CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Monday, September 27, 2010

Puasa 6 & Raya 6...

Hari ni dah 5 ari puasa.. Tggl besok sehari je lg nk abiskan,pastu bleh la raya.. Xsangka masih cekal berpuasa wpun byk undangan rmh terbka dan majlis hari raya diadakan setiap hari.. Alhamdulillah dikuatkan hati dr semua dugaan tersebut...

Entry lps saya pnh gtau nk pose 60 ari n mgkin setiap ari kerja nk pose kan??? Uhhh..mgkin tidak..... Rasanya yg tu dh goyah dah,ubh plan plak utk pose senin ngn khamis je... Mna thn mak cik setiap hari ada je makanan yg mcm memanggil2 sruh dijamah kt depan mata.. Itu bukan lg dibuatnya rendang,ketupat tersengih2 dpn mata ni.. Dgr2nya ada yg akan beraya nk buat sume tu dan dibawa ke pejabat.. huk3... Ade je yg nk mncbr keimanan kan...

Tp...tggl sehari je lg nk pose ni,pastu nk raya.baju raya n kasut raya xbeli2 lg.... Cane ni?? Ini xbleh jadi ni... Bila nk pegi beli ni?? Perkara harus ni xbleh dilengah2kan.. Walaupun benda2 leceh mcm ni bukannya saya 'minat' sangat tp kna gak beli sbb nk memenuhi tuntutan kan.. huah3...tuntutan kepala hotak berjambul!!! (Pang!!!! Duit xde ada hati nk bju rya kasut raya ekk).. Xpe lah,kalu centu lupakan je lah niat nk baju raya tu,kita beli ala kadar je lah,kita beli kasut je...lalalalalalalala...... Full stop!!

Sunday, September 26, 2010

Kau Dan Aku..........(3)

4 TAHUN KEMUDIAN (2004).....

Setelah tidak lagi bergelar sebagai seorang pelajar,aku mula gigih ke sana ke mari mencari pekerjaan untuk mendapatkan hasil utk menyara diri sendiri.. Ye lah,mana mungkin nk dok terperap je kt umah kan.. Mcm2 tempat aku pegi asal dengar je ada keja kosong... Last2 seolah2 rezeki berpihak kepadaku bila pada satu hari masa aku bercakap dgn kakak iparku melalui telefon,secara x sengaja terkeluar cerita pasal cari kerja ni dan aku ade cakap yg aku ada apply utk jawatan GSTT(Guru Sandaran Tak Terlatih).. Kebetulan kakak iparku bekerja di PPD Daerah Petaling memberitahu yang Sek Keb Seksyen 18 ada kekosongan utk GSTT dan dia menyuruh supaya aku ke sana dan memohon jawatan tersebut secepat mungkin.. Aku apa lagi,teruslah bergegas ke sana dan Alhamdulillah segalanya menjadi mudah dan aku diterima bekerja di situ dan mengikat kontrak selama setahun.. Syukur pada Allah.

Sejak itu,bermulalah kerjaya sementaraku sebagai seorang guru.. Banyak sungguh cabaran yg terpaksa aku lalui kerana menjadi seorang guru x semudah seperti yg disangka memandangkan aku langsung tiada pengalaman dalam bidang tersebut.. Ditugaskan sebagai guru Bahasa Inggeris tahap satu betul2 mencabar kesabaran bila terpaksa berdepan dgn pelbagai karenah pelajar yg berbilang kaum.. Dalam satu kelas,ada bangsa melayu,cina dan India yg mempunyai peel yg pelbagai.. Namun,aku bersyukur kerana selama setahun aku xperlu lagi ke hulu ke hilir mencari pekerjaan..

Sahabatku, Nora yang menyambung pengajian ke peringkat degree di Uitm Shah Alam,sedang bercuti semester dan sdg mencari pekerjaan kerana bosan. Memandangkan aku ketika itu tinggal bersama kakak iparku,aku mengajak Nora utk tinggal bersama denganku dan aku akan membantunya utk sama2 mencari pekerjaan buat sementara waktu.. Tamatnya sesi persekolahan, aku dan Nora akan menjejaki setiap kilang2 yg ada di sekitar Shah Alam untuk melihat kalau2 ada dipamerkan iklan jawatan kosong.. Selepas lebih kurang seminggu pencarian,dptlah Nora bekerja di Kilang sarung tgn yg terletak di Seksyen 24 sbg operator yg bekerja shift... Hmm kira ok la tu smbil2 cari pengalaman.. Setiap hari ada saja cerita baru yg dibawa balik dr kilang.. hihihi best jgk dgr kisah hidup seorang pekerja kilang.. Sejenak terfikir perjalanan hidupku.. Apakah mungkin aku juga akan menjejakkan kaki ke salah satu kilang di Shah Alam bila tamat kontrak GSTT pd hujung tahun nanti atau mungkin nasib akan berpihak lg padaku utk terus berkhidmat sbg seorang guru??.. Tp rasanya aku xsggp utk terus berkhidmat sbg seorang guru,sebab setelah hampir 3bulan,kurasakan aku tiada keserasian antara aku dgn pekerjaan ni.. Aku mmg x sesuai menjadi seorang pendidik.. Nasib baik aku tolak tawaran utk menghadiri temuduga ke maktab perguruan lepas tamat SPM dulu.. Hehehehe nasib baik je lah modalnya...

Lebih kurang 2bulan Nora bekerja,mcm2 rungutan aku dgr setiap kali ingin ke tempat kerja dan setiap kali balik dr kerja..hahaha tu lah,sapa suruh nk keja kan?? Penat lah,xlarat lah,sakit lah.. Nora mmg xlayak kerja kilang.. Hmmm nasib baik keja sementara cuti semester je,dibuatnya itu mmg keja ttp dia,aku rsa setiap 2bulan mesti angkat kaki nk cari keja lain sbb x tahan..heheh.. Macamana la nasib aku nanti... Akan terbelakah atau mungkin aku akan terus menganggur dan menganggur sambil mencari pekerjaan yg sesuai denganku..

