CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Wednesday, October 13, 2010

Kau Dan Aku..........(6)

Woi!! Amir menendang perlahan tayar motosikal tersebut yg hampir mengenai kakinya.. Penunggang motosikal tersebut lantas membuka helmet yg dipakainya sambil tersengih2... Laa kawan dia tadi rupanya.. Mamat yg aku jumpa dkt IOI Mall dgn aweknya.. Ke sini jgk dorg.. Mungkin kt sini mmg tempat lepak2 dorg kot.. Selama duduk kat Shah Alam,ini lah kali pertama aku dtg dan menyinggah di sini.. Selalunya xpnh masuk pn jalan ni,setakat Maybank kat jalan luar tu saja.. Amir sedang bersembang2 dgn kawannya tadi sambil sekali sekala dicelah oleh awek kawannya yg masih membonceng di belakang.. Aku hanya diam memandang,xtahu hujung pangkal cerita yg disembangkan.. Tiba2 kawannya tadi mengeluarkan camera dr beg yg dibawa dan menghulurkan pada Amir,mungkin ada benda yg nak ditunjukkan.. Amir menyambutnya dan membelek2 camera tersebut.. Terasa jgk ingin melihat sama apa yg disaksikannya,tapi segan lah pulak nk mintak.. Camera dihulurkan semula kepada kawannya dan Amir bangun sambil menyapu2 punggung..

"Jom Gee.. Amik gambar dgn Amir.." Kata Amir x semena2 sambil menuju ke kereta.. Alamak! Nak tangkap gmbar dgn aku? Dgn muka berminyak dan ntah pape ni?? Nak x nak terpaksa diikutkan saja.. Segan pulak nk tolak... Lalu aku bgn dan turut menuju ke kereta... Kami ambil gambar bersama,buat pertama kalinya pada hari pertama pada pertemuan pertama.. Eh! pertama kali ke? Bukan3! Kami dh pernah bergambar bersama dan dh pernah keluar bersama masa zaman persekolahan dulu.. Cuma bukan berdua.. Keluar bertiga dan bergambar pn bertiga.. Keluar bersama bila aku yg rancang nk keluar ke bandar dgn sepupu dia,tiba2 tgk dia mengikut sekali tanpa dirancang,bergambar plak di sekolah masa akhir thn,aku yg mengajak kawan dia bergambar bersama,tiba2 dia pn mengikut sekali jgk.. Hehe macam pelakon tambahan pulak...kui3..

"Jom pekena Char kuew tiow" Aku yg tgh mengelamun tiba2 tersentak dgn ajakan kawannya yg tiba2 tu. Tiba2 ke? Atau aku yg xperasan apa yg dorg sembangkan sebab asyik melayan perasaan.. Dorang siap bergambar mcm2 posisi dan Amir yg menjadi cameramannye.. Itu yg aku perasan. Sebab tu la aku melayan perasaan sorg2..

"Boleh jgk..Jom!" Kata Amir sambil mengangguk kepadaku dan kitorang masuk ke dalam kereta.. Kawannya terus meluncur laju berlalu pergi..

"Amir nak bwk Gee makan Char Kuew Tiow kat tasik.." Katanya sebaik kereta mula bergerak dan meninggalkan tempat tersebut..

"Ow" Aku hanya menjawab sepatah sambil tersenyum padanya.. Dalam hati bertanya, kemana lah lagi dia nk bwk aku pegi ni?

Tp selepas beberapa minit je perjalanan kereta sudah memasuki kawasan parkir tasik Shah Alam.. Nak makan kat sini ke? Tanpa bertanya apa2,aku hanya menurut saja langkah Amir dan kawannya yg telah terlebih dahulu sampai menuju ke kedai makan yg terletak betul2 di tepi tasik.. Ow,kedai kat sini rupanya.. Xtahu pulak aku kt sni ada Char Kuew Tiow.. Kitorang berempat mengambil tempat di bahagian tepi yg agak jauh di hujung kedai.. Sekejap je lepas ambik order,makanan yg dipesan pn sampai.. Mmm Cepat betul srvis dia.. Mungkin sbb org x ramai sgt kot.. Lagi sekali aku dibawa ke tempat bru dan sepanjang aku tinggal di Shah Alam,itu adalah kali pertama aku ke tasik pada sebelah malam dan mencuba menu char kuew tiow jga pertama kali dlm hidup aku..

