CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Kau Dan Aku..........(4)

"Itu bukan ke Si... sapa nama dia ekk??" Telah Nora sambil cuba mengingati nama si pemilik gerangan orang yg ditunjukkan kepadaku

"A'aa lah... Kenal2..." Kataku mengangguk2 sambil memerhatikan jejaka yang melintasi hadapan kitorang bersama2 5 ke 6 orang kawan2nya.. Agak terkejut kerana secara kebetulan boleh terserempak dgn orang sekampung di tempat yg penuh sesak ni..

"Bukan Amir sepupu mimi ke?" Kata Nora meyakinkan aku..

"Iye la wei.. Dia lah tu.." Kataku sambil terus spontan 'sweet2' kt jejaka yg dimaksudkan Nora tadi.. Sekali 'sweet' dia x pandang,aku 'sweet2' lagi.. Terus dia berpaling dan melihat kami.. Mungkin terperasan ada orang yg dikenali di atas dan yakin aku lah org yg punya 'sweet-an' tadi,dia terus naik ke atas dan meninggalkan kawan2 yg berlalu meninggalkan tempat itu mungkin mencari tempat duduk di bahagian tepi.. Aku yg agak terkejut dgn tindakan spontannya yg terus naik selepas melihat kami,terus mengalih barang2 yg diletakkan di kerusi kosong disebelahku utk membolehkannya duduk di sebelahku..Xkan aku nk biarkan saja dia sambil berdiri kan. Macam kebetulan pulak kan.. Ye lah! Nak ckp apa lagi,kebetulan lah namanya.. Dia pn apalagi teruslah melabuhkan punggungnya dengan senyuman yg masih lagi bersisa.. Suka la tu! ngeh3..perasan..

'Alamak!apa nk sembang ni? kenapala dia dtg duduk kat sini?' Aku mengomel2 sendiri

"Datang berdua ke?" Amir memulakan perbualan.. Ececeh..macho2..

"Eh xla!.. Kitorang dtg berempat. Tu Kak Long Nora dgn tunang dia" Jawabku penuh sopan santun sambil menunjuk ke arah Kak Long dan tunangnya.. Hiks geli geleman rasa control cun.. Aduhh!! gigil..

"Ohh... Xsangja jumpa kt sini..Gee nampak kurus sekarang, x macam dulu,berisi" kata Amir semakin bersemangat meneruskan perbualan.. Ceria wajahnya seolah2 sesuatu yg menggembirakan dapat berjumpa dgn aku di sini..

'Dush3!! Nape la dia pegi komen pasal badan aku plak ni... Tp suka nya dia kata aku kurus.. kui3.. Apa nak jawab ni??' Aku mengomel lagi

"Hahh ye ke? Kurus ke? Mmmm Gee sakit" Alamak!! tiba2 terpacul plak perkataan tu laju je dari mulut aku.. Kejap lagi di buatnya dia tya aku sakit apa,kenapa..mau panjang plak jadinya cerita kat sini.. Dah xde lagi semangat aku yg berkobar2 n tujuan utama nak tengok Zahid AF2.. Sume gara-gara jejaka sekampung ada kt sebelah... Aduhh!!! Baaaik punya control mak cik.. Zahid yg dh lepas menyanyi beberapa buah lagu termasuk lagu 'Cik Mek Molek' dgn mcm2 gaya dan aksi pun dh jadi x menarik bgku sbb degupan jantungku lagi hebat n kencang dari persembahan Zahid.. 'Kenapa plak aku nk berdebar2 x pasal2 ni..Bila la Si Amir ni nk bgn ni..xnk pegi dgn member2 dia ke??' Dalam hati aku x abis2 membebel sendiri..

"Hah! Sakit? Sakit ape?" Haaa.. kan aku dh agak dah dia akn tya jgk soalan tu.. 'Padan muka ko Ayuzi'..

"Hehe.. ada la..sakit msa belajar dulu.. sikit2 je" Lagi sekali terkeluar jawapan spontan yg agak bodoh..Lantaklah! Ye lah! Xkan lah aku nk jawab sakit kena buatan org ke,sakit jiwa ke,sakit jantung ke kan... Lagi la parah jadinya..

"Eh! Amir dtg ngn kawan2 kerja je ke? Xbwk awek ke?" Hehe pantas aku plak yg bertanya sebelum ditanya lagi dgn soalan2 yg menyenakkan dada aku nk menjawabnya... Eceecece.. siap tya awek org.. Ada maksud tersirat ke?? Hik3..mcm serkap jarang jer..