"huk3... Gee,xlaratnya saya.. tgk tgn ni abis melecet"..kata Nora setiap kali smp rumah sambil menghumbankan badan ke tilam

"Apasal plak smp melecet? engko buat pe? main api ke?" Tya ku sambil bergurau

"Ko tau tak,saya dh xsggup lagi nk keja mcm ni tau.. Tmpat tu kan buat glove, proses buat sarung tgn ni,dia akan msk getah tau..pastu ada satu acuan yg berbentuk tangan akan celup dlm acuan tu,macam tu la lbh kurang step dia.. Panas benda alah tu.. Pastu saya part yg kna tarik n kuarkan sarung tgn dr acuan dia tu..Panas tau.. Walaupun pakai sarung tangan,tp still jgk rasa bahangnya smp tgn saya melecet macam ni" terang Nora panjang lebar sambil membelek2 tangannya dan ditunjukkan padaku.. Kesian plak aku..

" Hmmm tu lah kan.. macamana la pekerja2 yg dah lama kerja kt situ dan itu lah keja dorg utk mencari sesuap nasi.. Macam x sggup je aku nk keja mcm tu wei" Kataku sambil memikirkan kalau aku di tempat Nora

"Tu lah Gee,kita mmg x sesuai lah keja mcm ni... Manja sungguh kan"

"Bukan manja je,tp aku mmg rasa mcm xsggup nk keja dkt mana2 kilang sekali pun.. Tu lah yg mak bapak sruh sgt kita belajar pandai2..sbb xnk jadi macam ni lah.." Balasku dgn perasaan sedikit gusar bercampur risau.. Perjalanan hidupku masih jauh dan belum tentu lagi bagaimana masa depan yg akan aku lalui nanti.. Selagi belum mendapat pekerjaan tetap,selagi itu lah aku akan x tenang..

"Xpe lah,lg seminggu je saya akn bergelar sebagai minah kilang,lepas ni tidak lagi..hehe" Kata Nora seolah2 xsbr utk dia cpt2 meninggalkan pekerjaan tu.. Mmm bermakna lg seminggu Nora akn tiggal bersamaku sebelum dia meneruskan pengajiannya semula.. Tinggallah aku sorang2 balik..

Kehidupan sebagai seorang guru berjalan seperti biasa.. Agak memenatkan rupa-rupanya tugas sebagai pendidik ni.. Waktu sesi persekolahan,xde langsung masa terluang disebabkan jadual kelas yg padat.. Kerjanya ttp sama masuk keluar bilik darjah dan aku rasakan setiap hari aku lebih banyak berdiri dan berjalan dari duduk di meja.. Itu adalah prosedur yg mesti dipatuhi,guru x boleh duduk semasa mengajar dan mesti round table setiap kali selepas selesai memberi tugasan utk memastikan murid2 membuat kerja dan memberi tunjuk ajar kepada murid2 yg x faham.. Dalam kelas plak x bleh marking paper.. So,semua kerja2 memeriksa buku akan dilakukan di rumah atau di bilik guru bila ada masa yg terluang xsmp sejam dlm sehari..Waktu tu jgklah terkejar2 nk ke kantin makan.. Xde maknanya nk berkawan2 masa makan sebab jadual pengajaran telah ditetapkan dan sudah tentulah msa yg berbeza2 setiap orang..

Kebiasaannya,cuti hujung minggu pulak akan dipenuhi dgn aktiviti ko kurikulum ataupun persatuan di sekolah.. Namun,memandangkan cuti hujung minggu yg akan datang tiada apa2 aktiviti dan hari Isnin diambil sebagai cuti peristiwa,disambung plak hari Selasa Cuti Hari Kemerdekaan iaitu 31 Ogos,aku apa lagi..mengambil kesempatan utk balik kampung la. Bolehla ambil kesempatan utk bertemu buah hati memandangkan buah hatiku pada ketika ini bekerja di kampung.. Tambahan pulak,hati berkobar-kobar utk berjumpa dengannya disebabkan ada belaku sedikit krisis antara kami..

31 Ogos 2004,merupakan sejarah hitam dalam hidupku bila kepulanganku ke kampung pada kali ini membawa kepada terlerainya hubungan kasih yg terjalin hampir 6 thn antara aku dan si dia.. Hubungan yg terjalin sejak di bangku sekolah akhirnya terlerai disebabkan orang ketiga.. Sejarah yg amat memeritkan dan menyakitkan hatiku kerana dia yang memutuskan hubungan kami dan cara dia memutuskannya tidak akan aku lupakan sampai bila2 kerana kurasakan begitu kejam dan sangat melukakan hatiku.. Terkubur sudah kenangan2 yg kami lalui bersama dan mulai dari saat itu,hidupku terasa kosong dan tidak ada apa2 erti.. Namun,aku tetap kuatkan semangat dan percaya ada hikmah disebalik apa yg telah berlaku antara kami dan mungkin sudah ketentuan Illahi tiada jodoh antara kami.. Nasib baik aku masih ada keluarga dan kawan2 yg banyak menyokong dan memberi kata2 semangat agar aku tidak berterusan bersedih dan meratapi apa yg berlaku.. Magic jugak ku rasakan apabila hanya seminggu sahaja aku sdh biasa dgn kehidupan baru,lagipun selama tempoh hubungan aku dgn dia,sejak setahun kebelakangan aku dh mula rsa lain macam bila dia semakin jarang menghubungiku apatah lagi untuk berjumpa. Bila aku telefon atau SMS,hanya sekali sekala yg dibalas dan bercakap pun antara nak dengan xnak saja..

Sahabatku Nora,antara yg sentiasa aku kongsi apa saja masalah dan cerita tentang kami banyak memberi kata2 semangat agar aku bersabar dengan ketentuan ini dan setelah apa yg berlaku,barulah dia membocorkan rahsia yg terpendam selama ini bahawa dia sebenarnya tidak berapa menyukai ex aku tu.. huhu..baru aku tau begitu ceritanya. Patutlah Nora kurang gemar bila aku mengajaknya keluar bersama setiap kali ex aku ada bersama.. Selepas sebulan berlalu,aku dah kembali macam biasa. Kenangan lama sudah aku buang jauh2 dan xnk dikenang lagi.. Xsangka aku boleh lalui semuanya dgn cukup mudah.. Mungkin untuk mengubat hatiku yang pd anggapan Nora masih bersedih,pada satu pagi hari Sabtu,semasa aku sedang bermalas2 di rumah xde apa2 perancangan,Nora menghubungiku.