Sedang kami menjamu selera smbil Amir dan membernya bersembang,tiba2 datang lagi 2 org lelaki dan terus menarik kerusi utk duduk sebaik sampai di meja tempat kami berkumpul... Tau la aku dorg tu member2 Amir jgk... Ishk ramai la plak member2 dia ni... Aku berasa agak kurang selesa dikelilingi ramai lelaki pada pertemuan pertama kami. Nasib baik la ada jgk awek kawan Amir yg sorg tu,kalau x,mati kutu aku dibuatnya.. Sembang pya sembang,jam dah hampir pukul 10 mlm.. Aku mula memberi isyarat sambil membelek2 jam di tangan..

"Gee nak balik dah?" Amir yang seolah2 mengerti maksudku bertanya sebaik sahaja melihat aku yg gelisah dan agk kurang selesa.. Memang aku berasa x selesa sangat.. Ye lah.. Org lelaki,kalau dh berjumpa geng2 diorang bknnya nak igt dunia.. Dibuatnya dpt bersembang,boleh melarat sampai ke pagi..

"Mmm Jom lah.. Lagipun,dh lewat ni" Kataku berterus terang.. Lantaklah diorang nak kata apa,yg pasti aku nak sangat2 cepat2 beredar dari situ..

"Jom..." Ajak Amir sebaik saja meminta diri utk berlalu dr kawan2nya yang tgh rancak bersembang macam2 cerita dr satu topik ke satu topik..

Selepas sampai je di rumah kira2 pukul 10.oo malam aku terus masuk ke bilik, mandi dan terperap dalam bilik.. Masa masuk tadi xnampak plak kelibat Kak Long mahupun Ijah. Dah tido kot diorang... Fuhhh!!! Berakhir pertemuan pertama.. Akan ada lagi ke pertemuan2 selepas ini? Aku pun xpasti dan kami tidak pulak merancang apa2 semasa keluar tadi.. Seperti biasa,diari menjadi tempat aku mengabadikan semua kenangan yg hendak diabadikan.. Selepas tu,aku tertidur dgn pen yg masih ditangan dan diari masih terbuka di hadapanku...

Hujung minggu depan sekolah buat aktiviti Khemah Ibadah.. Peserta yang terlibat adalah semua murid tahun 6 beragama islam dan semua guru terlibat sebagai failitator. Aktiviti diadakan bertujuan sbg motivasi kepada pelajar thun 6 sebagai calon UPSR untuk membuka minda mereka semua.. Program selama 2hari itu akan dipenuhi dgn ceramah berkaitan keagamaan,ujian terhadap tahap pengetahuan ibadah mereka dan perbincangan kumpulan antara pelajar dan fasilitator.. Aku dh mula merasai kepenatan yang bakal dirasai murid2 yang terlibat kerana jadual yg agak padat sepanjang hari sehingga ke malam.. Semua pelajar akan bermalam di dalam bilik darjah yg telah disediakan sebagai tempat penginapan di samping beberapa orang guru yang bertugas. Aku awal2 lagi dah plan utk tidur di rumah Kak Dayah dan Kak Najmah,dua orang guru bujang yang menyewa rumah berhampiran sekolah.. So,pada minggu tu aktiviti peribadi terpaksa ditangguhkan dan bila ada program tersebut maknanya xdelah cuti hujung minggu ku.. Nasib baik mak ngan ayah nak dtg minggu ni,kalau x mesti x best sbb aku xdpt nk bersama2 dorg...

