CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Wednesday, October 13, 2010

Kau Dan Aku..........(6)

Woi!! Amir menendang perlahan tayar motosikal tersebut yg hampir mengenai kakinya.. Penunggang motosikal tersebut lantas membuka helmet yg dipakainya sambil tersengih2... Laa kawan dia tadi rupanya.. Mamat yg aku jumpa dkt IOI Mall dgn aweknya.. Ke sini jgk dorg.. Mungkin kt sini mmg tempat lepak2 dorg kot.. Selama duduk kat Shah Alam,ini lah kali pertama aku dtg dan menyinggah di sini.. Selalunya xpnh masuk pn jalan ni,setakat Maybank kat jalan luar tu saja.. Amir sedang bersembang2 dgn kawannya tadi sambil sekali sekala dicelah oleh awek kawannya yg masih membonceng di belakang.. Aku hanya diam memandang,xtahu hujung pangkal cerita yg disembangkan.. Tiba2 kawannya tadi mengeluarkan camera dr beg yg dibawa dan menghulurkan pada Amir,mungkin ada benda yg nak ditunjukkan.. Amir menyambutnya dan membelek2 camera tersebut.. Terasa jgk ingin melihat sama apa yg disaksikannya,tapi segan lah pulak nk mintak.. Camera dihulurkan semula kepada kawannya dan Amir bangun sambil menyapu2 punggung..

"Jom Gee.. Amik gambar dgn Amir.." Kata Amir x semena2 sambil menuju ke kereta.. Alamak! Nak tangkap gmbar dgn aku? Dgn muka berminyak dan ntah pape ni?? Nak x nak terpaksa diikutkan saja.. Segan pulak nk tolak... Lalu aku bgn dan turut menuju ke kereta... Kami ambil gambar bersama,buat pertama kalinya pada hari pertama pada pertemuan pertama.. Eh! pertama kali ke? Bukan3! Kami dh pernah bergambar bersama dan dh pernah keluar bersama masa zaman persekolahan dulu.. Cuma bukan berdua.. Keluar bertiga dan bergambar pn bertiga.. Keluar bersama bila aku yg rancang nk keluar ke bandar dgn sepupu dia,tiba2 tgk dia mengikut sekali tanpa dirancang,bergambar plak di sekolah masa akhir thn,aku yg mengajak kawan dia bergambar bersama,tiba2 dia pn mengikut sekali jgk.. Hehe macam pelakon tambahan pulak...kui3..

"Jom pekena Char kuew tiow" Aku yg tgh mengelamun tiba2 tersentak dgn ajakan kawannya yg tiba2 tu. Tiba2 ke? Atau aku yg xperasan apa yg dorg sembangkan sebab asyik melayan perasaan.. Dorang siap bergambar mcm2 posisi dan Amir yg menjadi cameramannye.. Itu yg aku perasan. Sebab tu la aku melayan perasaan sorg2..

"Boleh jgk..Jom!" Kata Amir sambil mengangguk kepadaku dan kitorang masuk ke dalam kereta.. Kawannya terus meluncur laju berlalu pergi..

"Amir nak bwk Gee makan Char Kuew Tiow kat tasik.." Katanya sebaik kereta mula bergerak dan meninggalkan tempat tersebut..

"Ow" Aku hanya menjawab sepatah sambil tersenyum padanya.. Dalam hati bertanya, kemana lah lagi dia nk bwk aku pegi ni?

Tp selepas beberapa minit je perjalanan kereta sudah memasuki kawasan parkir tasik Shah Alam.. Nak makan kat sini ke? Tanpa bertanya apa2,aku hanya menurut saja langkah Amir dan kawannya yg telah terlebih dahulu sampai menuju ke kedai makan yg terletak betul2 di tepi tasik.. Ow,kedai kat sini rupanya.. Xtahu pulak aku kt sni ada Char Kuew Tiow.. Kitorang berempat mengambil tempat di bahagian tepi yg agak jauh di hujung kedai.. Sekejap je lepas ambik order,makanan yg dipesan pn sampai.. Mmm Cepat betul srvis dia.. Mungkin sbb org x ramai sgt kot.. Lagi sekali aku dibawa ke tempat bru dan sepanjang aku tinggal di Shah Alam,itu adalah kali pertama aku ke tasik pada sebelah malam dan mencuba menu char kuew tiow jga pertama kali dlm hidup aku..

Sedang kami menjamu selera smbil Amir dan membernya bersembang,tiba2 datang lagi 2 org lelaki dan terus menarik kerusi utk duduk sebaik sampai di meja tempat kami berkumpul... Tau la aku dorg tu member2 Amir jgk... Ishk ramai la plak member2 dia ni... Aku berasa agak kurang selesa dikelilingi ramai lelaki pada pertemuan pertama kami. Nasib baik la ada jgk awek kawan Amir yg sorg tu,kalau x,mati kutu aku dibuatnya.. Sembang pya sembang,jam dah hampir pukul 10 mlm.. Aku mula memberi isyarat sambil membelek2 jam di tangan..

"Gee nak balik dah?" Amir yang seolah2 mengerti maksudku bertanya sebaik sahaja melihat aku yg gelisah dan agk kurang selesa.. Memang aku berasa x selesa sangat.. Ye lah.. Org lelaki,kalau dh berjumpa geng2 diorang bknnya nak igt dunia.. Dibuatnya dpt bersembang,boleh melarat sampai ke pagi..

"Mmm Jom lah.. Lagipun,dh lewat ni" Kataku berterus terang.. Lantaklah diorang nak kata apa,yg pasti aku nak sangat2 cepat2 beredar dari situ..

"Jom..." Ajak Amir sebaik saja meminta diri utk berlalu dr kawan2nya yang tgh rancak bersembang macam2 cerita dr satu topik ke satu topik..

Selepas sampai je di rumah kira2 pukul 10.oo malam aku terus masuk ke bilik, mandi dan terperap dalam bilik.. Masa masuk tadi xnampak plak kelibat Kak Long mahupun Ijah. Dah tido kot diorang... Fuhhh!!! Berakhir pertemuan pertama.. Akan ada lagi ke pertemuan2 selepas ini? Aku pun xpasti dan kami tidak pulak merancang apa2 semasa keluar tadi.. Seperti biasa,diari menjadi tempat aku mengabadikan semua kenangan yg hendak diabadikan.. Selepas tu,aku tertidur dgn pen yg masih ditangan dan diari masih terbuka di hadapanku...

Hujung minggu depan sekolah buat aktiviti Khemah Ibadah.. Peserta yang terlibat adalah semua murid tahun 6 beragama islam dan semua guru terlibat sebagai failitator. Aktiviti diadakan bertujuan sbg motivasi kepada pelajar thun 6 sebagai calon UPSR untuk membuka minda mereka semua.. Program selama 2hari itu akan dipenuhi dgn ceramah berkaitan keagamaan,ujian terhadap tahap pengetahuan ibadah mereka dan perbincangan kumpulan antara pelajar dan fasilitator.. Aku dh mula merasai kepenatan yang bakal dirasai murid2 yang terlibat kerana jadual yg agak padat sepanjang hari sehingga ke malam.. Semua pelajar akan bermalam di dalam bilik darjah yg telah disediakan sebagai tempat penginapan di samping beberapa orang guru yang bertugas. Aku awal2 lagi dah plan utk tidur di rumah Kak Dayah dan Kak Najmah,dua orang guru bujang yang menyewa rumah berhampiran sekolah.. So,pada minggu tu aktiviti peribadi terpaksa ditangguhkan dan bila ada program tersebut maknanya xdelah cuti hujung minggu ku.. Nasib baik mak ngan ayah nak dtg minggu ni,kalau x mesti x best sbb aku xdpt nk bersama2 dorg...