"Wei Makcik! Ko tido lagi ke?" Tanya Nora dgn agak kuat

"Xde lah,saja lepak2 kt bilik je" Jawabku malas

"Wei!! Engko ada nk kemana2 ke ari ni? Ada plan?" Tanya Nora lagi.. Dalam hati aku mungkin dia jgk keboringan di kolej dan nak ajak aku keluar kemana2... Itulah rutin aku kebelakangan ni,setiap kali ada masa terluang aku akan amik Nora di kolej dan kami akan ke mana2 saja berdua.. Paling tidak pun kami akan ke tasik Shah Alam dan bersiar2 sambil makan2... Hubungan kami memang rapat bagai isi dgn kuku sejak di bangku sekolah lagi sampaikan ada yg cemburu dan salah anggap dgn hubungan kami.. Tapi,ada kami kisah?? Mak ayah masing2 pn dh faham sgt hubungan kitorang dan langsung x amik kisah kemana saja kami pergi,sebab dorang tau walau seberapa jauh pn kami pergi,kami tetap akan ingat mak bapak dan kami xpnh mengambil kesempatan di atas kebebasan yag diberikan.


"Entah..xde kemana kot.. Dok rumah je. Nape?" Tanyaku masih lagi bergolek2 atas katil

"Saya kt rumah Kak long ni..Datang semalam Kak long ambik.. Kitorang nak pegi Sunway Lagoon.. Jom ikut" Kata Nora pantas selepas tahu yg aku tiada apa2 program.

"Wah!!! Ye ke?? Bestnya... Bila? Nak ikut!!" Kataku gembira terus terbangun dan turun dari katil.. Terus hilang mood malas dan ditukar dengan mood yang ceria dengan berita gembira dari sahabatku itu.. Begitulah kami,kemana saja pasti berdua.. Kak Long,kakak Nora pn dh faham sangat keakraban kami. Itu sebab bila diorang nak pegi ke sana,disuruh Nora ajak aku sekali sebab tiket pn memang awal2 sudah disediakan untuk aku.. Aku apalagi,lgsg xmelepaskan peluang dan terus setuju dgn ajakan itu.. Lagipun aku xpnh lg ke Taman Tema yg memang mahsyur di Malaysia tu..

Sampai kat sana dalam pukul 10pagi.. Manusia ramai yang teramat sangat kerana hari tu merupakan Hari Keluarga Proton. Kitorang dapat pergi ni pun sbb tunang Kak Long merupakan staff Proton.. Kitorang berjalan2 saja sambil melihat org ramai yg berpusu2 dan penuh di semua tempat.. Tempat mandi lagilah,langsung xnampak airnya sebab dipenuhi dengan ribuan manusia.. Aku dan Nora sempat jgk beratur dan bermain dengan satu dua permainan. Kitorang naik Pirates of d Caribean smp pening2 lalat,pastu main luncur air,ntah nama apa ntah,pastu yg lain x sanggup nak beratur.. Sambil2 berjalan,sempat kitorang snap beberapa keping gambar utk dijadikan kenang-kenangan.. Tiba2 mata ternampak satu kain retang yang di gantung di satu tempat di situ.. Konsert bersama beberapa artis undangan yang antaranya adalah Zahid AF2.. Aku apalagi.. Gembira bukan kepalang la sbb masa tu tgh demam AF2.. Rasa nak meloncat dan aku ajak Kak Long dan tunangnya utk ke pentas utama semata2 sebab nk tengok Zahid yg comel..hik3.. Nasib baik Kak Long dan tunangnya sporting dan setuju utk ke pentas utama tempat di mana konsert dan pengumuman hadiah cabutan bertuah akan berlangsung.. Tgk waktu konsert,mmg tepatlah masanya sebab konsert akan dimulakan xberapa lama saja lagi.. Kami pn apalagi,teruslah menuju ke sana,lagipun kaki dah penat berjalan dan xtahu nk kemana lagi.. Sampai di sana orang dah penuh membanjiri kawasan tu,tp nasib kami baik sebab masih ada tempat duduk yang kosong di ruang penonton betul2 mengadap pentas.. Kami terus melabuhkan punggung dan duduk kat situ diam2 tak berganjak sebab takut tempat duduk diambil orang memandangkan xsmp 10minit sume tempat duduk yang mengadap pentas xde yg berbaki lagi,tp kt sebelahku ada satu kerusi kosong,saja aku kosongkan sebab nk letak barang.. Tp sapa la nk duduk kan sebab kalu ada yg nk duduk di situ,terpaksa lah dorg berpisah dgn kumpulan atau pasangan masing2 yg datang bersama..

Sambil bersembang2,kami melihat sorang demi seorang naik ke pentas menerima hadiah cabutan bertuah yg diumumkan oleh pengacara majlis di atas pentas... Hadiah utama merupakan sebuah kereta Proton jenis apa x ingat.. Wahh!! bertuahnya sapa yg dapat.. Tp kami xmasukkan pn keratan tiket yg ada,kata tunang Kak Long,malas nk amik port.. huhu.. Walaupun tempat dh penuh,tp masih ramai lg yg berderet2 naik dan menyelit2 dicelah2 penonton yg ada utk mencari kalau2 masih ade tempat duduk yg kosong. Sambil bersembang dan melihat gelagat manusia yg sangat ramai tu,tiba2 Nora yg berada di sebelah menyiku aku sambil mulutnya memoncong menunjukkan sesuatu di depan..

"Eh Gee!!.. Tengok tu..!!" Kata Nora sambil mata terarah ke depan..




Bersambung.........


p/s : Hehe.. nak tau apa yg Nora tunjuk???? Tunggu episod seterusnya ok...

Kau Dan Aku..........(2)

Tiba-tiba dengan x semena2,mamat kat sebelah menggeliat sambil mendepangkan tangan sesedap rasa dan menghimpit aku.. 'Ish..ini sudah lebih'... "Huarghhh!!!!! Ngantuknya! " Katanya dengan perasaan x bersalah ditambah dengan muka bangang. Aku masih diam x kata pape.. Sekejap je,kepala dia dah terlentok atas bahu aku... 'Ini tak boleh jadi!!!'...

"Hello brader,awak ni pe hal?" Kataku perlahan tapi keras sambil mengalihkan badan dengan kasar hingga hampir tumbang mamat bangang tu.

"Jangan nak buat pasal kat sini yer!! awak ingat saya ni ape????" Kataku masih bernada sama. Darah mula menyirap dengan perbuatan biadap lelaki itu. Dalam hati aku..kalau dia masih tak serik,aku akan jerit kuat2 biar semua orang dengar..

"Opss!! Sorry2!! Saya tak sengaja" Sambil membetulkan duduk dan menjarakkan sedikit ruang antara kami.. Aku tetap tak berganjak dan duduk mengiring membelakangiknya. Masing2 diam tak terkata dan aku hanya berdoa supaya bas cepat2 sampai ke destinasi dengan selamat.