Hari jumaat,hari terakhir persekolahan.. Xsabar nk cepat2 masa berlalu.. Hari ni seperti yg dijanjikan mak n ayah datang dgn abgku menghantar kereta merah utk kegunaanku di sini.. Sebaik saja tamat waktu sekolah,aku terus bergegas balik ke rumah.. Kalu ikutan bknnya diorang dah smp pun.. Tp saja,aku excited lebih,nak tunggu dorg di rumah.. Padahal masa aku call tghari td,dorg dijangka sampai lebih kurang pukul 5ptg.. Lambat lagi.. Balik je rmh,bkn aku buat ape pn,lepak2 je sambil tgk tv.. Tp sekejap2 tgk jam... Terasa mcm x bergerak plak jarum jam ni....

'Hi Gee.. watpe?' Tba2 masuk msg dari Amir di saat keboringan melanda.. Mmm mcm tau2 je aku tgh xtau nk buat ape.. Ok jgk,leh layan SMS dgn harapan masa akan cepat berlalu..

'Hai.. xde buat pe..tgk tv' Ayat biasa jwb SMS.. Abih,nak jawab apa lagi ye x?

'Ow.. Gee free mlm ni?' Ishk..kan aku dh ckp ari tu aku xsuka kuar mlm.. Dicuba lagi ye.. Sbb ari tu dah kuar,so kiranya dh ok la nk ajak kuar mlm ekk? Malam tu bukan kuar malam,kuar ptg lagi,tp baliknya malam..bukan kuar malam,x sama tu..

'Gee tgh tggu mak n ayah ni.. Dorg otw dtg sni anta keta' Balasku jujur tanpa menjawab soalan yg diajukannya.. Mesti dah faham la tu kan... Xkan dia nk jwb..Ow,pastu leh x kuar ngn Amir? kan....

'Ow ye ke? Ok2,xpe mgkin lain kali' Haa kan... xkan dia nk ajak kuar gak kot..

'Mmm lain kali..Sori yer...Amir xkeja ke?' Jawabku sambil bertanya

'Keja.. Kt tempat keja ni..tgh rehat' Ow..ari ni ari jumaat,mgkin tgh rehat panjang.. Tp xsemayang jumaat ke? Dalam hati aku bertanya2 sambil mengerling jam di dinding.. 2.35.. Ow dah balik masjid kot.. Mmm pape je lah..

Sebenarnya dalam hati melonjak2 jgk utk keluar lagi dgn Amir.. Tp xkan aku yg nk mengajak plak kan.. Selepas pertemuan mlm tu kami saling berhubungan melalui SMS dan Amir sentiasa bertanya khabar dan mengambil berat pasal aku.. Rasa terisi hidup ni selepas kesunyian selama hampir 2 bulan.. dan percaya atau tidak,aku sentiasa ternanti2 SMS atau panggilan dari Amir walau hanya sepatah kata.. Adakah???? Oh... Mungkin tidak...

Lebih kurang pukul 7 ptg,aku call ayah dan bertanya lokasi dorg... Mmm dalam hati berkira2 mgkin dlm sejam lagi ayah sampai bila aku diberitahu yg dorang dah melepasi tol Gombak.. Semoga dorg selamat sampai... Terasa lambatnya masa berlalu.. Nak tggu sejam bagaikan berhari2 kurasa... Ni xsbr nak tggu famili ke xsbr menanti kereta ni.. hik2.. dua2 sekali kot... Selepas jam melewati angka 8,ayh menghubungi abgku yg bru smp petang tadi dari Melaka.. Kami semua memang sedang menantikan ayah dan mak sampai.. Sebaik saja abgku mematikan talian,dia bergegas keluar dan kami diberitahu dia pergi menjemput ayh yg sedang menunggu di satu tempat.. Memang semua ahli keluarga yg lain masih tidak tahu di mana rumah kami kerana kami baru berpindah ke Seksyen 17 dan ini kali pertama mak n ayah sampai sejak kami berpindah lebih kurang 3 bulan lepas.. Lebih kurang 15minit abg ku keluar,terdengar riuh rendah di luar rumah.. Alahamdulillah dorg sampai dgn selamat... Maknanya,keretaku juga sudah sampai dgn selamat... Dalam hati menjerit kegembiraan dgn keadaan ni.. Selepas ni aku xperlu risau lagi nk kemana2.. Bila dah ada kenderaan sendiri,nk bergerak ke mana2 pn sng tanpa perlu menyusahkan sesiapa..hehe

Aku terus mengajak ibu ku ke bilikku utk berehat.. Mesti penat sangat...