Hari jumaat,hari terakhir persekolahan.. Xsabar nk cepat2 masa berlalu.. Hari ni seperti yg dijanjikan mak n ayah datang dgn abgku menghantar kereta merah utk kegunaanku di sini.. Sebaik saja tamat waktu sekolah,aku terus bergegas balik ke rumah.. Kalu ikutan bknnya diorang dah smp pun.. Tp saja,aku excited lebih,nak tunggu dorg di rumah.. Padahal masa aku call tghari td,dorg dijangka sampai lebih kurang pukul 5ptg.. Lambat lagi.. Balik je rmh,bkn aku buat ape pn,lepak2 je sambil tgk tv.. Tp sekejap2 tgk jam... Terasa mcm x bergerak plak jarum jam ni....

'Hi Gee.. watpe?' Tba2 masuk msg dari Amir di saat keboringan melanda.. Mmm mcm tau2 je aku tgh xtau nk buat ape.. Ok jgk,leh layan SMS dgn harapan masa akan cepat berlalu..

'Hai.. xde buat pe..tgk tv' Ayat biasa jwb SMS.. Abih,nak jawab apa lagi ye x?

'Ow.. Gee free mlm ni?' Ishk..kan aku dh ckp ari tu aku xsuka kuar mlm.. Dicuba lagi ye.. Sbb ari tu dah kuar,so kiranya dh ok la nk ajak kuar mlm ekk? Malam tu bukan kuar malam,kuar ptg lagi,tp baliknya malam..bukan kuar malam,x sama tu..

'Gee tgh tggu mak n ayah ni.. Dorg otw dtg sni anta keta' Balasku jujur tanpa menjawab soalan yg diajukannya.. Mesti dah faham la tu kan... Xkan dia nk jwb..Ow,pastu leh x kuar ngn Amir? kan....

'Ow ye ke? Ok2,xpe mgkin lain kali' Haa kan... xkan dia nk ajak kuar gak kot..

'Mmm lain kali..Sori yer...Amir xkeja ke?' Jawabku sambil bertanya

'Keja.. Kt tempat keja ni..tgh rehat' Ow..ari ni ari jumaat,mgkin tgh rehat panjang.. Tp xsemayang jumaat ke? Dalam hati aku bertanya2 sambil mengerling jam di dinding.. 2.35.. Ow dah balik masjid kot.. Mmm pape je lah..

Sebenarnya dalam hati melonjak2 jgk utk keluar lagi dgn Amir.. Tp xkan aku yg nk mengajak plak kan.. Selepas pertemuan mlm tu kami saling berhubungan melalui SMS dan Amir sentiasa bertanya khabar dan mengambil berat pasal aku.. Rasa terisi hidup ni selepas kesunyian selama hampir 2 bulan.. dan percaya atau tidak,aku sentiasa ternanti2 SMS atau panggilan dari Amir walau hanya sepatah kata.. Adakah???? Oh... Mungkin tidak...

Lebih kurang pukul 7 ptg,aku call ayah dan bertanya lokasi dorg... Mmm dalam hati berkira2 mgkin dlm sejam lagi ayah sampai bila aku diberitahu yg dorang dah melepasi tol Gombak.. Semoga dorg selamat sampai... Terasa lambatnya masa berlalu.. Nak tggu sejam bagaikan berhari2 kurasa... Ni xsbr nak tggu famili ke xsbr menanti kereta ni.. hik2.. dua2 sekali kot... Selepas jam melewati angka 8,ayh menghubungi abgku yg bru smp petang tadi dari Melaka.. Kami semua memang sedang menantikan ayah dan mak sampai.. Sebaik saja abgku mematikan talian,dia bergegas keluar dan kami diberitahu dia pergi menjemput ayh yg sedang menunggu di satu tempat.. Memang semua ahli keluarga yg lain masih tidak tahu di mana rumah kami kerana kami baru berpindah ke Seksyen 17 dan ini kali pertama mak n ayah sampai sejak kami berpindah lebih kurang 3 bulan lepas.. Lebih kurang 15minit abg ku keluar,terdengar riuh rendah di luar rumah.. Alahamdulillah dorg sampai dgn selamat... Maknanya,keretaku juga sudah sampai dgn selamat... Dalam hati menjerit kegembiraan dgn keadaan ni.. Selepas ni aku xperlu risau lagi nk kemana2.. Bila dah ada kenderaan sendiri,nk bergerak ke mana2 pn sng tanpa perlu menyusahkan sesiapa..hehe

Aku terus mengajak ibu ku ke bilikku utk berehat.. Mesti penat sangat...

"Adui... sakit2 badan ni seharian melompat2 dalam keta" Kata mak sambil memicit2 pinggang yg kesakitan..

"Ye ke mak.. Nape smp camtu sekali?" Tanyaku hairan bila mak menyebut melompat2..

"Ye la.. naik keta kancil dah macam naik kuda tau.. Siap terantuk lgi kepala ni kt bumbung kalau bwk laju sket dkt jalan tak rata" Terang mak lagi

"Laa ye ke?" Tanyaku penuh minat dgn cerita mak..

"Mmm x nak lagi dah jalan jauh dgn keta kancil.. Xtahan sakit badan, xkan la nk bwk slow sgt sbb igt perjlanan jauh.. bwk laju sket melompat2 plak.. Yg dok kt depan ok la lagi,tp mak yg dok kat belakang ni memang macam naik kuda la..langsung x tenang"

Mmm kesian plak dekat dorg bila dgr cite mak tu.. Tp apa bleh buat kan... Lepas sume orang dh siap mandi,kitorang makan sama2 dan smbung bersembang macam2 cerita.. Lepas satu,satu topik yang kuar... Bila malam dah semakin lewat,aku mengajak mak masuk tidur di bilikku dan ayah tido di ruang tamu dan abgku yg jadi driver awal2 lagi dh dijemput kawannya dan bermalam di rumah kawannya.. Masuk ke bilik,aku dgn mak sambung lagi bersembang2 sebelum melelapkan mata..

"Mak, Gee ada kawan baru" Kataku memulakan topik perbualan walaupun teragak2 utk memberitahu..

"Haa... ye ke? Sape?" Aku nampak riak wajah mak agak terkejut... X tahu apa yg bermain di kepalanya ketika itu,mungkin tidak percaya,atau mungkin gembira dgn perkhbaran itu..

"Mmm org dekat je.. Mak ngan ayah pn mesti kenal.." Jawabku memancing reaksi daripada ibuku..

"Sapa??" Tanya mak seolah xsbr2 utk tahu.. Ada terpancar kegembiraan diwajah mak bila melihat aku yg gembira dan dapat melupakan semua sejarah pahit yg dh berlaku.. Ye lah! ibu mana yg x risau bila tgk aku sampai cramp dan menangis meraung2 secara tiba2 pada malam tersebut.. Elok2 je ibuku yg xtau hujung pangkal,tau cerita sebenar bila abangku telefon mamat yg pada masa tu dah sah bergelar 'ex' aku.. Mula la ibuku membebel dan marah2 lepas dapat tahu aku cramp disebabkan benda bodoh tu.. Aku yang sepatutnya menaiki bas balik ke Shah Alam pada malam tu,terpaksa ditunda dan tiket yang dah dibeli hangus macam tu saja.. Mak sendiri yg xbenarkan aku menaiki bas sorg2 pd malam tu sbb risau dgn keadaan aku.. Dibuatnyacramp dalam bas camana.. Nasib baik kebetulan abg Sham yg sdg berkursus di Ipoh blik ke kg atas urusan kerja dan akan bertolak balik ke KL pada keesokan harinya,boleh la aku tumpang sekali..