Pukul 5.30pagi,bas memasuki perkarangan hentian bas di Seksyen 17 Shah Alam.. 'Fuhh!!! Lega..' Aku orang pertama yang bangun dan menuju ke pintu bas sebelumsempat pintu bas terbuka. Dalam hati menyumpah2 sebab perkara bangang yang paling ditakuti telah terjadi pada aku. Selalunya aku hanya dengar cerita dari kawan2 je. Bila dah kena pada diri sendiri,baru aku rasa betapa sakitnya hati aku diperlakukan sebegitu...

"Eh! Jap la dik, x sabar2 nampak!" Kata pemandu bas sebaik saja nampak aku yang terburu2...

"Memang saya x sabar Pak Cik, x sabar2 nak turun dari bas ni sebab ada penumpang bangang dan miang.." Kataku geram dengan agak kuat sambil menoleh ke belankang.. Beberapa mata memandang ke arahku dan menoleh semula ke belakang, melilau2 mungkin mencari di mana tempat duduk aku tadi.. Mesti dorang nak tengok muka penyangak yang aku maksudkan tu.

Terbuka je pintu bas terus aku turun dan dengan pantas menuju ke tandas. Perasaan marah dan geram masih berapi2 dalam hati. Rasa geram yang teramat2 sangat.. 'Ishk!! geli gelemaluar n aku,kalau handsome macam Hans Isaac ke takpe la jugak, ini tidak,muka macam pecah rumah'.. Cheh!! sempat lagi nak memilih tu...

Keluar je dari tandas terus aku cari teksi nak balik kolej kediaman. Tak sabar2 rasa nak sampai ke bilik, nak merehatkan diri kejap sebelum bersiap2 ke kelas. Sampai je ke kolej yang terletak di Seksyen 18, aku terus menapak menuju ke apartmentku di blok 7,tingkat satu.. Penat dan ngantuknya rasa.. Masuk je rumah,basuh muka,terus aku membungkam atas katil dan zzzzzzzzzzz.. Xsempat nak kunci jam. Sedar2 jer tido tengok jam dah pukul 9 pagi... 'Alamak!! Aku dah miss kelas BEL... Aduh!! x sukanya..' Bangun meninjau ke bilik sebelah tengok house mate semua dah xde dalam bilik masing2.. Tinggal aku sorang je rupanya.. 'Sampai hati dorang x kejutkan aku.. @ aku yang tido mampus sampai langsung x sedar dorang kejut??' Next kelas kol 2 petang,so..alang2 dah terlajak, apa lagi,sambungla tido balik...

Begitula setiap hari rutin aku sepanjang bergelar pelajar di Uitm Shah Alam... Belajar sambil tunggu cuti sebab x sabar2 nak balik kampung.. Bila sampai time nk final exam, mula la muka masing2 macam dah terputus urat untuk senyum.. Pandang orang pun macam nak telan jer... Itu maknanya manusia yang jenis suka belajar di saat2 akhir.. Bila besok paper,malamnya langsung x tido mengadap buku2.... Mula la kelam kabut xtau mana dulu yang nak di sentuh.. Dan sume tu juga berlaku pada aku.. Xtau la ikut perangai sapa.. kih3...

Pukul 11 pagi,sume house mate balik dan bagitau kelas pukul 2 petang xde.. Cancel sbb lecturer xde.. Yabeda bedooo!!!

"Nah Gee..ni dia tumpi yang kau pesan tu" Hulur Syuk atau nama sebenarnya Sue. Dia memang dah tau makanan kegemaran yang aku pesan setiap kali dia balik ke kampungnya di Johor.. dan lebih special tumpi tu dia buat sendiri.

"Waa!! Sayangnya aku kat ko... Mmmuah!!" Kataku lantas terus bangun dari katil dan dan dengan rakus menyambut huluran dari sahabatku itu..

"Woi3!! Basuh muka dulu oii!" Celah Dayah,seorang lagi sahabatku yang juga satu negeri dengan Syuk sambil membaling bantal ke arahku.. Dengan tidak mempedulikan mereka2 semua,aku lantas membuka penutup bekas tersebut dan terus mengunyah sambil tersengih2 memandang dorang yang tersenyum2 sambil menggelengkan kepala..

"Lantak ko lah Gee,asal bahagia" Kata Ayu pula sambil menghulurkan tangan sambil memuncungkan mulut minta diisi tangannya dengan tumpi yang berada dipangkuanku.. Aku mengikut saja sambil meneruskan kunyahan dan bermalas2 di atas katil...

"Petang ni kitorang nak keluar pegi PKNS,ade nak cari barang sket" Kata Syuk sambil tangannya melipat2 pakaian yang baru diangkat di jemuran.

"Ow ye ke.. Pukul berapa korang nak pegi? Aku pn nak ikut jgk lah.. Nak cuci mata je" Aku memberi respond selepas tgk Dayah dan Ayu menganggukkan kepala tanda dorang pn ikut serta nant.. Takkan la aku nak tinggal sorang2 kat bilik kan.. Lain la kalau aku ni ada pakwe kat sini,bolehla ajak pakwe kuar jalan2 ambik kesempatan masa xde kelas ni..

"Kejap lagi lah,xpun lepas solat Zohor nanti" Kata Syuk

"Lepas solat nanti la,xla kelam kabut kat sana nanti" Kata Dayah mencelah lantas bangun dan mengambil pakaian dalam beg yang di bawa dari kampung...

Tengok dorang sume tgh sibuk2 berkemas barang2 yg dibawa dari kampung,aku pn menutup bekas tumpi yang dah tinggal separuh lalu bangun menuju ke beg balik kampungku yang langsung x terusik sejak sampai pagi tadi. Masa aku buka je zip beg,lantas aku teringat kisah bangang dalam bas yang terjadi padaku lalu aku pn bercerita la kepada 3 orang memberku dari mula sampai ke akhirnya... Borak punya borak,sedar2 jam dah pukul 1. Alamak,masing2 kalut angkat bontot nak bersiap2 nak keluar.. Ayu ambil baju dan tudung utk di iron, Syuk menyiapkan lipatan yang terhenti sejenak bila mendengar ceritaku tadi dan Dayah membelek2 pakaian yang nak dipakai nanti.. Aku lantas bangun dan mencapai tuala menuju ke bilik air untuk mandi.