"Adui... sakit2 badan ni seharian melompat2 dalam keta" Kata mak sambil memicit2 pinggang yg kesakitan..

"Ye ke mak.. Nape smp camtu sekali?" Tanyaku hairan bila mak menyebut melompat2..

"Ye la.. naik keta kancil dah macam naik kuda tau.. Siap terantuk lgi kepala ni kt bumbung kalau bwk laju sket dkt jalan tak rata" Terang mak lagi

"Laa ye ke?" Tanyaku penuh minat dgn cerita mak..

"Mmm x nak lagi dah jalan jauh dgn keta kancil.. Xtahan sakit badan, xkan la nk bwk slow sgt sbb igt perjlanan jauh.. bwk laju sket melompat2 plak.. Yg dok kt depan ok la lagi,tp mak yg dok kat belakang ni memang macam naik kuda la..langsung x tenang"

Mmm kesian plak dekat dorg bila dgr cite mak tu.. Tp apa bleh buat kan... Lepas sume orang dh siap mandi,kitorang makan sama2 dan smbung bersembang macam2 cerita.. Lepas satu,satu topik yang kuar... Bila malam dah semakin lewat,aku mengajak mak masuk tidur di bilikku dan ayah tido di ruang tamu dan abgku yg jadi driver awal2 lagi dh dijemput kawannya dan bermalam di rumah kawannya.. Masuk ke bilik,aku dgn mak sambung lagi bersembang2 sebelum melelapkan mata..

"Mak, Gee ada kawan baru" Kataku memulakan topik perbualan walaupun teragak2 utk memberitahu..

"Haa... ye ke? Sape?" Aku nampak riak wajah mak agak terkejut... X tahu apa yg bermain di kepalanya ketika itu,mungkin tidak percaya,atau mungkin gembira dgn perkhbaran itu..

"Mmm org dekat je.. Mak ngan ayah pn mesti kenal.." Jawabku memancing reaksi daripada ibuku..

"Sapa??" Tanya mak seolah xsbr2 utk tahu.. Ada terpancar kegembiraan diwajah mak bila melihat aku yg gembira dan dapat melupakan semua sejarah pahit yg dh berlaku.. Ye lah! ibu mana yg x risau bila tgk aku sampai cramp dan menangis meraung2 secara tiba2 pada malam tersebut.. Elok2 je ibuku yg xtau hujung pangkal,tau cerita sebenar bila abangku telefon mamat yg pada masa tu dah sah bergelar 'ex' aku.. Mula la ibuku membebel dan marah2 lepas dapat tahu aku cramp disebabkan benda bodoh tu.. Aku yang sepatutnya menaiki bas balik ke Shah Alam pada malam tu,terpaksa ditunda dan tiket yang dah dibeli hangus macam tu saja.. Mak sendiri yg xbenarkan aku menaiki bas sorg2 pd malam tu sbb risau dgn keadaan aku.. Dibuatnyacramp dalam bas camana.. Nasib baik kebetulan abg Sham yg sdg berkursus di Ipoh blik ke kg atas urusan kerja dan akan bertolak balik ke KL pada keesokan harinya,boleh la aku tumpang sekali..

"Mmm anak buah Cikgu Hamzah, tp ayahnya Gee xpasti plak nama apa.. Tp rumah dia kt Pak Badol tu la" Jelasku pada mak tanpa berselindung lagi..