"Mmm anak buah Cikgu Hamzah, tp ayahnya Gee xpasti plak nama apa.. Tp rumah dia kt Pak Badol tu la" Jelasku pada mak tanpa berselindung lagi..

"Owh... Kenal sgt lah.. Ayah dia memang tiap2 hari la jumpa dgn ayah sbb dorg uruskan pasal kilang padi berdua.. Kesana sini pn berdua lah sebab sorg setiausaha,sorg bendahari.. Camana leh jumpa dgn dia? Sapa nama dia?" Terang mak panjang lebar dan diakhiri dgn soalan yg bertubi.. Rasa segan plak aku sbb dah mcm serius benar plak hubungan kami,padahal baru berkawan gitu2 je..

"Amir... Alaahh..kitrg kwn biasa2 je mak.. saja nk gtau mak sbb nk mak tau dgn sapa Gee berkawan.. Jumpa masa Gee kuar pegi Sunway Lagoon ari tu dgn Nora n Kak long dia,ada family day Proton.. Xsengaja jumpa kt sana sbb dia pn kerja kt Proton.." Terangku panjang lebar utk memuaskan hati mak.. Tp dalam hati aku sebenarnya malu diselidik begitu..

"Mmm kalau macam tu kawan lah elok2... Xnak jadi macam dulu lagi dah" Nasihat mak padaku agar sejarah lama tidak berulang lagi..

"Mmmm ntah la mak... Gee malas dah nak pk pasal tu lagi.. Gee dgn Amir ni pun kawan je,bukan serius pn.. Lagipun dia org sekampung" kataku cuba utk mengurangkan kegusaran ibuku..

"Yang sekampung ni la lagi nk kena jaga kalau berkawan.. Kalau buatnya semua keluarga dah tau,tba2 sekerat jalan je berkawan,kesannya pada keluarga tau sbb masing2 dh kenal dan berbaik2.." Aku jadi naik risau plak dgn kata2 mak tu.. Ishk... Kalau macam tu baik x pyh bgtau keluarga.. baik berkawan syp2 je.. Tp masalahnya itu bukan cara aku.. Mak n ayah memang tahu dgn sape aku berkawan sejak dari sekolah dulu lagi.. Aku mmg xpandai nk berahsia bab2 berkawan ni... Habis..macamna ni?? Aku hanya diam x berkata apa dan tiba2 telefon yg aku dh set kan silent mode bergetar disebelahku.. Aku lihat nama Amir tertera di skrin dan aku mula menggelabah utk mengangkatnya di depan ibuku.. Alamak..camana ni?? Aku bingkas bangun dan menuju ke balkoni di bahagian dapur dan menjawab telefon yg telah lama berkelip2 mtk diangkat...

" Hello.. Assalamualaikum" Ucapku sebaik meletakkan hfon ke telinga

"Waalaikumussalam.. Buat pe? Dah tido ke?" Kedengaran suara Amir dihujung talian

"Belum lagi,tgh bersembang dgn mak" Jawabku ringkas sambil mengawal suara agar tidak terlalu kuat..

"Oh ye? mak sampai pukul berapa tadi?" Tanya Amir

"Dalam pukul 8.30... Lewat sbb keta xleh bawak laju.. Maklumlah keta kecik" Jawabku ceria.. Senang dgn cara Amir yg mengambil berat..

"Ow.. Dah ada kereta sendiri la ni ek.. Panjang lah langkah lepas ni" Pantas Amir mencelah sambil diakhiri dgn gelaknya dihujung talian

"Eh..mana ada.. Sng la lepas ni x pyh nk menyusahkan org lagi kalau nk kemana2.." Kataku menafikan usikan Amir.

"Xpe,lepas ni blehla Amir tumpang Gee kalau nk kemana2..." Katanya sekali lagi ketawa kecil.. Aku turut ketawa dgn gurauannya dan dalam hati terasa berbunga2.. X dinafikan sejak kebelakangan ni kami agak rapat dan Amir semakin kerap menghubungiku samada melalui SMS atau terus telefon. Aku sebenarnya hairan dgn tindakan Amir tapi tidak pula aku bertanya apa2 malah aku senang bila dihubungi dan terasa diri seolah2 dihargai..

"Mmm Gee xkisah.. Bimbang kalau org tu je x sudi nk naik.. Keta kta kecik je.." Kataku seolah2 merendah diri..

"Eh apa pulak.. Amir x kisah la... Kecik ke besar ke sama je,yg penting bergerak" Kata Amir kurang setuju dgn jawapan aku tadi..

"Mmm ye lah tu.." Pastu aku terus diam mencari2 idea utk diperkatakan lagi.. Sunyi.. Amir juga terdiam seketika di sana mgkin juga mencari ayat utk diperkatakan lagi...

"Dah makan?" Tanyaku ringkas

"Dah.. Makan maggi je.. Gee mkn apa mlm ni?" Tanya Amir memulangkan kembali soalanku

"Mkn nasi dgn sup tulang.. Kak Long yg masak tadi.. sedap!" Jawabku riang saja nk memancing seleranya.. Aku tau sgt la kalau duduk rumah bujang xde maknanya nk mkn best2... Paling2 bagus pn setakat makan kat kedai,itu saja..

"Wah! sedapnya.. Xpe pasni bleh la Gee masak utk Amir lagi" Jawabnya sambil tergelak kecil.. Bergetar perasaanku dgn gurauan itu..

"Mmm ye lah.. Boleh sgt la" Kataku sambil menahan perasaan.. Risau takut Amir terus2 mendugaku,aku terfikir utk menamatkan saja perbualan..

"Mmm.. Ok la Amir,sian plak mak sorang2 kat bilik" Kataku cuba mengelak utk berbual lebih lama.

"Hahh? Gee kat mana ni?" Tanya Amir seolah2 hairan dgn kenyataanku..

"Hehe.. Gee kt balkoni kt dapur ni.. Mana bleh cakap dpn mak" Kataku berterus terang

"Ow lari ye.. Apa salahnya,biarlah mak tahu"Kata Amir lagi membuatkan jantungku berderau..

"Ishk... Xnak lah.. Ok lah ye.. bye2.. Assalamualaikum..." Kataku mengelak dan mengakhiri perbualan..

"Hahahaha.... Ok2.. Waalaikumussalam....eh Gee!!" Amir menjawab salamku dan tiba2 kedengaran seolah dia menjerit kecil di hujung sana sebaik aku ingin menekan butang end.. Lantas aku meletakkan kembali fon ke telingaku bagi memastikan samada Amir masih ditalian atau tidak..

"Hello.." Aku cuba menegur,manalah tahu kalau2 dia saja membiarkan fon terus online tanpa menekan punat tamat atau dia memang betul2 masih ada perkara yg hendak dikatakan..

"Gee.. I miss u" Hampir gugur jantungku tersentap,lemah gemalai segala urat sendiku, longgar segala otot anggota dan rasa seolah2 aku tidak berpijak di bumi yang nyata.. Tidak ada sepatah kata yg terkeluar dari mulutku melainkan degupan jantungku yg terlalu kencang dan rasanya jika ditoreh mukaku pada ketika ini,tidak ada setitis darah pun yg keluar... Aku bermimpikah atau..............