Sepetang di PKNS bersama2 member sebilik betul2 memenatkan... Aku mula boring membontot kemana langkah kawan2ku menyinggah satu demi satu deretan kedai yang terdapat di situ.. Kaki dah naik lenguh,lantas aku mengajak Dayah menyinggah di Restoran KFC yang terdapat di situ sambil menunggu Ayu yang x habis2 lagi menyinggah ke satu demi satu kedai sambil ditemani oleh Syuk yang menjadi peneman setianya walau ke mana Ayu pergi...

Selesai semuanya,kami menuju ke tasik di seberang jalan untuk bersiar2 sambil melihat panorama di waktu petang. Puas berjalan,kami berempat melabuhkan punggung di satu bangku yang terdapat di situ. Terasa damai sekali duduk berehat sambil melihat keindahan tasik dan keletah kanak2 ditemani ibu bapa masing2 serta ramai juga yang memilih utk beriadah dan berjogging mengelilingi tasik Shah Alam yang cukup terkenal itu..

Lewat petang,kami berempat menuju ke bus stop utk pulang ke kolej.. X sampai lima minit menunggu,bas mini bewarna pink tiba dan berhenti.. Kami terus naik dan mengambil tempat duduk.. Dalam 10 minit selepas itu,bas mula bergerak setelah dipenuhi dengan penumpang yang menuju ke destinasi masing2.. Lebih kurang pukul 7 malam kami selamat sampai ke kolej dan masing2 merebahkan tubuh di katil melepaskan penat seharian berjalan.. Selesai membersihkan diri dan solat Maghrib,kami semua menuju ke Cafe yang terdapat di bawah utk makan malam.

Rutin harian sebagai pelajar berakhir selepas masing2 membawa haluan sendiri setelah tidak lagi bergelar mahasiswi dan kami terpisah disebabkan jarak yang jauh memisahkan kami. Walaupun kadang berhubung melalui telefon,namun tetap xsama seperti zaman belajar bersama dan tinggal sebilik. Kenangan tersebut tetap tidak akan dilupakan sampai bila2.....

Saturday, September 25, 2010

Arique dengan kuro-kuro nyer....

Ariq dh mmg agk lama sinonim dgn kuro-kuro(sebutan kura-kura ariq) semenjak saya ade ceritakan kisah arnab dengan kura-kura suatu msa dulu.. Pada masa tu dia masih x kenal mcmana rupa binatang bernama kura-kura itu.. Selepas tu,saya ade belikan buku cerita dan tunjukkan gambar kura-kura padanya..

Korang mesti pnh dgr keta jenis Volkswagon The Beattles kan?? Hmm kalu kt kelate keta tu di panggil 'keta kura'.. Selepas diperkenalkan oleh papanya dgn keta tu,tunjuklah keta tu dgn apa jua keadaan sekalipun,atau terserempak di mana2 wpun hya sebahagian saja yg kelihatan,ariq ttp mengenali dan akn beria2 dan bersungguh sekali dia akn memberitahu sekelian yg ada akn keterjumpaan 'keta kuro-kuro'(dia tmbh sndiri satu lg kosa kata tu) itu...

Pd suatu hari ktrg pegi KB Mall cari mouse komputer dkt kedai Wellcome PC.. Dkt2 area situ ade la trnampak satu kdai pets yg sblum ni x prnh prsan pun.. mgkin bru bkk kot.. SO,ktrg bwkla ariq pegi sana utk memperkenalkan dia mcmna rupa kura-kura yg sbenarnya.. Sejak dr situ la,dia selalu mnta dibelikan kura-kura kpdanya utk dipelihara.. Punya la mnt dia dgn benda alah tu smpkan boleh ktrg jadikan modal kalu nk kmana-mana tinggalkan dia kt rmh.. huhu... Alasannya,nk pegi belikan dia kura-kura.. Balik x beli xpe,yg penting alasannya diterima.. bagus pya mak bapak..

Ari ni,dpt la ariq keinginannya itu apb papa yg kuar utk urusan kedai tiba2 bwk blik seekor kura-kura utknya... Alangkah gumbiranya bukan kepalang bila yg dihajati dh termakbul...tp sygnya takut plak dia nk pgg.. so,dia tgk je la kuro-kuro tu dlm bksnya... bila tgk je papa bwk kuar kuro-kuro tu,awal2 lg dia dh cabut..hampesss...hehe Ni lah rupa kura-kura baru Ariq.. Kuro-kuro ni diberi nama "Fiffy" sbb xtau jantan betina kan.. So,sesuai la nma tu kalu pasni tau gender nya..kih3..

Ariq n Aleesya bermain dgn Fiffy..Muka sepeot Ariq setiap kali nk amik gambar dia..

Adik Alffie plak yg lebih beria2... Xtakut lgsg,siap nk pgg lagi... Huish.. bahaya btol..Dibuat nya dpt kat si Alffie,maunya dia mkn si Fiffy ni mcm pnh dia buat kt serangga2 lain yg dijumpai di dalam rmh..ngeh3..anak sapa la ni... Hampir2 si Fiffy ni nk jadi arwah kena tindih dgn lutut Alffie...

Eeeiiii... geli geleman teman... Nk tgk dkt pn xsggup,inikan pula nk phh mcm ni....




Alffie yg xde mood..

Gambar ni adalah peserta yg menerima hamper semalam.. Yg mana satu Alffie?? Gambar list paling bawah,kedua dr kanan,itulah Alffie.. Lgsg x senyum kan?? Yg lain punyala senyum smp telinga,dia wat muka selamba jer... Mak bapak ni pyalah sakan mengagah soh senyum,tp setakat tu je lah hasilnya.. Memandangkan xnk blik sesaje sbb xde gmbr yg menarik,terima je lah yg ni pun.. Tp xpe lah,dh lepas pn n dh dpt pn hadiah saguhatinya... Gambar ni diambil 2bln selepas sesi pertama kt Billion..So,msa ni Alffie berumur 10bulan..

Haaa... Ni gambar 1st,sesi fotonya kt Billion Kb.. Gambar ni lah semalam yg disangkakan menang hadiah saguhati sbb saya igt sume gmbar yg diambil dikumpulhkan utk buat pemilihan kt satu tmpt jer.. Rupa2nya gmbar ni msh lg berada di Billion Kb n keputusannya belum kuar lagi... Gambar ni diambil pd bulan April,sesi foto minggu ke2 lagi,semangat sakan kan.. Masa ni Alffie bru berumur 8bln,tembam semacam lagik... Kita tggu je lah kptsn yg ni plak eh.. Kalu dpt hadih nnt sya gitau,xdpt pn akn diberitahu jgk..







