CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Kau dan Aku.........(3)

4 TAHUN KEMUDIAN (2004).....

Setelah tidak lagi bergelar sebagai seorang pelajar,aku mula gigih ke sana ke mari mencari pekerjaan untuk mendapatkan hasil utk menyara diri sendiri.. Ye lah,mana mungkin nk dok terperap je kt umah kan.. Mcm2 tempat aku pegi asal dengar je ada keja kosong... Last2 seolah2 rezeki berpihak kepadaku bila pada satu hari masa aku bercakap dgn kakak iparku melalui telefon,secara x sengaja terkeluar cerita pasal cari kerja ni dan aku ade cakap yg aku ada apply utk jawatan GSTT(Guru Sandaran Tak Terlatih).. Kebetulan kakak iparku bekerja di PPD Daerah Petaling memberitahu yang Sek Keb Seksyen 18 ada kekosongan utk GSTT dan dia menyuruh supaya aku ke sana dan memohon jawatan tersebut secepat mungkin.. Aku apa lagi,teruslah bergegas ke sana dan Alhamdulillah segalanya menjadi mudah dan aku diterima bekerja di situ dan mengikat kontrak selama setahun.. Syukur pada Allah.

Sejak itu,bermulalah kerjaya sementaraku sebagai seorang guru.. Banyak sungguh cabaran yg terpaksa aku lalui kerana menjadi seorang guru x semudah seperti yg disangka memandangkan aku langsung tiada pengalaman dalam bidang tersebut.. Ditugaskan sebagai guru Bahasa Inggeris tahap satu betul2 mencabar kesabaran bila terpaksa berdepan dgn pelbagai karenah pelajar yg berbilang kaum.. Dalam satu kelas,ada bangsa melayu,cina dan India yg mempunyai peel yg pelbagai.. Namun,aku bersyukur kerana selama setahun aku xperlu lagi ke hulu ke hilir mencari pekerjaan..

Sahabatku, Nora yang menyambung pengajian ke peringkat degree di Uitm Shah Alam,sedang bercuti semester dan sdg mencari pekerjaan kerana bosan. Memandangkan aku ketika itu tinggal bersama kakak iparku,aku mengajak Nora utk tinggal bersama denganku dan aku akan membantunya utk sama2 mencari pekerjaan buat sementara waktu.. Tamatnya sesi persekolahan, aku dan Nora akan menjejaki setiap kilang2 yg ada di sekitar Shah Alam untuk melihat kalau2 ada dipamerkan iklan jawatan kosong.. Selepas lebih kurang seminggu pencarian,dptlah Nora bekerja di Kilang sarung tgn yg terletak di Seksyen 24 sbg operator yg bekerja shift... Hmm kira ok la tu smbil2 cari pengalaman.. Setiap hari ada saja cerita baru yg dibawa balik dr kilang.. hihihi best jgk dgr kisah hidup seorang pekerja kilang.. Sejenak terfikir perjalanan hidupku.. Apakah mungkin aku juga akan menjejakkan kaki ke salah satu kilang di Shah Alam bila tamat kontrak GSTT pd hujung tahun nanti atau mungkin nasib akan berpihak lg padaku utk terus berkhidmat sbg seorang guru??.. Tp rasanya aku xsggp utk terus berkhidmat sbg seorang guru,sebab setelah hampir 3bulan,kurasakan aku tiada keserasian antara aku dgn pekerjaan ni.. Aku mmg x sesuai menjadi seorang pendidik.. Nasib baik aku tolak tawaran utk menghadiri temuduga ke maktab perguruan lepas tamat SPM dulu.. Hehehehe nasib baik je lah modalnya...

Lebih kurang 2bulan Nora bekerja,mcm2 rungutan aku dgr setiap kali ingin ke tempat kerja dan setiap kali balik dr kerja..hahaha tu lah,sapa suruh nk keja kan?? Penat lah,xlarat lah,sakit lah.. Nora mmg xlayak kerja kilang.. Hmmm nasib baik keja sementara cuti semester je,dibuatnya itu mmg keja ttp dia,aku rsa setiap 2bulan mesti angkat kaki nk cari keja lain sbb x tahan..heheh.. Macamana la nasib aku nanti... Akan terbelakah atau mungkin aku akan terus menganggur dan menganggur sambil mencari pekerjaan yg sesuai denganku..