"Bye.." Sepatah lagi perkataan yg keluar sebelum hanya sunyi yg memenuhi suasana.. Hfon masih lagi ditelinga dan aku tidak bergerak walau seinci pun... Aku tidak tahu apa yg harus aku buat dan apa perasaan aku pada ketika ini.. Yg pasti,aku kebingungan dalam debar yg teramat sangat... Kaget dengan ucapan ringkas yg tidak terjangka oleh akalku dalam keadaan yg tidak aku sangka2..

"Buat ape kt sini?" Aku berpaling sebaik ada yg menegur dan aku melihat abangku ada di depan singki sambil memegang segelas minuman.. Aduhh..bila masa dia masuk dapur ni?? Aku mengingat kembali apa yg aku sembangkan tadi dan aku menarik nafas lega bila xde apa2 yg perlu dirisaukan sbb aku hanya diam tanpa berbicara selepas terpaku sebentar tadi..

"Xde apa la.. call member,tp x angkat plak" Kataku cuba berdalih bila aku menyedari yg hfon masih melekap di telingaku,sambil berlalu dan terus menuju ke bilik.. Selepas perasaan kembali tenang seperti biasa,terasa ingin meloncat rasanya dgn ungkapan berbisa Amir tadi.. "I MISS U" terngiang2 suaranya di telingaku.. Ya!! Aku gembira dgn ungkapan itu dan aku senang dgn caranya.. Tp bukankah terlalu awal?? Aku sudah jatuh cintakah?? Atau aku cuba membuang luka lalu dengan menjadikan Amir sebagai penyandangnya?? Tidak!!! Aku pasti itu.. Perasaannya amat lain sekali bila bersamanya...

"Sapa telefon?" Tiba2 emak bersuara sambil memusingkan badan ke arahku,menghentikan segala lamunanku.. Laa aku igt mak dah lena,rupa2nya belum lagi...

"Eh.. Gee igt mak dah tido.. Amir telefon mak" Jawabku berterus terang... Nasib baik aku dh cerita tadi,kalau x mesti aku bgtau kawan je.. Terasa senang memberitahu mak nama itu dan aku suka menyebutnya berkali2...

"Mmm dah agak dah" Jawab mak sambil menarik selimut menyambung semula tidurnya.. Hik3,gelihati aku dgn kenyataan mak yg ringkas itu.. Selamba,tapi seolah2 merestui.. Baik ibu atau ayah,mereka tidak pernah menghalang kami adik beradik utk berkawan dgn sesiapa pun cuma dgn syarat pandai menjaga diri dan nama baik keluarga.. Cukup sekadar itu dan mereka menerima walau macamana pun kawan2 kami..

Aku menyambung kembali lamunan yg terhenti seketika dan fikiran aku xlain x bukan hanyalah Amir... 'I MISS U'..Lagi skali terngiang2 ayat yg separa keramat tu bermain diminda ku.. Huhh.. Belum lgi 3 perkatan keramat yg diungkapkan padaku,kalu x,aku rasa terus jadi superwomen aku tadi.. Melayang2 ke udara menentang tarikan graviti,penangan dek ucapan tu... Haha... Ntah2 Amir saja je nk menduga ku.. Nak test tahap kegedikan minah ni.. Mudah cair ke tak... huhu nak test ye.. Kalu betul la telahanku..jgn haraplah,aku xkan mudah terpedaya dgn kata2 tu wpun hakikatnya dlm hati dh cair... Tp kalau berdepan,aku sekali22 xkan menunjukkan kecairanku.. Ceh! Jual mahal la konon.. Tp mmg btol pn kna jual mahal sket,kalu x nampak la mudah sgt nk kenen aku kan.. Baru sekali kuar berdua,kalau org ajak couple terus setuju,nampak sgt mcm kemaruk.. Tp yg pasti aku bukan mcm tu.. Kami cepat rapat pun sbb ktrg satu kampung,kau x jgn harap lah aku terlalu mudah utk keluar berdua-duaan dan ditambah plak aku dalam status S&A.. Kalau x,memang xde harapan la sbb aku ni jenis setia giler kan...

Diam tak diam,baru aku tersedar panjang sggh lamunanku.. Ibu ku sudah lama dibuai mimpi,aku saja yg masih berkelip2 dalam gelap.. Penat mengiring ke kanan,aku beralih ke kiri,tp mata tetap jgk xnak lena.. Malam dah semakin larut,tp aku masih segar bugar.. Sekejap2 tangan membelek2 hfon,mengulang baca msg2 lepas yg dikirim Amir.. Semua masih tersimpan bermula dari msg pertama... Hati aku melonjak2 utk SMS Amir.. Kalau berSMS x la aku rasa boring sgt,tp takut dia dah tido plak.. Tp dalam berfikir2 tu tgn tetap menekan2 butang menaip patah pekataan yg hendak dihantar.. Baru separuh aku menaip,tiba2 hfon berbunyi menandakan ada SMS yg masuk.. Sapa pulak yg SMS malam2 ni..

Bersambung.....................


Sunday, October 3, 2010

Kau Dan Aku..........(5)

Message berbunyi:{Akum..Buat pe?}

Sape pulak yg anta msg ni,xde nama plak tu.. Dalam keadaan mamai dan dgn mata yg masih payah utk dibuka aku cuba mengamati nama yg tertera di skrin..

'Eh! Macam familiar jer no ni.. Kat mana ehh?' Adoii..dtg plak persoalan tgh2 mamai ni.. 'Haa!!! Bukan ke no ni no Amir... Tp knapa xde nama,bukan ke aku dh save ari tu' Bila aku dh btol2 confirm msg tu dr Amir,trus aku belek2 contact list dan cek apa yg x kena... Berkali2 aku tgk bru la aku prasan rupanya no yg aku simpan terlebih satu angka.. Ces!!! Dush3!!! Tumbuk muka sendiri.. Apa nak jadi daa.. Ini kes gelabah pya psl la ni.. Kan dh x pasal2 terlebih amik no fon.. Ishk.. patut la msg aku tak terbalas..Rupanya bkn dia xnk balas,tp x smp pun.. Adoi.. Nak salahkan sape ni?? Bila dh cnfirm msg tu adalah msg dr org yg ditunggu2 sejak seminggu lalu,hati aku berbunga2 siap kembang mekar dan mewangi lagi.. Ceh!! Lebih2 plak.. Tp knapa plak hati aku nak berbunga2 dan gementar semacam jek... Apa kejadahnya.. Ah!! abaikan je lah.. Kang reply kang dikata terhegeh2 plak... Cit!! xpsl2 nk jual mahal plak kan?? Aku pn letakkan balik fon tu di bwh bantal dan konon2 nk sambg tido.. Tp semuanya sandiwara belaka.. Hakikatnya aku dh tersengih2 gembira dan dalam hati agak gelihati dgn gelagat sendiri.. Hiks..gedik! Sape ckp tu?? Mmm aku lah sape lagi.. Eh!! xbleh jadi.. X smp 5 minit aku amik balik fon tu dan sambil tersengih2 aku ulang baca msg tadi berkali2..mcm la pnjg benar ayatnya.. Dalam kepala otak aku berkira2 apa nk reply ni... Idea3!!...Haaa!!