Friday, September 24, 2010

Pertandingan Foto Bayi Comel...

Sekitar bulan 6 2010 yg lepas,saya ada join contest 'Foto Bayi Comel' ni anjuran kumpulan Billion yg merupakan acara tahunan mereka.. Sebelum ni mmg saya pnh dgr ttg contest ni,tp xberkesempatan menyertai memandangkan saya kan xde kt kelate kan... So,bila dh peluang ade dpn mata ni,saya pun apalagi teruslah nk join.. Syarat2nya sgt senang,buat pembelian barangan bayi dari jenama penaja sebanyak RM30 ke atas,dapatla 1 contest form.. Anak2 saya plak memang pkai diaper Huggies yg merupakan slh satu penaja utama contest,so..mmg sgt sng la kan..

Pastu syaratnya lagi,setiap bayi yg ingin mengambil bahagian haruslah menghadiri sesi fotografi di tempat2 yg telah dijadualkan dalam contest form..Maknanya xde nk bagi gambar koleksi sendiri ok.. Cantik @ x gambar,sume bergantung pd hari sesi itu.. Photographer akn snap gmbr sebanyak 4x @ 5x,then dia bg kita pilih gmbr yg paling cantik,kalu berkenan buat bayaran RM12 dan tuggu gambar siap,bru leh serahkan contest form beserta gmbr size 5R,sekeping gmbr 3R dia akn bg utk smpanan kta beserta CD yg saya x tuntut2 smp skarang..

Nak dijadikan cerita,saya sempat 2x hadir sesi foto,semangat mamanya yg lebih2.. Gambar 1st amik kt Billion n 2nd amik kt Pasaraya Pantai Timur yg ade kt dpn umh jer.. Yg 1st puas hati sbb Alffie berjaya disenyumkan,tp yg kt pnt timur mood dia kureng,so gmbr pn hrp muka x masam jer... huhu pnjg plak citer ekk.. ok ringkaskan.. tup2 dlm 3mggu lps,dalam bulan pose la,my hubby call ade surat sampai mengatakan Alffie memenangi hadiah cawangan... Mmm ok la tu,sekurang2nya ada la jgk bahagian dia.. Tp wpun sekadar hadiah saguhati saya bersyukur sgt2..ye la,nama lagi hadiah kan.. Kecik ke besar ke ttp membawa makna yg tersendiri.. hehehe

Sampai2 je kt tempat penyampaian hadiah tadi,saya tercari2 gambar Alffie diantara deretan gambar yg dipamerkan.. Cari pya cari nampaklah gambarnya.. Tp alangkah terkujatnya saya bila gambar yg dipamerkan adalah bukan gambar yg saya cari.. Tp gambar yg diambil di pasaraya Pantai Timur Bachok,bukan kt Billion Kb... Hari ni baru saya faham cara pemilihannya.. Pada mulanya saya sangkakan semua gambar2 yg diambil di semua cawangan akan dikumpulkan dan dibuat pemilihan di satu tempat iaitu di Billion KB.. Rupanya,di mana sesi fotografi yg kita hadiri,hanya disitulah pertandingan kita..Pastu terus faham yg hadiah yg Alffie dpt hari ni adalah peringkat cawangannya sahaja.. Maksudnya,gambar 1st yg diambil di Billion masih lg belum kuar keputusannya sbb gambar2 sume dh dipamerkan n gambar Alffie pn ada kt stu..


Hamper saguhati Adik Alffie

Ni Arique yg sibuk dan beriya2 kata itu dia punya..

Ni lah dia tuan sebenar Hamper ni

Alffie,papa n Abg Arique bersama hamper yg dimenangi..

Sebelum sesi penyampaian bermula..

Abg Arique bersama belon yg diberi sorg satu,tp dua2 dia amik...

Dua2 dah buat muka bosan..






Thursday, September 23, 2010

Puasa sunat dan ganti...

Puasa bulan Syawal @ lebih dikenali dgn puasa 6... Bleh ke buat 2 in 1 ekk?? Adoi xtau la..tp ade yg ckp bleh,ade yg ckp xbleh ade plak yg ckp yg diterima hanyala niat yg mula2.. contohnya niat bsok nk puasa qadha n sunat syawal(puasa 6),so yg diterima adalah yg qadha itu.. Mmm sape yg arif psl ni ek??

Papehal pun,ari ni ari ke3 saya puasa,niatnya sebelum bulan puasa menjelma kembali pada thn depan saya nk qadha puasa sebanyak 60ari... Saja nk wat lebih,niat utk puasa2 sblum ni yg mana mgkin xsmpat diganti.. InsyaALLAH semoga Allah permudahkan urusan saya utk meneruskan niat murni ini.. Bleh la sambil2 berdiet sekali...hehe puasa kan terapi diet yg terbaik..ngeh3...

Tapi bulan Syawal ni byk jgk dugaan yg mendatang ekk.. Bila kita puasa pd ari keja,mcm2 plak juadah dan kuih muih yg dok tersengih2 dpn mata.. atend miting plak ade hidangan yg leh mengecurkan liur kt dpn mata,pastu yg plg xleh blah jemputan majlis hari raya jabatan2... Aduuiiii!!! tergugat sungguh iman.. Ari ni ade jamuan ari raya kat PUSPEN Bachok plak (Pusat Serenti Wanita)... Kad undangan dh dijawab pd hari penerimaan yg bertanda "HADIR".. Tp hari ni masih cekal berpuasa.. hehe nafsu mesti dikawal.. Kita wakilkan je la pd sesapa yg xpose tu ekk... Kui3 sekali tgk saya org pertama yg smp dulu..kih3.. Ishk3!! InsyaAllah tidak!!! Berjaya puasa ari ni bermakna tggl lg 57 ari pertempuranku untuk menyempurnakan misi sebagai hamba kepada Penciptaku yg Maha Agung... Amin...

Tuesday, September 21, 2010

Sekitar majlis sambutan harijadi

Tetamu dan para dif2 kehormat yg datang.. Xperlu jemput org luar,sanak
saudara yg diundang secara express ni pun dh riuh suasana rumah..huhu ni yg best
ade famili besar..