"Hmmmm kecewa.." Jawabnya perlahan namun tidak ada segaris pun riak wajah yg menggambarkan kekecewaan.. 'Ek Eleh.. Kenc***g la tu!' Gumamku dalam ati.. Tp macam best je untuk mengorek cerita lebih lanjut lagi..

"Kenapa? Kecewa dgn sapa?" Tanyaku pantas tidak membuang masa yg ada,lagipun takut dibuatnya dia plak yg tanya aku soalan2 peribadi yg susah nak jawab..

"Mmmm ada lah..Eh,sapa nama abg Gee tu,Afrizam kan? Dia kat mana sekarang?" Cess!!! dia konar plak yer!! Xpe2..

"Mmm ada kt kampung. Dia kerja kt Kota Bharu" Jawabku spontan.

"Gee kt sini duduk kt mana? Keja mana?" Bertubi2 dia bertanya

"Gee kt Shah Alam,jadi guru sandaran kat Sek Seksyen 18" Jawabku ringkas

"Eh! Kat mana? Seksyen berapa?" Tanya Amir dgn wajah sedikt berkerut seolah2 terkejut.

"Mmm dulu duduk dkt Seksyen 18,sekarang ni baru pindah ke Seksyen 17.. Gee duduk kt Kuarters pendidikan dgn kakak ipar" Terangku dgn panjang lebar.

"Laa..bukannya jauh sgt pn dgn Amir.. Amir dkt Sri Muda je,mmg biasa sgt la Seksyen 18,24,17 tu.. Sebelum ni x pnh jumpa pn,kt sini plak bleh jumpa" Kata Amir seolah2 terkejut bila dapat tahu tmpat tinggal aku dekat saja dgn rumahnya..

"Mmm tu la..Last jumpa Amir masa kat Merapoh,tmpat bas berenti dulu kan? Dah lama dah" Kataku merancakkan lagi topik perbualan..

"Eh! Gee pakai nombor lama lg ker?" Tanya Amir selepas menganggukkan kepala setuju dgn kenyataan aku

"Mmm nombor lama lg,x tukar2 pn,takut susah nanti." Jelasku ringkas

"Betul x nombor ni" Tanyanya lagi sambil menyua h/fon ke arahku... 'Wahh!! Fon Nokia 6600' hfon model terbaru Nokia waktu itu.. ' Ni kes nk confirm no fon ke nak tayang fon baru ni?' Getusku dalam hati. Tapi aku tetap panjangkan leher melihat no fon yang tertera di skrin yang diajukan padaku..

"Mmm btol2.. Gee pakai no tu la lagi" Kataku sambil mengeluarkan hfon aku jgk dari poket seluar.

"Amir punya nombor berapa ye?" Tanyaku sambil bersiap sedia untuk mendail

"Nombor lama jugakla" Katanya ringkas. Aku yang hairan membelek2 contact list kalau2 ada tersenarai namanya. Pernah ke aku amik no fon dia ni?

"Amir dh pernah call Gee kalau x silap thn lepas,masa tu Gee ckp Gee kt Pasir Mas, tp xpasti kenapa" Terang Amir seolah2 dapat membaca persoalan yg berlegar2 dlm kepala aku..

"Ow! ye ke? Tp xde lah,bg je lah" Kataku malas nk pening2 kepala lagi.. Tp dalam hati aku berkira2 mungkin nombor dia aku tak simpan atau sengaja delete untuk kurangkan space fonbook..huhu lantak lah.. Selepas menyimpan nombor yang diberikan aku memasukkan semula fon ke dalam kocek dan melepaskan pandangan ke pentas.. Persembahan artis dah selesai dan acara pengumuman cabutan bertuah pulak mengambil ruang di pentas.

"Amir x amik bahagian ke?" Tanyaku sambil memuncungkan mulut ke pentas utama bg menerangkan maksud soalanku..