{W'salam.. Sori lmbt rply,xprsan msg... xde buat pe,lepak kt umh je..}

Ceh!! Sempat lagi nk auta kan.. Ckp je la,sebenarnya saya hntr msg ni dlm kegedikan yg amat... keh3!! Rasa nak meloncat pn ade time tu.. xtau la nape aku jd camtu tp sesungguhnya perasaan ini amat berlainan sekali dari hari2 sebelumnya.. Tengah melayan perasaan yg bermacam2 rasa tu,tiba fon aku berbunyi menandakan ada msg masuk..Hik3.. Dengan pantas aku membukanya sbb xsbr2 nk tgk apa kandungannya..

{Ow..igt buat ape tadi.. Gee free x?}

Alamak,alamak,alamak!!! Knp ni?? Knp dia tya aku free ke x ni? Aduhhh..Gelabah beb.. Lain macam je ni.. Apa nk jwb ni? Silap langkah boleh membawa padah.. Fuhh!! karang jgn x karang..

{Mmm nape ek?? Amir baru blik keja ke?} Tyaku buat2 xphm apa mksudnya.. Ye la! Xkan aku nk jwb..Iye..Gee free..nape,Amir nk ajak kuar ke kan??? Hahahaha.. Sekejap je msg masuk lgi..

{Amir cuti ari ni,saja amik cuti berehat kt umh.. Ingat nk ajak Gee kuar,sja mkn2.}

Dah sah... Aduhhh... Apa nk jawab ni?? Serba salah btol makcik.. Tp dlm hati melonjak kegembiraan dgn pelawaan tu,tp xkan aku nk setuju kot.. Tgk jam skarang dah pukul 6.. Ishk... Apa aku nk ckp dgn Kak Long? Xpernah2 aku kuar malam2 tetiba mlm ni nk kuar malam plak.. Camana ni? Nk tolak takut kecik ati plak.. Hmmm...

{Hah.. Bila tu?} Tanyaku penuh berdiplomasi,saja nk melengah2kan jawapan dan utk cuba menjaga atinya.. Aku rasa itu adalah jawapan yg terbaik.... Jawapan yg tidak memberi jawapan kepada soalan yg ditanya.. hehe

{Malam ni,tu pn kalau Gee free la..} Msg drnya yg baru je masuk seolah2 faham akan maksud tersiratku.. Kerana ingin menjaga hatinya,aku membalas dgn cara baik..

{Amir.. Sory sgt2.. Gee x biasa keluar malam la.. Lgpun Gee duduk dgn kakak ipar, takut apa plak dia kata nanti.. Sori ehh..Lain kali k} Ku kira itu jawapan yg paling baik dan bernas dr aku.. Walaupun aku tahu dia kecewa,dan aku juga sedikit hampa,tp aku ttp memilih utk tidak terlalu terburu2 dlm membuat keputusan.. Apa aku nk ckp ngn Kak Long nanti kalu tiba2 aku kuar bilik ckp nk kuar.. Selalunya xpnh nk kuar mlm sorg2...Ishk..baik xpyh tempah risiko..

{Ow ye ke? Xpe Amir faham.. Lain kali lah} Msg Amir seterusnya buat aku x sng duduk.. Dia berkecil hati ke? Macam mana ni?? Apa aku nk jwb ehh?

{Mmm besok Amir free x? Kalu free bleh mkn tghri kt umh} Alamak!! Terlepas plak.. Nk ajak dia mkn kt umh?? Aduh.. dh terlepas cane nk tarik balik.. Mtk2 la dia keberatan dan menolak ajakan aku ni.. Pya lah nk mnjaga ati last2 aku blik yg terkena..

{Mmm ye ke? Boleh jgk..Amir pn cuti lagi besok} Dush3!! Kang dh kena.. Aduh..Dia ni mmg cuti ke saja nk smbung cuti ni? Alamak.. Tp nk xnk aku kna teruskan jugak.. Xkan nk kata xjadi plak kan.. Xpelah..bukan aku sorg2 je pn kt umh ni,Ijah ada...

{Mmm kalu camtu kita jmpa besok la} Kataku mengakhiri perbualan.. Dalam ati sudah mula berdebar2 utk menempuh hari esok..

{OK} Jawab Amir ringkas.. Aku meletakkan kembali hfon dan mula bgn utk ke bilik air.. Hari dh semakin gelap,tp sbb terleka dgn SMS,aku terlupa sekejap yg aku belum Solat Asar..

Usai mandi dan solat,aku keluar bilik utk ke dapur.. Nak tengok kalau ada pape yg boleh dimakan.. Xde sorang pn kt luar.. Dalam bilik masing2 kot.. Bukak peti ais,xde yg menarik,belek2 dalam kabinet pn xde pape yg menarik.. Sejuk2 mcm ni,kalu ada goreng pisang kan best.. Uhh angan2 je lah.. Nak kuar malas plak dh dekat nk maghrib ni.. Aku melangkah keluar ke ruang tamu dan melabuhkan punggung di sofa sambil mencapai remote utk membuka tv.. Sebenarnya tumpuanku bukan pada tv yg terpasang di depan,tp fikiranku jauh menerawang ke dunia lain.. Tp xsempat aku nk mengelamun jauh,Ijah kuar dari bilik dan duduk di sofa sebelahku..

"Tidur ke? Tanya Ijah sebaik melabuhkan punggung

"Mmm tido.. Tido mati.. Sedar2 dh lewat dah.. Jah pn tido ke?" Jawabku pada Ijah diakhiri semula dgn soalan

"Xlah..Saja lepak2 dlm bilik" Jawabnya ringkas

"Ow.. Kak Long tido ke?" Tanyaku bila xnampak kelibat kakak iparku..

" Ye kot.. Adam tido kot, Kak Long join skali" Jawab Ijah sambil mengambil remote utk menukar chanel tv..

"Jah! Besok ade org nk dtg mkn tghri di rumah.." Kataku pada Ijah memulakan perbualan dgn topik yg agak menarik..hehe

"Hahh!! Sape?" Tanya Ijah agak terkejut dan xsabar nk tahu sape gerangan yg dimaksudkan..

"Kawan Gee.. Org kg jgk. Baru jumpa kt sni.. Ktrg jumpa msa Gee pegi Sunway ari tu.. Mula2 dia ajak kuar mlm ni.. Tp Gee takut la.. Tu yang x sengaja ter ajak dia dtg umh.. Siap mkn tghri kt umh lagi" Jelasku panjang lebar pada Ijah..

"Kak Long tau ke?" Tanya Ijah seolah2 berbisik padaku.

"X la... Ok ke ek? Risau jgk" Kataku pada Ijah.. Menanti respon darinya agak menggusarkan aku..

"Nape plak.. Ajak je la.. Org kan ada.. Pastu Gee nk masak ke? hehe" Jawapan Ijah betul2 melegakan aku.. Risau jugak dibuatnya Ijah ckp dia besok ada hal nk ke mana2 ke,ade keja nk buat kt luar ke pape ke.. X ke naya aku kt umh sorg2 nk bwk balik tetamu...Lelaki plak tu.. Ishk!! Lega..

"Mmm Gee masak la.. Tp xtau nk msk pe..Xpe..masak je la mana yg senang" Dalam ati terpikir jgk nk msk apa nnt.. Xkan nk goreng telur dadar n kuah kicap kot.. Dah la brg2 xde lagi.. Besok baru nk beli.. Aduhh kelam kabut btol....