"huk3... Gee,xlaratnya saya.. tgk tgn ni abis melecet"..kata Nora setiap kali smp rumah sambil menghumbankan badan ke tilam

"Apasal plak smp melecet? engko buat pe? main api ke?" Tya ku sambil bergurau

"Ko tau tak,saya dh xsggup lagi nk keja mcm ni tau.. Tmpat tu kan buat glove, proses buat sarung tgn ni,dia akan msk getah tau..pastu ada satu acuan yg berbentuk tangan akan celup dlm acuan tu,macam tu la lbh kurang step dia.. Panas benda alah tu.. Pastu saya part yg kna tarik n kuarkan sarung tgn dr acuan dia tu..Panas tau.. Walaupun pakai sarung tangan,tp still jgk rasa bahangnya smp tgn saya melecet macam ni" terang Nora panjang lebar sambil membelek2 tangannya dan ditunjukkan padaku.. Kesian plak aku..

" Hmmm tu lah kan.. macamana la pekerja2 yg dah lama kerja kt situ dan itu lah keja dorg utk mencari sesuap nasi.. Macam x sggup je aku nk keja mcm tu wei" Kataku sambil memikirkan kalau aku di tempat Nora

"Tu lah Gee,kita mmg x sesuai lah keja mcm ni... Manja sungguh kan"

"Bukan manja je,tp aku mmg rasa mcm xsggup nk keja dkt mana2 kilang sekali pun.. Tu lah yg mak bapak sruh sgt kita belajar pandai2..sbb xnk jadi macam ni lah.." Balasku dgn perasaan sedikit gusar bercampur risau.. Perjalanan hidupku masih jauh dan belum tentu lagi bagaimana masa depan yg akan aku lalui nanti.. Selagi belum mendapat pekerjaan tetap,selagi itu lah aku akan x tenang..

"Xpe lah,lg seminggu je saya akn bergelar sebagai minah kilang,lepas ni tidak lagi..hehe" Kata Nora seolah2 xsbr utk dia cpt2 meninggalkan pekerjaan tu.. Mmm bermakna lg seminggu Nora akn tiggal bersamaku sebelum dia meneruskan pengajiannya semula.. Tinggallah aku sorang2 balik..

Kehidupan sebagai seorang guru berjalan seperti biasa.. Agak memenatkan rupa-rupanya tugas sebagai pendidik ni.. Waktu sesi persekolahan,xde langsung masa terluang disebabkan jadual kelas yg padat.. Kerjanya ttp sama masuk keluar bilik darjah dan aku rasakan setiap hari aku lebih banyak berdiri dan berjalan dari duduk di meja.. Itu adalah prosedur yg mesti dipatuhi,guru x boleh duduk semasa mengajar dan mesti round table setiap kali selepas selesai memberi tugasan utk memastikan murid2 membuat kerja dan memberi tunjuk ajar kepada murid2 yg x faham.. Dalam kelas plak x bleh marking paper.. So,semua kerja2 memeriksa buku akan dilakukan di rumah atau di bilik guru bila ada masa yg terluang xsmp sejam dlm sehari..Waktu tu jgklah terkejar2 nk ke kantin makan.. Xde maknanya nk berkawan2 masa makan sebab jadual pengajaran telah ditetapkan dan sudah tentulah msa yg berbeza2 setiap orang..

Kebiasaannya,cuti hujung minggu pulak akan dipenuhi dgn aktiviti ko kurikulum ataupun persatuan di sekolah.. Namun,memandangkan cuti hujung minggu yg akan datang tiada apa2 aktiviti dan hari Isnin diambil sebagai cuti peristiwa,disambung plak hari Selasa Cuti Hari Kemerdekaan iaitu 31 Ogos,aku apa lagi..mengambil kesempatan utk balik kampung la. Bolehla ambil kesempatan utk bertemu buah hati memandangkan buah hatiku pada ketika ini bekerja di kampung.. Tambahan pulak,hati berkobar-kobar utk berjumpa dengannya disebabkan ada belaku sedikit krisis antara kami..