"Xlah,sampai2 tadi terus ke water park,mandi. Ni datang sini baru naik la ni.. Habis rambut jadi keras" Kata Amir sambil menarik2 rambutnya

"Ow ye ke? Mmm Amir keja Proton lagi la ek?" Tanyaku bersahaja

"Mmm kerja situ je la smp ke tua nampaknya" Katanya sambil tersenyum senyum

"Xpe lah..keja mana2 pun sama je.. Yg penting tiap2 bulan dpt habuan. Kat Proton sibuk ke? Dapat beli kereta murah x? hehe" Tanyaku sambil diselang dgn gurauan

"Mmm biasa je.. Keja mmg byk,tiap2 hari kena buat O.T..." Jawabnya ringkas

"Ok la tu,banyak buat OT,banyak la masyuk" Kataku lagi

"X jugak,bolehla sket2... Gee x balik kampung ke? " Katanya dan terus menukar tajuk perbualan seolah2 xberminat cerita pasal keja..

"Baru je balik bulan lepas" Jawabku ringkas

"Ow.. Amir pn baru je balik minggu lepas,saja amik cuti nak berehat?" Beritahunya tanpa ditanya..

"Mmm kalu ikutkan hati tiap2 minggu nak balik.. Kalau boleh mmg nak duduk kt kampung,tp masalahnya kat kg nk kerja apa.. Terpaksa lah jgk dok jauh ngn famili.." Terangku panjang lebar.

"Mmm btol tu,tp xpelah masa muda2 ni merantau dulu tgk tempat org... Haa.. dah tau duduk dkt je ni,lepas ni bleh la jumpa2 kuar makan.. Sebelum ni mmg xpnh nak terserempak kan" Kata Amir mengeluarkan kenyataan yg menggegar sanubariku.. Nak kuar makan2?? Isk..xbiasa sungguh mak cik kuar dgn laki ni.. Masa belajar dulu pn dgn kawan pompuan je lah 24 jam aku berkepit. Pastu kalu dgn lelaki pun xlain x bukan hanyalah dgn ex aku yg sorang tu je lah sejak zaman sekolah dulu.. Eiii meremang..

Eh Gee!! Member2 Amir dh nak gerak tu.. Amir pegi dulu la eh.. Nanti kalu de pape call la,msg ke k.." Katanya tiba2 belum sempat aku memberikan apa respon dgn kenyataannya tadi,dia lantas bangun dan menganggukkan kepala kepada Nora dan Kak Long tanda meminta diri utk beredar. Aku menoleh ke arah sekumpulan kawan2nya yg berada di bahagian tempat duduk sebelah kiri,masing2 dah bangun dari kerusi dan bergerak hendak meninggalkan tempat itu.

"Aaa...Ok2" Kataku ringkas bila dia mula melangkah dan turun dari tangga satu persatu. Ye lah,dibuatnya kena tinggal dgn member2 dia,haru jgk nk jalan sorang2..huhu

"Hai...ada orang dah berterbangan di awan biru nampak" Usik Nora sambil menyiku lenganku setelah kelibat Amir hilang dari pandangan..

"Hak3..pandai2 je ngko ni.." Kataku cuba mengelak serkap jarang Nora.. Tapi sebenarnya fikiranku masih menerawang memikirkan pertemuan tadi dan aku memang xsangka akan bertemu di situ..

"Alaahh..Apa salahnya kalau betul2 pn..Ko kan dah free skarang.. Dia pn nampak happy lain macam je jumpa ko.. Kalu tak,xkan la dibiarkan je member2 dia duduk kt sini.. Sampai habis konsert lak tu.. Mati kutu saya dibuatnya,ko sibuk layan si Amir,Kak Long plak dgn Rahim..Saya plak mcm dtg sorang2 je duduk kt sebelah ni" Cerita Nora dgn panjang lebar.. Tergelak aku dibuatnya.. rupa2nya dalam hati Nora dah berbakul2 membebel agaknya bila dia seolah2 dibiarkan sorang diri kt situ.. hik3..

"Tu yg saya ckp ko dh berterbangan di awan biru tu,sbb mcm dah xde org lagi dah kt sekeliling ko ni.. Syok sgt nampaknya bersembang" Tambah Nora lagi seolah2 merajuk dan x puas hati..