Malamnya..Aku lgsg xde mood nk tgk tv.. Kepala aku asyik memikirkan hari esok yg bakal menjelma.. Berdebar melebihkan bakal pengantin plak.. Xtau la knapa.. Mungkin sbb dah lama aku x mengalami situasi mcm ni kot.. Debaran ni aku alami msa aku form 5 dulu.. Saat dimana first date aku dan ex aku.. Pastu xde lagi dh nk berdebar2.. Tp knp aku nk berdebar? Special sgt ke pertemuan hanya sekadar utk mkn tghari bersama? Tgh kepala aku kalut memikirkan tentang dia,tiba2 hfon ku berbunyi menandakan ada message yg masuk.. Aku lantas mencapai hfon di sebelah dan membukanya..

{Hai Gee... Watpe?} Msg dr Amir... Haaiii... Dia pn tgh berdebar2 menanti hari esok ke? kih3... memandai je aku ni..

{Hai..xde watpe..saja mengelamun..Amir wat pe} Tanyaku semula membalas msgnya..


{Hai mengelamun igt sape? Amir tgh boring kt rmh ni.. Ye la,ajak org kuar..org plak x sudi..} Amir membalas msgku dgn byi yg agk menggetarkanku.. Dia bergurau kot...


{Eh.. Apa plak ckp camtu,kan Gee dh setuju nk jmp bsk} Kataku seolah2 cuba memujuk..


{Mmm xsbr2 Amir nk tggu bsk} Ishk..berani btol dia ni.. Buatnya aku ni awek org,xke saja cari penyakit.. Tp mgkin dia dpt agak yg aku ni xde bf kot.. Ye la,aku ni x cantik,sape la yg nk pandang kan... huk3.. Ceh!! tetiba emosi plak..

{Hehe..Ye lah tu.. Amir suka mkn pe? Besok bleh Gee masak} Tanyaku saja nak dijadikan modal perbualan SMS kami..

{Hah?? Ye ke Gee nk masak? Bukan nk beli kt kedai ke?} Tya nya seolah2 nk serkap jarang aku..

{Iye la.. Gee masak la.. Tp yg simple2 je la.. Gee bkn pndai sgt masak pn} Dalam ati berkira2 apa aku nk masak besok ni.. Buatnya xsdp..Hampeh! Buat malu je.. Tp,Kalau aku beli kt kedai pn bknnnya dia tahu pn..kih3..

{Xpe..Amir xkisah pape pn.. Dh org nk masak,Amir terima je} Ececeh macho la konon.. Kui3.. Jahat sggh makcik..

{Mmm ok,jmp bsk..Gud nite Amir} Kataku mengakhiri perbualan bila tgk jam dh pukul 11 lebih..

{Ok.. Gud nite...} Jawab Amir ringkas.. Selepas tu aku terus bgn ke bilik air dan berwudhuk utk solat Isyak.. Aduhh dh lewat ni,dah la bsk ada gotong royong di sekolah.. Semua guru dibahagikan dalam kumpulan masing2 dan diagih2kan tugasan yg nak dibuat.. Grup aku kna part cantikkan kawasan taman dkt kantin dan cat mural di satu bahagian bangunan sekolah... Aduh... Selesai je solat,aku terus tanpa membuang masa menutup lampu dan berbaring utk melelapkan mata.. Tp,sekejapan dtgla mcm2 filem dlm kpala otak aku ni... Aduh...Sshhh!!! Abaikan...Tido!!

Keesokan harinya,rutin harian tidak seperti biasa bila pd hari itu semua pelajar dibenarkan berpakaian sukan untuk aktiviti gotong-royong bersama guru2... Sebelum memulakan aktiviti,perhimpunan diadakan utk pembahagian tugas dan murid2 diagihkan bersama guru yg menyelia.. Grup aku bersama2 murid2 thn 6 dan tahun 2.. Bila dh settle sume tugasan membersihkan kawasan kantin dan berehat sekejap utk minum pagi,grup aku bergegas ke tingkat 2 bangunan blok B utk menyiapkan pertandingan mewarna mural.. Aduh.. ade bakat ke?? Alamak!! Pertandingan?? Baru ku tahu rupa2nya tugasan ni akan diadili oleh Guru Besar sekolah.. Tp,baru separuh jalan memulakan kerja sbg buruh binaan,hfon yg xlekang dr aku berbunyi menandakan ada msg masuk.. Dup dap dup dap!! Apakah!!!!

{Hai..Sori ganggu.. Gee kt kelas ke?} Seperti yg disangka2,msg tu adalah dari org yg ditunggu2..

Apalagi,stop la kjap keja kan,dan seharusnya membalas msg yg diterima.

{Hai.. xde lah.. Hari ni ada gotong royong.. Ni Gee tgh mengecat bangunan ni..Sub kntrak..Hehe} Ceh!! sempat lagi loyar buruk kan.. Tp sebetulnya tumpuan aku bukan lagi dinding tu,tp dh jadi langau yg bebas berterbangan.. Nasib baik grup yg aku dpt sume yg jenis sempoi.. Ganyang pya ganyang kerja kitrg hampir siap dan ktrg dimaklumkan masa yg tggl ada lagi 10 minit.. Laaa catat masa ker.., Ishk!! Tp xsmp pun 5 mnt slps tu sume keja settle.. Smpat lgi ktrng turunkan initial kt tepi2 menandakan mural yg cantik giloss tu adalah hasil kerja tgn kitorg ber4...Ngeh3... Tp jgn terkejut selepas selesai dibuat penilaian,mural kitrg mendapat tempat ke2...Yeeeehaaa!!! Ok la tu...

Alamak..Baru teringat,ada msg yg belum dibaca.. Ye lah..Xsempat nk bukak...


{Hai...cat bangunan? Biar betul} Kata Amir seolah2 terkejut

{Ai.. Sory lmbt reply... Sume dh settle.. Cane? Jadi ke ari ni nk dtg?} Tyaku direct to the point.. Lagipun waktu persekolahan tggl lagi 2jam.. Kalu jadi,terus ngn agendaku,kalu xjadi ok la..bleh trus balik rmh...

{Mmm jadi.. Amir baru nk tya.. Igt Gee yg sbuk..} Nada Amir seolah2 dia terasa menggangguku mungkin..

{Eh.. Xde lah.. Gee xkisah..Ok je} Jawabku ringkas..

{Mmm Gee balik sekolah pukul berapa?} Tanya Amir bila dpt green lite dr aku..

{Pukul 1 Gee kuar la..} Ringkas jgk jwpan aku

{Ow.. Kalu mcm tu nnt Amir jemput Gee di sekolah pukul 1 nanti} Kata Amir

{Eh.. xpe,Gee bwk keta.. Mcm ni, nnt pukul 1 Amir tggu je Gee dkt Giant 18.. Gee nk sggh situ jap beli barang.. Nanti kita jumpa kat situ} Kataku memberi penjelasan.. Mungkin Amir igt aku dtg sekolah dgn bas kot..

{Ow..ok.. Nanti Amir tggu kat situ} Kata Amir ringkas dan aku terus diam tanpa membalas msgnya semula.. Dalam hati mengira2 brg2 yg nak dibeli.. Hajat di hati nk msk tomyam dan dgg masak kicap jer.. Ok la tu.. Sebelum ke sekolah pagi tadi aku cek dlm peti ais ada aym dan dgg... Elok la tu.. Nak masak lebih2 bknnya sempat.. Maunya pukul 4 ptg pn xbleh nk makan lagi..

Tamat saja waktu persekolahan,aku terus bergegas menuju ke Giant Seksyen 18.. Xsmp 5 minit aku dh sampai sbb jarak antara sekolah dan pasaraya Giant hya lebih kurang 500 meter saja.. Masuk je ke dalam,aku terus mencapai mana yg patut dan terus ke kaunter utk membayar.. Masa tgh tggu turn,hfon aku yg mmg dipgg ditangan berbunyi.. Aku terus membuka msg yg diterima..