"Owh... Kenal sgt lah.. Ayah dia memang tiap2 hari la jumpa dgn ayah sbb dorg uruskan pasal kilang padi berdua.. Kesana sini pn berdua lah sebab sorg setiausaha,sorg bendahari.. Camana leh jumpa dgn dia? Sapa nama dia?" Terang mak panjang lebar dan diakhiri dgn soalan yg bertubi.. Rasa segan plak aku sbb dah mcm serius benar plak hubungan kami,padahal baru berkawan gitu2 je..

"Amir... Alaahh..kitrg kwn biasa2 je mak.. saja nk gtau mak sbb nk mak tau dgn sapa Gee berkawan.. Jumpa masa Gee kuar pegi Sunway Lagoon ari tu dgn Nora n Kak long dia,ada family day Proton.. Xsengaja jumpa kt sana sbb dia pn kerja kt Proton.." Terangku panjang lebar utk memuaskan hati mak.. Tp dalam hati aku sebenarnya malu diselidik begitu..

"Mmm kalau macam tu kawan lah elok2... Xnak jadi macam dulu lagi dah" Nasihat mak padaku agar sejarah lama tidak berulang lagi..

"Mmmm ntah la mak... Gee malas dah nak pk pasal tu lagi.. Gee dgn Amir ni pun kawan je,bukan serius pn.. Lagipun dia org sekampung" kataku cuba utk mengurangkan kegusaran ibuku..

"Yang sekampung ni la lagi nk kena jaga kalau berkawan.. Kalau buatnya semua keluarga dah tau,tba2 sekerat jalan je berkawan,kesannya pada keluarga tau sbb masing2 dh kenal dan berbaik2.." Aku jadi naik risau plak dgn kata2 mak tu.. Ishk... Kalau macam tu baik x pyh bgtau keluarga.. baik berkawan syp2 je.. Tp masalahnya itu bukan cara aku.. Mak n ayah memang tahu dgn sape aku berkawan sejak dari sekolah dulu lagi.. Aku mmg xpandai nk berahsia bab2 berkawan ni... Habis..macamna ni?? Aku hanya diam x berkata apa dan tiba2 telefon yg aku dh set kan silent mode bergetar disebelahku.. Aku lihat nama Amir tertera di skrin dan aku mula menggelabah utk mengangkatnya di depan ibuku.. Alamak..camana ni?? Aku bingkas bangun dan menuju ke balkoni di bahagian dapur dan menjawab telefon yg telah lama berkelip2 mtk diangkat...

" Hello.. Assalamualaikum" Ucapku sebaik meletakkan hfon ke telinga

"Waalaikumussalam.. Buat pe? Dah tido ke?" Kedengaran suara Amir dihujung talian

"Belum lagi,tgh bersembang dgn mak" Jawabku ringkas sambil mengawal suara agar tidak terlalu kuat..

"Oh ye? mak sampai pukul berapa tadi?" Tanya Amir

"Dalam pukul 8.30... Lewat sbb keta xleh bawak laju.. Maklumlah keta kecik" Jawabku ceria.. Senang dgn cara Amir yg mengambil berat..

"Ow.. Dah ada kereta sendiri la ni ek.. Panjang lah langkah lepas ni" Pantas Amir mencelah sambil diakhiri dgn gelaknya dihujung talian

"Eh..mana ada.. Sng la lepas ni x pyh nk menyusahkan org lagi kalau nk kemana2.." Kataku menafikan usikan Amir.

"Xpe,lepas ni blehla Amir tumpang Gee kalau nk kemana2..." Katanya sekali lagi ketawa kecil.. Aku turut ketawa dgn gurauannya dan dalam hati terasa berbunga2.. X dinafikan sejak kebelakangan ni kami agak rapat dan Amir semakin kerap menghubungiku samada melalui SMS atau terus telefon. Aku sebenarnya hairan dgn tindakan Amir tapi tidak pula aku bertanya apa2 malah aku senang bila dihubungi dan terasa diri seolah2 dihargai..

"Mmm Gee xkisah.. Bimbang kalau org tu je x sudi nk naik.. Keta kta kecik je.." Kataku seolah2 merendah diri..