Pok Su Il.. Pak sedara kesayangan(berbaju hitam,berkopiah dan pelikat ijau).. Katanya.."Bestnya kalu tiap2 malam bleh camni.. berkumpul sume mana yg ada tanpa ketinggalan seorang pn(kecuali pak cik yg uzur iaitu Ayah Lah n nenek yg juga sudah uzur,wlaubgaimanapun ttp x dilupa n apa yg ktrg mkn,dorg pn dpt merasa jgk).."Hubungan jadi bertambah erat dan masing2 bertukar2 mcm2 cerita selepas majlis sambil menghabiskan makanan yang dihidangkan sambil ber'huha2'... Mmm mmg best,tp tkg yg nk membuatnya yg xtahan tu...

Kanak2 yg sporting bergambar.. Yang lain malu2 kucing xnk masuk gambar.. Takut hilang kehenseman dan kemachoan kot...
Very d simple Goodies..@ siso utk kanak2 n mak bapaknya sekali.. sorg dpt smp 3,4,5..hehehe

Makanan yg cukup sederhana dan disediakan dalam tempoh xsmp setengah jam..memang kalut giler tapi seronok sangat2...




epi besday Arique..

Besday boy kt belakang tu diwakilkan oleh Kak Leesya..

Black forest kek Nazeem Arique..

Disney kek Nazeem Alffie...


Ni la 1st besday boy..

Ni 2nd besday boy...elele malu2 gitu adik

20/09/2010... Epi besday to my son Nazeem Arique n epi belated besday to Nazeem Alffie(04/08/2010)... Walaupun masa besday Alffie xde pape sambutan,tp bila celebrate besday Ariq kali ni saya xlupakan si adik.. combine 2 in 1 sekali.. xde masalah ape pun... Dapat save bajet lagik.. Maklumlah pas raya ni dah pokai tahap dewa kan.. Open house raya dah buat,besday anak pn dah celebrate..lepas dah segala majlis yang mengempiskan beg duit.. so,pasni diam2 je lah dlm selimut...huhu Kalau terasa nk mkn KFC,goreng je lah ayam kat umh,kalu terasa nk mkn McD,beli je ler beger kt tepi2 jalan tu.. pastu niat je la mkn KFC n McD ok.. Huhu ayat sedapkan ati..
Sebenarnya nak story citer raya dulu,tp tba2 tertukar citer psl besday yg baru berlangsung semalam..pya semangat... Bukan ape,ade niat tersmbunyi sbnarnya.. sajer nk jeloskan budak tu yg baru balik semula ke kolejnya..(nama xdpt disirkan di sini atas faktor keselamatan..ngeh3!).. Ok lah.. itu saja..nnt publish gambar raya rayan pulak...

Sunday, September 12, 2010

Kelahiran satu anugerah...

Menjelang hari raya,sewaktu saya tgh sbuk2 di dapur sebab nak sambut raya besoknyer kan... tiba2 saya dikejutkan dengan satu laungan dari sepupu saya yg darjah 4.. Kecoh betol dia panggil sume org sebab satu kelahiran bakal berlaku... Dia dah nampak si ibu yang kegelisahan ke sana sini x sng duduk..


Lantas saya pn terus angkat bontot meninggalkan daging yg sedang disiang utk menyaksikan satu anugerah Allah yg x ternilai atas muka bumi ini saat bakal menjelangnya 1 Syawal yg akan disambut seluruh umat islam seluruh dunia besok,termasuklah kelahiran baru yg bakal berlangsung nanti... Alangkah bertuahnya saya dapat menyaksikan kelahiran, bukan satu malah 2 ekor kambing sekaligus... Betapa besarnya kuasa Allah bila telah dijadikan lumrah,sejurus keluarnya ank kambing dr perut ibunya,ibunya akan terus membersihkan seluruh badan anaknya yg penuh lendir bukan dengan air atau dengan kain,tapi akan dijilatnya badan anaknya sebersih-bersihya... Cuba kita bayangkan sejenak,kalau ibunya tidak bertindak sebegitu,adakah kita yg kebetulan menyaksikan kelahiran itu akan mengambil ank kambing tersebut dan memandikannya sebagaimana satu kelahiran manusia??? Fuhh!! x mgkin kan.. sebab saya yg menyaksikan pn ada perasaan geli geleman gitu,tp nak jgk tgk.. Nak2 bila settle je seluruh badan dibersihkan,terus si anak bangun dan menuju ke susu ibunya dan terus menghisapnya.. MasyaAllah,besarnya kuasa Allah...



Lepas tu si ibu tadi meneruskan agenda meneran utk mengeluarkan seekor lagi anaknya dan step2 tadi diulang semula sampai la anaknya bangun dan menyusu... Begitula kisahnya.. Pastu saya pn teruslah masuk ke rumah dan menyambung keja2 yang tertunggak...ngeh3... Gambar xleh nk upload lak..jem sungguh..

Monday, September 6, 2010

Kisah Kau dan Aku................(1)

Terasa berat hatiku untuk balik ke kolej malam nanti.. Tapi tiket dah beli. Nak tak nak terpaksa jugak kuatkan hati... Malamnya aku(utk kisah kau dan aku kena tukar kata ganti nama ok) ke Ketereh dihantar oleh ibu dan ayah untuk menaiki bas... Rutin yang menjadi kebiasaan setiap kali balik kampung... Panas bontot nak dok lma2 kat kolej,pantang ada cuti mesti nak balik kampung.. Ok,pendekkan.. tunggu pya tggu,bas pun sampai. Naik je aku terus tido tak ingat dunia sbb sebelum bertolak tadi dah telan ubat utk 'travel sickness' siap2.. Bukan mabuk ke apa pn,saja nk soh tido nyenyak tanpa gangguan sebab sampai besok ada kelas pagi..



Ok,sedar2 bas dah berenti dekat hentian Merapoh.. Wahh! mampos pya tido.. Mata ngah ngantuk tahap gaban lagi pengangan ubat baaiikk pya tu,tp aku ttp nak jgk turun utk mengosongkan pape yg dh penuh ni...ngeh3.. Rasa mcm org mabuk pn ade.. Maklumlah ngah mamai..jalan pun terhuyung hayang.. Sambil berpeluk tubuh menahan kesejukan awal pagi,aku gagahkan dan cuba sedaya upaya xnk nmpak sgt cam org mamai baru bgn tido..huhu drama swasta btol... Masuk toilet basuh muka..Uishhh xpyh la cite kisah dlm toilet tu..huhu



Ok,selepas kuar toilet,aku meronda sekitar kedai melihat2 kalau2 ada apa2 yang menarik untuk menjadi bahan kudapan di dalam bas.. Mmmm xde pape,nk mkn xsggp la plak sbb sorg2.. Aku batalkan niat utk membeli dan terus menuju ke bas. Ketika melalui celah2 meja makan,aku terasa diriku diperhatikan seseorang.. Nak toleh ke xnak..aku menjeling sekilas.. Dalam hati berkata.. 'Eh! Mamat ni!!'