{Amir dh smp Giant.. Gee dh kuar ke?} Tanya Amir ringkas

{Gee dh siap beli brg pun.. Jap2..Tgh nk byr ni jap lg Gee kuar} Selesai je,aku terus bergegas keluar dan melilau mencari kelibat Amir kalau2 dia ada kt depan tu.. Aduhh malasnya nk ber SMS,tp nk call... Belum sempat aku buat pape,aku ternampak kelibat Amir menuju ke arahku dgn berjeans biru dan berkemeja casual putih... Wahh!! hensemnya... Ceh!! sempat lagi tuh! Aku pn turut sama melangkah mendekatinya..

"Amir parking katne?" Tanyaku sebaik saja Amir betul2 berada dpn aku..

"Tu... Kat situ je" Kata Amir menunjukkan ke arah deretan kereta yg terparkir di situ.. Entah mana satu pn aku xtahu..

"Mmm ok2... Amir follow Gee ekk.. Kta pn dh lewat ni,nak balik masak lagi" Kataku bila jam dah hampir pukul 2 ptg.. Amir hanya mengangguk2 kan kepala dan kembali ke kereta.. Aku melihat dia menuju ke kereta Proton Satria tidak jauh dari situ,dan selepas menganggukkan kepala aku terus masuk ke keretaku dan keluar menuju ke rumah.. Sesekali aku melihat melalui rear mirror bagi memastikan Amir mengekori belakangku.. Smp je di rumah,aku mengajak Amir naik dan mempelawanya duduk sambil menghulurkan remote Astro kepadanya.. Aku terus bergegas ke dapur utk memasak dan setelah dikeluarkan semua brg yg dibeli baru lah aku perasan,aku terlupa membeli serai dan perencah tomyam... Aduhh!! mcmna nk masak tomyam ni!! Spoil btol lahh... Haa.... Ijah!! Dalam kepala terus terfikir nk mtk tolong Ijah ke kedai kt bawah.. Hish.. Bila dh kelam kabut camni a jadinya.. Mula la gelabah xmenentu.. Nasib baik Ijah sudi menghulurkan bantuan utk ke kedai.. Huhh!! Lega..

Ok,sume settle,aku mtk diri utk mandi dan solat Zohor..Lepas tu ktrg makan sama2.. Apa rasanya aku pn xtahu...

"Mmm sedap! Favourite Amir ni" Kata Amir memuji sebaik merasa masakanku.. Ececeh...Tiba2 favourite kan.. Rasanya time2 mcm ni,hidanglah ikan masin dgn budu pn,ttp akan dikatakan favourite kan.. Ye la..nk jaga ati pya psl n nak dijadikan modal bersembang... Ngeh3!..

"Iye la tu..." Kataku malu2 dgn pujian yg entahkan ikhlas entahkan tidak tu..huhu


"Btol la,sedap.. Pandai Gee masak" Katanya lagi


"Haa kalau sedap tambah la lagi,makan byk2" Kataku nk menguji.. Tp ditolaknya dengan baik,sbb katanya nasi yg aku bubuh dah cukup banyak dan cukup utk mengenyangkan.. Yo lah tu!


Selesai makan kitorang lepak2 dan bersembang kosong sambil menonton tv saja.. Aku menoleh sekilas jam di dinding dah hampir pukul 4 ptg..

"Jom kuar ronda2.." Kata Amir dgn x semena2.. Agak terkejut dgn pelawaan itu,tp terasa serba salah utk menolaknya..

"Mmm nk kemana" Tanyaku

"Saja pusing2.. Jom" Ajak Amir lagi

"Mmm ok lah.. Gee siap jap eh" Kataku lalu berlalu ke bilik.. Dalam hati tuhan je la yg tahu betapa risau dan gementarnya aku.. Kemana lah dia nk bwk aku... Dalam 10 minit,aku kuar bilik dan kitorang beredar meninggalkan kuarters menuju ke destinasi yg tidak kuketahui... Jeng3!! Selepas lebih setengah jam kereta menyusur dan melepasi sempadan Shah Alam,aku dpt mengagak yg Amir sedang menuju ke IOI Mall Puchong.. Kalu x nk kemana lagi,xkan nk ke KL kot.. Tekaanku tepat apabila kereta membelok masuk dan terus menuju ke tempat parking lot di tepi sebelah luar mall tersebut.. Aduh.. segannya nak berjalan dgn dia ni.. Mesti aku nampak mcm batu je... Ishk..

"Amir xmalu ke kuar berdua dgn Gee ni?" Tanyaku spontan sebaik saja kami kuar dari kereta sambil berjalan beriringan di sebelahnya.

"Eh!! Apa nk malu pulak.. Amir suka lagi ada" Kata Amir memintas pertanyaanku..

"Ye lah..mana lah tau kot2 ade org marah ke nanti..Lagipun xtakut ke apa kata kwn2 nanti.. Dgn pompuan kampung mana lah si Amir ni kuar" Kataku seolah2 merendah diri..

"X delah.. xde sapa yg nk marah pun..Amir single.. Xtau la kot Gee yg ada org nk marah kuar dgn Amir" Katanya memulangkan serkap jarang padaku.. Ceh!! Baru nak pikir psl aku,sebelum ni xpnh tya pun aku ni ada bf ke xde ke.. Main ajak je kuar.. Huhhh...

"Sapa la nk marah kita.. Xde org nak pun kat kita" Kataku masih lagi merendah diri.. Aku semakin selesa dgn keadaan kami dan sekejap je kami dh dapat membiasakan diri dan masing2 rancak bersembang pasal diri masing2.. Tp aku hanya menurut saja langkah yg dibawa Amir tanpa mengetahui tempat mana yg ditujunya.. X plak aku nk bertanya ke mana dia nk bwk aku.. Xkan nk makan lagi kot.. Tiba2 aku terpandang Golden Screen Cinemas dan nampaknya Amir masih seperti biasa dan mneruskan langkahnya dan menuju ke situ.. Tahulah aku bahawa dia nk bwk aku tgk wayang rupanya.. Aduhh..macamana ni.. Nak tgk wayang?? Dah la aku pakai short sleeve,x bwk jaket plak tu.. Aku dh mula terbayang kesejukan kt dlm tu...

"Jom!!" Kata Amir sebaik saja selesai membeli tiket.. Orang xramai pun,xperlu nak beratur.. Ye lah..week day kan..Sapa lah nk dtg tgk wayang nak2 office hour lagi.. Aku hanya membontoti Amir yg menuju ke kaunter makanan dan membeli popcorn dan air..

"Show lagi 15 minit.. Kita duduk kt sana dulu" Kata Amir sambil melangkah ke tempat duduk yg dimaksudkan.. Aku sekali lagi hanya membontoti dan mengikut saja melabuhkan punggung di situ.

"Nah.." Amir menyua 2 keping tiket kepadaku.. 'CINTA LUAR BIASA'.. Wah!! Menarik jugak.. Memang aku berniat nk tgk cerita ni,hajat di hati nak ajak Nora bila ada kelapangan di hujung minggu.. Tp tiba2 dapat tgk plak citer ni.. Dgn AMir lak tuh.. Hik3..

"Ow.. Mesti best" Kataku ringkas

"Gee ok ke? Ke xsuka filem melayu" Kata Amir seolah mendugaku..