"Eh apa pulak.. Amir x kisah la... Kecik ke besar ke sama je,yg penting bergerak" Kata Amir kurang setuju dgn jawapan aku tadi..

"Mmm ye lah tu.." Pastu aku terus diam mencari2 idea utk diperkatakan lagi.. Sunyi.. Amir juga terdiam seketika di sana mgkin juga mencari ayat utk diperkatakan lagi...

"Dah makan?" Tanyaku ringkas

"Dah.. Makan maggi je.. Gee mkn apa mlm ni?" Tanya Amir memulangkan kembali soalanku

"Mkn nasi dgn sup tulang.. Kak Long yg masak tadi.. sedap!" Jawabku riang saja nk memancing seleranya.. Aku tau sgt la kalau duduk rumah bujang xde maknanya nk mkn best2... Paling2 bagus pn setakat makan kat kedai,itu saja..

"Wah! sedapnya.. Xpe pasni bleh la Gee masak utk Amir lagi" Jawabnya sambil tergelak kecil.. Bergetar perasaanku dgn gurauan itu..

"Mmm ye lah.. Boleh sgt la" Kataku sambil menahan perasaan.. Risau takut Amir terus2 mendugaku,aku terfikir utk menamatkan saja perbualan..

"Mmm.. Ok la Amir,sian plak mak sorang2 kat bilik" Kataku cuba mengelak utk berbual lebih lama.

"Hahh? Gee kat mana ni?" Tanya Amir seolah2 hairan dgn kenyataanku..

"Hehe.. Gee kt balkoni kt dapur ni.. Mana bleh cakap dpn mak" Kataku berterus terang

"Ow lari ye.. Apa salahnya,biarlah mak tahu"Kata Amir lagi membuatkan jantungku berderau..

"Ishk... Xnak lah.. Ok lah ye.. bye2.. Assalamualaikum..." Kataku mengelak dan mengakhiri perbualan..

"Hahahaha.... Ok2.. Waalaikumussalam....eh Gee!!" Amir menjawab salamku dan tiba2 kedengaran seolah dia menjerit kecil di hujung sana sebaik aku ingin menekan butang end.. Lantas aku meletakkan kembali fon ke telingaku bagi memastikan samada Amir masih ditalian atau tidak..

"Hello.." Aku cuba menegur,manalah tahu kalau2 dia saja membiarkan fon terus online tanpa menekan punat tamat atau dia memang betul2 masih ada perkara yg hendak dikatakan..

"Gee.. I miss u" Hampir gugur jantungku tersentap,lemah gemalai segala urat sendiku, longgar segala otot anggota dan rasa seolah2 aku tidak berpijak di bumi yang nyata.. Tidak ada sepatah kata yg terkeluar dari mulutku melainkan degupan jantungku yg terlalu kencang dan rasanya jika ditoreh mukaku pada ketika ini,tidak ada setitis darah pun yg keluar... Aku bermimpikah atau..............

"Bye.." Sepatah lagi perkataan yg keluar sebelum hanya sunyi yg memenuhi suasana.. Hfon masih lagi ditelinga dan aku tidak bergerak walau seinci pun... Aku tidak tahu apa yg harus aku buat dan apa perasaan aku pada ketika ini.. Yg pasti,aku kebingungan dalam debar yg teramat sangat... Kaget dengan ucapan ringkas yg tidak terjangka oleh akalku dalam keadaan yg tidak aku sangka2..

"Buat ape kt sini?" Aku berpaling sebaik ada yg menegur dan aku melihat abangku ada di depan singki sambil memegang segelas minuman.. Aduhh..bila masa dia masuk dapur ni?? Aku mengingat kembali apa yg aku sembangkan tadi dan aku menarik nafas lega bila xde apa2 yg perlu dirisaukan sbb aku hanya diam tanpa berbicara selepas terpaku sebentar tadi..

