihat panorama di waktu petang. Puas berjalan,kami berempat melabuhkan punggung di satu bangku yang terdapat di situ. Terasa damai sekali duduk berehat sambil melihat keindahan tasik dan keletah kanak2 ditemani ibu bapa masing2 serta ramai juga yang memilih utk beriadah dan berjogging mengelilingi tasik Shah Alam yang cukup terkenal itu..

Lewat petang,kami berempat menuju ke bus stop utk pulang ke kolej.. X sampai lima minit menunggu,bas mini bewarna pink tiba dan berhenti.. Kami terus naik dan mengambil tempat duduk.. Dalam 10 minit selepas itu,bas mula bergerak setelah dipenuhi dengan penumpang yang menuju ke destinasi masing2.. Lebih kurang pukul 7 malam kami selamat sampai ke kolej dan masing2 merebahkan tubuh di katil melepaskan penat seharian berjalan.. Selesai membersihkan diri dan solat Maghrib,kami semua menuju ke Cafe yang terdapat di bawah utk makan malam.

Rutin harian sebagai pelajar berakhir selepas masing2 membawa haluan sendiri setelah tidak lagi bergelar mahasiswi dan kami terpisah disebabkan jarak yang jauh memisahkan kami. Walaupun kadang berhubung melalui telefon,namun tetap xsama seperti zaman belajar bersama dan tinggal sebilik. Kenangan tersebut tetap tidak akan dilupakan sampai bila2.....