31 Ogos 2004,merupakan sejarah hitam dalam hidupku bila kepulanganku ke kampung pada kali ini membawa kepada terlerainya hubungan kasih yg terjalin hampir 6 thn antara aku dan si dia.. Hubungan yg terjalin sejak di bangku sekolah akhirnya terlerai disebabkan orang ketiga.. Sejarah yg amat memeritkan dan menyakitkan hatiku kerana dia yang memutuskan hubungan kami dan cara dia memutuskannya tidak akan aku lupakan sampai bila2 kerana kurasakan begitu kejam dan sangat melukakan hatiku.. Terkubur sudah kenangan2 yg kami lalui bersama dan mulai dari saat itu,hidupku terasa kosong dan tidak ada apa2 erti.. Namun,aku tetap kuatkan semangat dan percaya ada hikmah disebalik apa yg telah berlaku antara kami dan mungkin sudah ketentuan Illahi tiada jodoh antara kami.. Nasib baik aku masih ada keluarga dan kawan2 yg banyak menyokong dan memberi kata2 semangat agar aku tidak berterusan bersedih dan meratapi apa yg berlaku.. Magic jugak ku rasakan apabila hanya seminggu sahaja aku sdh biasa dgn kehidupan baru,lagipun selama tempoh hubungan aku dgn dia,sejak setahun kebelakangan aku dh mula rsa lain macam bila dia semakin jarang menghubungiku apatah lagi untuk berjumpa. Bila aku telefon atau SMS,hanya sekali sekala yg dibalas dan bercakap pun antara nak dengan xnak saja..

Sahabatku Nora,antara yg sentiasa aku kongsi apa saja masalah dan cerita tentang kami banyak memberi kata2 semangat agar aku bersabar dengan ketentuan ini dan setelah apa yg berlaku,barulah dia membocorkan rahsia yg terpendam selama ini bahawa dia sebenarnya tidak berapa menyukai ex aku tu.. huhu..baru aku tau begitu ceritanya. Patutlah Nora kurang gemar bila aku mengajaknya keluar bersama setiap kali ex aku ada bersama.. Selepas sebulan berlalu,aku dah kembali macam biasa. Kenangan lama sudah aku buang jauh2 dan xnk dikenang lagi.. Xsangka aku boleh lalui semuanya dgn cukup mudah.. Mungkin untuk mengubat hatiku yang pd anggapan Nora masih bersedih,pada satu pagi hari Sabtu,semasa aku sedang bermalas2 di rumah xde apa2 perancangan,Nora menghubungiku.

"Wei Makcik! Ko tido lagi ke?" Tanya Nora dgn agak kuat

"Xde lah,saja lepak2 kt bilik je" Jawabku malas

"Wei!! Engko ada nk kemana2 ke ari ni? Ada plan?" Tanya Nora lagi.. Dalam hati aku mungkin dia jgk keboringan di kolej dan nak ajak aku keluar kemana2... Itulah rutin aku kebelakangan ni,setiap kali ada masa terluang aku akan amik Nora di kolej dan kami akan ke mana2 saja berdua.. Paling tidak pun kami akan ke tasik Shah Alam dan bersiar2 sambil makan2... Hubungan kami memang rapat bagai isi dgn kuku sejak di bangku sekolah lagi sampaikan ada yg cemburu dan salah anggap dgn hubungan kami.. Tapi,ada kami kisah?? Mak ayah masing2 pn dh faham sgt hubungan kitorang dan langsung x amik kisah kemana saja kami pergi,sebab dorang tau walau seberapa jauh pn kami pergi,kami tetap akan ingat mak bapak dan kami xpnh mengambil kesempatan di atas kebebasan yag diberikan.

"Entah..xde kemana kot.. Dok rumah je. Nape?" Tanyaku masih lagi bergolek2 atas katil

"Saya kt rumah Kak long ni..Datang semalam Kak long ambik.. Kitorang nak pegi Sunway Lagoon.. Jom ikut" Kata Nora pantas selepas tahu yg aku tiada apa2 program.