"Xde apa la.. call member,tp x angkat plak" Kataku cuba berdalih bila aku menyedari yg hfon masih melekap di telingaku,sambil berlalu dan terus menuju ke bilik.. Selepas perasaan kembali tenang seperti biasa,terasa ingin meloncat rasanya dgn ungkapan berbisa Amir tadi.. "I MISS U" terngiang2 suaranya di telingaku.. Ya!! Aku gembira dgn ungkapan itu dan aku senang dgn caranya.. Tp bukankah terlalu awal?? Aku sudah jatuh cintakah?? Atau aku cuba membuang luka lalu dengan menjadikan Amir sebagai penyandangnya?? Tidak!!! Aku pasti itu.. Perasaannya amat lain sekali bila bersamanya...

"Sapa telefon?" Tiba2 emak bersuara sambil memusingkan badan ke arahku,menghentikan segala lamunanku.. Laa aku igt mak dah lena,rupa2nya belum lagi...

"Eh.. Gee igt mak dah tido.. Amir telefon mak" Jawabku berterus terang... Nasib baik aku dh cerita tadi,kalau x mesti aku bgtau kawan je.. Terasa senang memberitahu mak nama itu dan aku suka menyebutnya berkali2...

"Mmm dah agak dah" Jawab mak sambil menarik selimut menyambung semula tidurnya.. Hik3,gelihati aku dgn kenyataan mak yg ringkas itu.. Selamba,tapi seolah2 merestui.. Baik ibu atau ayah,mereka tidak pernah menghalang kami adik beradik utk berkawan dgn sesiapa pun cuma dgn syarat pandai menjaga diri dan nama baik keluarga.. Cukup sekadar itu dan mereka menerima walau macamana pun kawan2 kami..

Aku menyambung kembali lamunan yg terhenti seketika dan fikiran aku xlain x bukan hanyalah Amir... 'I MISS U'..Lagi skali terngiang2 ayat yg separa keramat tu bermain diminda ku.. Huhh.. Belum lgi 3 perkatan keramat yg diungkapkan padaku,kalu x,aku rasa terus jadi superwomen aku tadi.. Melayang2 ke udara menentang tarikan graviti,penangan dek ucapan tu... Haha... Ntah2 Amir saja je nk menduga ku.. Nak test tahap kegedikan minah ni.. Mudah cair ke tak... huhu nak test ye.. Kalu betul la telahanku..jgn haraplah,aku xkan mudah terpedaya dgn kata2 tu wpun hakikatnya dlm hati dh cair... Tp kalau berdepan,aku sekali22 xkan menunjukkan kecairanku.. Ceh! Jual mahal la konon.. Tp mmg btol pn kna jual mahal sket,kalu x nampak la mudah sgt nk kenen aku kan.. Baru sekali kuar berdua,kalau org ajak couple terus setuju,nampak sgt mcm kemaruk.. Tp yg pasti aku bukan mcm tu.. Kami cepat rapat pun sbb ktrg satu kampung,kau x jgn harap lah aku terlalu mudah utk keluar berdua-duaan dan ditambah plak aku dalam status S&A.. Kalau x,memang xde harapan la sbb aku ni jenis setia giler kan...

Diam tak diam,baru aku tersedar panjang sggh lamunanku.. Ibu ku sudah lama dibuai mimpi,aku saja yg masih berkelip2 dalam gelap.. Penat mengiring ke kanan,aku beralih ke kiri,tp mata tetap jgk xnak lena.. Malam dah semakin larut,tp aku masih segar bugar.. Sekejap2 tangan membelek2 hfon,mengulang baca msg2 lepas yg dikirim Amir.. Semua masih tersimpan bermula dari msg pertama... Hati aku melonjak2 utk SMS Amir.. Kalau berSMS x la aku rasa boring sgt,tp takut dia dah tido plak.. Tp dalam berfikir2 tu tgn tetap menekan2 butang menaip patah pekataan yg hendak dihantar.. Baru separuh aku menaip,tiba2 hfon berbunyi menandakan ada SMS yg masuk.. Sapa pulak yg SMS malam2 ni..

Bersambung.....................