"Aloololololo...Ko merajuk ke? Mana ada,dh dia tu yg byk tanya itu ini,aku sembang la dgn dia.. Xkan aku nk halau dia suruh pegi dgn kawan2 dia kot..Ko ni pun,xde mknanya nk jelos2 ok.." Terangku cuba memujuk Nora. Pada masa tu aku melihat ramai orang berpusu-pusu turun dari tempat duduk dan menuju ke bawah.. Baru ku tahu dorg sume berlumba2 nk bergambar dgn Zahid di belakang pentas dan pada masa tu sudah ada sebuah kereta menunggu di situ utk menjemput Zahid yg telah selesai membuat persembahan.. Aku apalagi teruslah mengajak diorang semua turun sbb nak tengok Zahid dekat2.. Ye lah,tadi dah miss kan.. Persembahan Zahid kt pentas mcm xde maknanya bila tumpuan aku dh beralih sebentar tadi kan. So,aku xnk la lepaskan peluang ni.. Kak Long,Rahim dan Nora ikutkan aje kerenah aku memandangkan masa tu pn dh hampir pukul 3 petang.. Lepas ni boleh terus balik je sbb dah xde nak kemana2.. Elok sampai2 je kt bawah aku tgk kereta yg membawa Zahid bergerak perlahan berlalu pergi sambil dikerumuni org ramai yg menghalang pergerakan kereta seolah2 xnak lepaskan Zahid pergi.. Zahid yg pada mulanya melambai2 dari tingkap kereta perlahan2 menaikkan cermin tingkap dan hilanglah Zahid dari pandangan mata.. Kereta yg dinaiki semakin jauh berlalu pergi dan setakat itu saja lah yg dpt aku saksikan pada petang tersebut..

Kami berempat pun terus berlalu pergi meninggalkan kawasan pentas utama untuk balik.. Sambil berjalan perlahan2 sempat jugak kami menyinggah tempat2 sekeliling yg dirasakan menarik dan merakam sekeping dua gambar utk dijadikan kenang kenangan.. Dalam kepala aku sekejap2 akan menerawang memikirkan pertemuan tadi.. Cheh!! x abis2..Knapa ni?? Aku sendiri pn x faham.. Sebelum ni,aku seolah2 kebal.. Jumpa la dgn bermacam2 jenis kawan lelaki,yg spesis mcmana skali pun,wpun ada yg cuba2 nak dekat,aku xpnh rsa mcm ni.. Ye lah,xpnh nk rasa pape lps tu,nk pikir 2,3 kali ke,skjap2 kpala otak ni nk rewind blik ke pape ke.. Tp kali ni rasa lain macam plak.. Rasa mcm mana?? Rasa mcm berbunga2 gitu.. Dush3!!!! Hahahaha... Tp control beb... jalan ttp maintain.. Idok ler smp tiba2 jalan tersepak batu ke,terpimpin tgn org lain ke xde lah... Malu lah kalu Nora tau cpt bebenor ati aku cair... Kih3..Alamak!!! Aku dh cair ke??? Mungkin sbb aku baru lps kecewa,prasaan aku jadi mcm ni.. Tp,bukan ke lepas kejadian hari tu aku dh tutup segenap pintu hati aku utk mana2 lelaki.. Dah xnak pandang lelaki n dah xnak bg chance utk mna2 spesis yg bernama lelaki utk lukakan hati aku lagi.. Apa dah jd ni.. Baru je sebulan,cpt benar berubah hati... Eh!! Tapi xkan pintu hati aku dah terbuka kot.. Perasaan je nih.. Abaikan lah..

Tengah kitorang berjalan2 tiba2 hujan plak turun x semena2,tgh panas terik pn hujan.. Mula2 rintik2 jer,pastu makin lebat... Kitorang pun berlari2 mencari tmpat berteduh.. Nasib baik masa tu kitorang berdekatan dgn tempat permainan Mary Go Round.. Kat situ ada bumbung dan ade beberapa buah bangku yg disediakan.. Fuh!! nasib ktrg baik dapat berteduh dan dapat duduk.. Xsampai 5 minit,hujan turun dgn selebat2nya dan sekejap je tempat tu dipenuhi dgn manusia yg berhimpit2 masuk.. Aduhh!! sesak2..!! Pastu kesian plak tgk sorang abg yg mendukung anaknya yg masih kecil.. Aku pn alihkan sedikit tempat dudukku dan aku duduk beriba dgn Nora untuk memberi laluan kepada abg yg memangku anak kecilnya tadi.. Lantas dia menyerahkan ank kepada si isteri dan menyuruh isterinya duduk sambil meriba ank dan dia ttp berdiri di situ.. Fuhh!! bagus,ayah prihatin.. Ayah macam ni lah yg di cari untuk menjadi bapa kepada anak2 ku nanti.. Cehhh!!! tetiba!! Dalam dok bersesak2 tu,sempat lagi aku dan Nora 'snap' sekeping dua gambar.. Yg jadi cameraman sape lagi kalu bukan tunang Kak Long.. hehe mcm budak2.. Kalau masa tu dh jadi blogger cam skarang mesti penuh diari digitalku dgn cerita mcm2.. Bukan setakat satu cerita sehari,tp berpuluh2 cerita aku masukkan sume..