"Wah!!! Ye ke?? Bestnya... Bila? Nak ikut!!" Kataku gembira terus terbangun dan turun dari katil.. Terus hilang mood malas dan ditukar dengan mood yang ceria dengan berita gembira dari sahabatku itu.. Begitulah kami,kemana saja pasti berdua.. Kak Long,kakak Nora pn dh faham sangat keakraban kami. Itu sebab bila diorang nak pegi ke sana,disuruh Nora ajak aku sekali sebab tiket pn memang awal2 sudah disediakan untuk aku.. Aku apalagi,lgsg xmelepaskan peluang dan terus setuju dgn ajakan itu.. Lagipun aku xpnh lg ke Taman Tema yg memang mahsyur di Malaysia tu..

Sampai kat sana dalam pukul 10pagi.. Manusia ramai yang teramat sangat kerana hari tu merupakan Hari Keluarga Proton. Kitorang dapat pergi ni pun sbb tunang Kak Long merupakan staff Proton.. Kitorang berjalan2 saja sambil melihat org ramai yg berpusu2 dan penuh di semua tempat.. Tempat mandi lagilah,langsung xnampak airnya sebab dipenuhi dengan ribuan manusia..  Aku dan Nora sempat jgk beratur dan bermain dengan satu dua permainan. Kitorang naik Pirates of d Caribean smp pening2 lalat,pastu main luncur air,ntah nama apa ntah,pastu yg lain x sanggup nak beratur.. Sambil2 berjalan,sempat kitorang snap beberapa keping gambar utk dijadikan kenang-kenangan.. Tiba2 mata ternampak satu kain retang yang di gantung di satu tempat di situ.. Konsert bersama beberapa artis undangan yang antaranya adalah Zahid AF2.. Aku apalagi.. Gembira bukan kepalang la sbb masa tu tgh demam AF2.. Rasa nak meloncat dan aku ajak Kak Long dan tunangnya utk ke pentas utama semata2 sebab nk tengok Zahid yg comel..hik3.. Nasib baik Kak Long dan tunangnya sporting dan setuju utk ke pentas utama tempat di mana konsert dan pengumuman hadiah cabutan bertuah akan berlangsung.. Tgk waktu konsert,mmg tepatlah masanya sebab konsert akan dimulakan xberapa lama saja lagi.. Kami pn apalagi,teruslah menuju ke sana,lagipun kaki dah penat berjalan dan xtahu nk kemana lagi.. Sampai di sana orang dah penuh membanjiri kawasan tu,tp nasib kami baik sebab masih ada tempat duduk yang kosong di ruang penonton betul2 mengadap pentas.. Kami terus melabuhkan punggung dan duduk kat situ diam2 tak berganjak sebab takut tempat duduk diambil orang memandangkan xsmp 10minit sume tempat duduk yang mengadap pentas xde yg berbaki lagi,tp kt sebelahku ada satu kerusi kosong,saja aku kosongkan sebab nk letak barang.. Tp sapa la nk duduk kan sebab kalu ada yg nk duduk di situ,terpaksa lah dorg berpisah dgn kumpulan atau pasangan masing2 yg datang bersama..

Sambil bersembang2,kami melihat sorang demi seorang naik ke pentas menerima hadiah cabutan bertuah yg diumumkan oleh pengacara majlis di atas pentas... Hadiah utama merupakan sebuah kereta Proton jenis apa x ingat.. Wahh!! bertuahnya sapa yg dapat.. Tp kami xmasukkan pn keratan tiket yg ada,kata tunang Kak Long,malas nk amik port.. huhu.. Walaupun tempat dh penuh,tp masih ramai lg yg berderet2 naik dan menyelit2 dicelah2 penonton yg ada utk mencari kalau2 masih ade tempat duduk yg kosong. Sambil bersembang dan melihat gelagat manusia yg sangat ramai tu,tiba2 Nora yg berada di sebelah menyiku aku sambil mulutnya memoncong menunjukkan sesuatu di depan..

"Eh Gee!!.. Tengok tu..!!" Kata Nora sambil mata terarah ke depan..

Bersambung.........

p/s : Hehe.. nak tau apa yg Nora tunjuk???? Tunggu episod seterusnya ok...