"Hai.." Tegur jejaka itu bila aku sudah betul2 merapati meja tempat dia sedang minum. Dia kesorangan waktu itu. Mengurangkan kesejukan malam dengan melayan teh 'o' panas..

"Hai.." Aku membalas dengan perasaan berbelah bahagi sbb terpaksa berhenti dr meneruskan niat untuk ke bas dan menyambung tido.

"Ke mana?" Tanyanya ringkas

"Nak balik Uitm.. Sorang ke" Tanyaku sambil buat2 melilau mencari kalau2 ade kelibat yg sesuai utk ditafsirkan sebagai kwn2 dia @ teman se'bas' dengannya..

"A'ah..sorg,balik kampung,cuti"

"Ow.." Dalam hatiku,tak tanya pun...

Nampak cam aku dh xde modal dan mcm xsbr2 nak berlalu,dia kuarkan h/fon dan mtk no fon aku.. Sebab fikirkan org kampung,aku pn bagi la.. Selepas tu,terus aku menuju ke bas utk smbg tido.. Aku x mtk pn no fon dia balik..huhu jual mahal konon..kah3..



2,3 langkah dalam bas,aku rasa lain macam.. 'Eh..! Mana tempat duduk aku?' gumamku dalam hati.. Sampai ke hujung aku menapak,rsa xsdp hati.. Aku mula confius..'Kenapa tempat duduk aku tadi ade org tgh tido?'.. Bila aku amati betul2.. DUSH!!!!! PANG3!!!!! tampar diri sendiri..Rupa-rupanya aku tertukar bas... Cepat2 turun balik nak cover malu.. Ni xlain xbukan jadi hilang ingatan kejap kes jumpa mamat satu kampung la ni...Xpasal2 terus hilang ngantuk..hahahahha

Naik je bas yang betul,bru menapak satu tangga driver terus masuk gear nak jalan..Rupa-rupanya dorg tggu aku sorg jer..Cess!! buat malu jer.. Tya kakak kt sebelah aku dia kata bas dah byk kali hon2 pggl sorg lg passenger..kah3... Mungkin msa aku tersedar tido tadi bas dah lama berenti kot.. Huhhh abaikan.. Layan tido lagi bagus..

Kol 4.30pg aku smp di hentian Putra,bas yg aku naik setakat itu saja.. Adui..nk kna mencari bas ke Shah Alam utk tumpang.. Dapat je bas,aku terus naik dengan harapan dapat sambung tido.. Sekali seat kosong ade satu je,nak xnak terpaksa la jugak duduk sebelah mamat yg terlebih peramah tu.. Macam2 la plak aku di interview secara xrasmi oleh mamat yg bru seminit menjadi seat mate ku itu..dia dah puas tido kot.. Tiba-tiba.. xsemena2..........(heehee bersambung.......)

Sunday, September 5, 2010

Hehehe..mengigau..

Salam sume.. Stelah bertahun2 sya x update mahupun menjengah blog ni,akhirnya gatal tgn jgk ari ni nk bkk bnda alah ni.. mmm terbuka pintu hati di bulan yg mulia ni.. Amin..
Dah lma bertangguh nk bkk n story sket2 citer2 wpun xmnarik mna pun..xtau la kot2 yg ni pn akan bertangguh jgk...

Mmmm pada suatu ari..sya n famili pegi la satu majlis knduri kesyukuran kt umh x skulmate sya n hubby.. Then smp2 je kt ats jmbatan yg mmg fames dgn kesesakan kt klantan ni,keta ktrg mampus kehabisan myk..huk3..sadis2!!! Ank2 pda msa tu dua2 tgh tido.. Pe lg,xsmp 5mnt peluh jantan betina sume kuar,panas kt luar yerik tang2... Tp Alhamdulillah sgt2 bab ttba mncul la satu teksu ni yg tetiba stopkan keta dia dpnketa ktrg n xsemena2 kuarkan tali dr bonet keta n xsmpat hubby nk kuar dr keta @ mengucapkan sepatah 2 kata,pakcik tu td trus bertindak pantas melakukan keja2nya mngikat keta ktrg n disambung pd bontot ketanya n selepas selesai kejanya,di mnunjukkan bhsa isyarat yg sya n hubby jelas emahami maksudnya berbunyi..eh xde bunyi..yg keihatan begini maksudnya..

"Kejap,sy tarik keta ni smp lepas jambatan ni.. keta dh jem gilos kt blakang nun"
Huhu.. lega ada jgk hamba Allah yg Allah turunkan disaat2 hambaNya dlm kesusahan macam ni.. Pastu,ditarik la keta kami perlahan2 smp lepas jambatan Tesco tu.. n sekali lg lega sbb pas je jambatan tu ade petrol pump berderet2..siap bleh pilih nk isi myk pe..ngeh3...

Pastu kami pn smbg la pjalanan ke tmpt yg dituju dgn pnuh aman n harmoni... Alamak..sebenarnya bkn nk citer psl keta mati pn..ade bnda lain nk di ceritakan sebenarnya..
Mcm ni.. sbenarnya hubby dh bgtau psl kwn fb dia yg 1 sekolah dulu rmai yg dok tya cane sya n hubby bleh bersama smp berkahwin.. Ye la ktrg dulu 1 sekolah sume,1 kg lak tu..tp xde plak dgr cite @ ura2 yg ktrg kapel ke hape.. tup2 jmp blik ngn kwn2 lma dlm fb,tgk2 dh kwin n beranak 2.. So,ramai la yg nk tau.. N nk dijadikan cerita msa ktrg p umh Kak Na ari tu,de yg cuit2 soh tyakan bgaimana bermulanya kisah antara kami hingga membawa ke jinjang pelamin...Hehhe.. hubby pn pggl sya,gtau ttg soalan cepumas member dia tu.. Hehehe... Panjang ceritanya.. Tp,sya bertekad kisah antara kami bermula bgaimana kami bertemu,bercinta,bertunang n akhirnya berkahwin akan sya ceritakan utk x mghampakan sume kwn yg heran cmna kami berdua leh bersatu.. Hehehe.. Harap dpt tunggu n ikuti kisah kami...