Selepas setengah jam berlalu,hujan semakin reda dan langit kembali cerah.. Orang ramai mula melangkah kembali menuju ke destinasi yg tertunda sebentar tadi.. Kami berempat pn keluar dari situ dan mula melangkah menuju ke tempat letak kereta.. Kata Nora,Kak Long dan Rahim nak bawak kitorang ke Sunway pyramid plak.. Saje jalan2 cuci mata kat situ.. Mmm aku ikutkan je lah.. Selepas seharian berjalan dan menyinggah ke sana sini,aku dihantar pulang ke rumah lebih kurang pukul 6 petang.. Fuhhh!! penatnya.. Kepala pulak dah berdenyut2 kena hujan tadi!! Tanpa membuang masa aku terus mandi menyegarkan diri dan terus merebahkan tubuh yg kepenatan.. Bestnya dpt baring2.. Mmm bila dah sorang2 macam ni,kepala otak aku mula lah mem'flashback' kembali kisah di pentas utama 'Sunway Lagoon' tadi tanpa digamit2.. Ishk xbleh jadi ni,dgn prasaan malas aku bangun dan merangkak mencapai diari kesayangan yg diletakkan dlm drawer yg diletakkan di hujung katil.. Bila dah bukak diari,apalagi,kejadian2 yg berlaku pada hari ini teruslah dicoret tanpa ketinggalan sedikit pun dah kemas tersemat didada diari tersebut... Begitulah aku setiap hari.. Baik yang manis ataupun pahit sekalipun tetap akan aku abadikan dalam diari tersebut dan akan ku ulang baca setiap kali ada masa terluang.. Begitu jgk sekiranya aku terlupa satu2 peristiwa atau tarikh2 penting,diari tersebut jugalah yg menjadi bahan rujukanku yg utama sebab semua tercatat di situ.. Pelbagai suka duka dalam hidupku tercatat di situ..

Keesokan harinya,aku memulakan rutin harianku seperti biasa. Ke sekolah mengajar murid-murid dan menanda buku-buku latihan.. Perkara semalam masih x dapat dilupakan dan aku seolah2 ternanti2kan sesuatu.. Setiap masa aku akn membelek2 hfon aku kalau2 ada msg yg masuk atau ada panggilan xdijawab semasa aku di dalam kelas.. Tp semuanya hampa bila skrin hfon ku masih seperti biasa dan tidak ada tanda2 yg boleh menggembirakan aku.. Tanpa berfikir panjang,aku pn menaip sms kepada nombor yang tertera nama 'AMIR'.. SMS ku berbunyi.. ('Hai..keja ke? sibuk?').. Tapi setelah ditunggu2 tiada sebarang balasan diterima.. Sehari,dua hari,tiga hari berlalu,Hfon ku masih sepi dan SMS ku ttp tidak berjawab.. Kalau yg ada pn hanyalah panggilan atau SMS dari mak,ayah atau kawan2ku yg lain.. Yg ditunggu ttp x jgk kunjung tiba.. Tp kenapa aku nak tertunggu2 plak?? Pelik betul.. Biarlah dia,nak SMS ke,xnak ke,aku pedulik apa kan? Aku nk kisah sgt buat ape kan?? Tp masalahya skarang aku tgh KISAH!! Kenapa?? aku sendiri pn xtau.. Dah gila agaknya aku ni.. Tp aku nekad xkan sekali2 mendail nombor dan menelefonnya.. Cehhh!! Jual mahal konon!!..

Selepas itu,aku mula x ambil kisah lagi.. Aku tidak lagi ternanti2 panggilan atau SMS dari Amir.. Fikir2kan balik,rasa bodoh pulak,mcm menunggu buah yg x gugur.. Entah2 aku je yg mcm orang bodoh ternanti2,tp dia syok2 berSMS dgn awek dia... Bodoh btol aku ni!! Aku sedar aku jadi mcm tu sbb sedikit sebanyak aku cuba mengubat hatiku yg luka dek kekecewaan lalu.. Aku kesepian dan jiwa aku kosong.. Mungkin disebabkan itu aku jadi macam tu.. Kalau dulu,sewaktu aku dan ex masih lagi bersama,tentu situasi macam ni xkan terjadi pada aku.. Namun.setelah hampir 6 tahun hidup aku terisi,Hfon aku sentiasa berdering dan inbox aku sentiasa dipenuhi SMS yg pelbagai,tiba2 aku terpaksa lalui semua ni secara tiba2.. Aku sebenarnya perlukan seseorang utk mengadu,bercerita dan meluahkan apa saja yg terbuku.. Walaupun Nora dekat dgn aku,tapi xselalu dia boleh bersama dgnku.. Dia ttp ada tugasan sendiri yg perlu diberi perhatian dan hanya ketika ada masa terluang sahaja dia boleh menghabiskan masa bersama2ku.. Namun,kehidupan tetap aku teruskan seperti biasa tanpa mengganggu sedikitpun perjalanan hidupku.. Pada mata yg memandang,tidak ada segaris kesedihan pn yg boleh ternampak diwajahku.. Aku mmg tidak bersedih dan tidak meratapi segala yg berlaku,malah aku bersyukur dgn apa yg berlaku sbb selepas peristiwa tu,aku rasa bebas..Xperlu lagi nk kemana2 kna SMS dulu bagitau,kna peruntukkan waktu hujung minggu,dan ada sesetengah agenda peribadi yg kadangkala terpaksa dibatalkan demi menjaga hatinya.. Tapi sekarang tidak lagi,cuma seperti yang aku katakan aku kesunyian... Itu saja..

Setelah seminggu lebih berlalu,aku mula melupakan segalanya.. Rutin harian tetap berjalan seperti biasa.. Malah aku xsabar2 menunggu hujung minggu yg akan menjelma lagi 4 hari sebab mak dan ayah akan datang bersama abangku menghantar kereta yg baru dibeli sewaktu kepulanganku ke kampung yg lepas.. Mula2 hajat di hati,aku hanya nak membeli motorsikal,tapi ditegah sekeras2nya oleh mak kerana dia risau aku bawak motor disebabkan mcm2 kes yang berlaku skarang ni. Tambah plak jauh dari pandangan mata.. Dia risau dgn kes ragutlah,kemalangan dan macam2 lgi yg membabitkan penunggang motorsikal.. Disebabkan itu mak sanggup mengeluarkan duit utk bayar down payment dan keputusannya aku telah membeli kereta Kancil terpakai jer.. Kata mak,walaupun kecik xpelah,janji bukan motor.. Rasa selamat sket sebab xterlalu terdedah mcm naik motor.. Memang bahaya ada di mana2 tp sekurang2nya kita cuba utk mengurangkan risiko dari sebarang kecelakaan.. Selepas balik dari sekolah,aku hanya lepak2 dan menonton tv di rumah sambil bersembang2 dgn Ijah,adik kakak iparku yg turut tggl di situ. Dia dapat kerja satu pejabat dgn kakaknya(kakak iparku) sebagai PKS (Pekerja Khidmat Singkat).. Sekurang2nya aku adalah teman bersembang..

Setelah xde lagi cerita menarik di Astro,modal pn dh xde nak bersembang,aku masuk ke bilik nak lepak2 dan baring2.. Hari pn mendung mcm nak hujan jer.. Layan tido pn best jgk.. Masuk2 bilik jer,aku terus membungkam dan entah bila masa aku tertido.. Sedar2 je sebab kesejukan angin kipas yg dipasang sehabis kuat dan dkt luar hujan renyai2 seolah2 hujan lepas baru lepas berhenti..Ya Allah tido mati btol.. Argghh!! bestnya tido hujan2 mcm ni.. Niat dihati nak sambung tido dan aku mula menarik selimut sambil tangan meraba2 di bawah bantal mencari hfon nak tgk jam pukul berapa.. Dapat je hfon,aku tgk kat skrin ada terteta ' 1 NEW MESSAGE' dan terus aku tekan butang view.. Membaca SMS yg tertera,hatiku berdebar2 dan jantungku tiba2 berdegup laju.......

(HEHEHE.....BERSAMBUNG.......)