"Eh! Tak lah.. Gee suka,citer lawak,nk2 ade Saiful Apek" Kataku membalas kata2 Amir.. Sambil2 menunggu utk masuk ke pawagam kitorang mengunyah popcorn yg dibeli sambil bersembang2 ttg famili masing2 dan org2 kampung... Huhu lawak kan sembang ttg org sekampung.. Yelah,org sekampung lah katakan.. Kalu x mati kutu aku dibuatnya..


"Keta Putra tu Gee yg punya ke?" Tanya Amir tiba2 sebaik saja perbualan ktrg berkisar ttg bagaimana aku boleh mengajar di Sek Keb Seksyen 18..

"Eh.. Tak lah.. Keta Abang Sham,abang Gee yg sulung. Dia xde kt sini,skarang kt Ipoh ada kursus. Dia balik tiap2 minggu,so keta dia tinggalkan kt rmh Gee yg pakai. Tiap2 hari anta n amik kakak ipar yg keja kat PPD Seksyen 19" Terangku panjang lebar.

"Ow.. Amir ingat Gee yg punya.. Mmg nk tabik la" Kata Amir selepas mendengar penjelasanku

"Uish..xde lah,mana lah Gee mampu,xde kerja ttp lagi.. Tp keta Gee sendiri nak sampai minggu dpn.. Mak ngn ayah akan hantar. Keta kecik je. Gee beli keta Kancil" Kataku lagi memberi penerangan tanpa ditanya-tanya.. huhu..

"Ow..ye ke? Ok la tuh.. Kecik pn keta jgk,sng nk bergerak.. Eh! Jom" Pintas Amir spontan dan terus bangun sebaik saja melihat 2,3pasangan menuju ke entrance utk masuk ke pawagam.. Aku pn bangun membontoti sambil memegang popcorn yg dibeli tadi..

Setelah hampir 2jam membekukan diri dek kesejukan dalam panggung,kami pun kuar lah dgn selamatnya.. Best gak citer tadi.. Walaupun dalam keadaan yg ala2 malu2 gitu,tp aku dgn jayanya meng'concerntrate' pd cerita yg ditayangkan.. Ktrg tgk wayang ok,bukan buat wayang.. Tgk2 jam,dh pukul 7 lebih.. Alamak!! Camane ni.. Ptg td sebelum keluar aku dh siap2 pesan dkt Ijah supaya bgtau Kak Long aku kuar dgn kawan.. Tp dalam hati kecut jgk.. Kuar je dari Panggung,ktrg xde melencong atau berjalan2 window shopping lagi terus berjalan menuju ke kereta.. Tp tba2 tgk Amir tersengih2 kt seseorang.. Alamak! Member dia ke? Betul la tu bila diorg pn semakin menghampiri dan terus menegur Amir sambil tersengih2... Gelakkan aku la tu.. Mesti kawan satu tempat kerja da ni.. Selepas Amir memperkenalkan aku pd kawannya n awek yg dibawa bersama,sembang sepatah 2 kata,kitorang pn terus berlalu..


Tp,bila sampai je di Shah Alam nampaknya destinasi Amir bukan ke rumahku,tp ke tempat lain. Mana lagi dia nk bwk aku ni?


"Kita nk pegi mana ni Mir" Tanyaku bila Amir mengambil arah ke kanan sebaik smp di round about seksyen 18..

"Dataran..Gee ok ke?" Tanyanya sambil terus memandu tenang.. Walaupun dalam hati agak keberatan,apa aku boleh buat..


"Ow.." Luahku membantah tidak,bersetuju pn tidak...


Sampai je ktrg dkt dataran sebelah bawah,xramai orang yg ada kt situ.. Ye lah,bukan malam minggu pun kan.. Selepas parking kereta,kitorang menuju ke stage dan hanya duduk bersembang di situ... Bersembang lagi. Dh ketandusan topik apa lagi yg nak dibualkan.. Aku hanya diam memerhatikan kenderaan yg lalu lalang di hadapan sambil sekali sekala berbual jika terlintas apa2 topik yg menarik.. X menarik pn layan je lah,xkan nk diam mcm org bisu je kan.. Xsmp setengah jam kitrg di situ,tiba2 datang sebuah motor Suzuki Panther 150 dgn agak laju dan berhenti dgn mengejut betol2 depan tempat kitorang duduk.. Terkejut beruk aku.. 'Sapa plak ni?'




Bersambung..........

Kau Dan Aku..........(4)

"Itu bukan ke Si... sapa nama dia ekk??" Telah Nora sambil cuba mengingati nama si pemilik gerangan orang yg ditunjukkan kepadaku

"A'aa lah... Kenal2..." Kataku mengangguk2 sambil memerhatikan jejaka yang melintasi hadapan kitorang bersama2 5 ke 6 orang kawan2nya.. Agak terkejut kerana secara kebetulan boleh terserempak dgn orang sekampung di tempat yg penuh sesak ni..

"Bukan Amir sepupu mimi ke?" Kata Nora meyakinkan aku..

"Iye la wei.. Dia lah tu.." Kataku sambil terus spontan 'sweet2' kt jejaka yg dimaksudkan Nora tadi.. Sekali 'sweet' dia x pandang,aku 'sweet2' lagi.. Terus dia berpaling dan melihat kami.. Mungkin terperasan ada orang yg dikenali di atas dan yakin aku lah org yg punya 'sweet-an' tadi,dia terus naik ke atas dan meninggalkan kawan2 yg berlalu meninggalkan tempat itu mungkin mencari tempat duduk di bahagian tepi.. Aku yg agak terkejut dgn tindakan spontannya yg terus naik selepas melihat kami,terus mengalih barang2 yg diletakkan di kerusi kosong disebelahku utk membolehkannya duduk di sebelahku..Xkan aku nk biarkan saja dia sambil berdiri kan. Macam kebetulan pulak kan.. Ye lah! Nak ckp apa lagi,kebetulan lah namanya.. Dia pn apalagi teruslah melabuhkan punggungnya dengan senyuman yg masih lagi bersisa.. Suka la tu! ngeh3..perasan..

'Alamak!apa nk sembang ni? kenapala dia dtg duduk kat sini?' Aku mengomel2 sendiri

"Datang berdua ke?" Amir memulakan perbualan.. Ececeh..macho2..

"Eh xla!.. Kitorang dtg berempat. Tu Kak Long Nora dgn tunang dia" Jawabku penuh sopan santun sambil menunjuk ke arah Kak Long dan tunangnya.. Hiks geli geleman rasa control cun.. Aduhh!! gigil..

"Ohh... Xsangja jumpa kt sini..Gee nampak kurus sekarang, x macam dulu,berisi" kata Amir semakin bersemangat meneruskan perbualan.. Ceria wajahnya seolah2 sesuatu yg menggembirakan dapat berjumpa dgn aku di sini..

'Dush3!! Nape la dia pegi komen pasal badan aku plak ni... Tp suka nya dia kata aku kurus.. kui3.. Apa nak jawab ni??' Aku mengomel lagi

"Hahh ye ke? Kurus ke? Mmmm Gee sakit" Alamak!! tiba2 terpacul plak perkataan tu laju je dari mulut aku.. Kejap lagi di buatnya dia tya aku sakit apa,kenapa..mau panjang plak jadinya cerita kat sini.. Dah xde lagi semangat aku yg berkobar2 n tujuan utama nak tengok Zahid AF2.. Sume gara-gara jejaka sekampung ada kt sebelah... Aduhh!!! Baaaik punya control mak cik.. Zahid yg dh lepas menyanyi beberapa buah lagu termasuk lagu 'Cik Mek Molek' dgn mcm2 gaya dan aksi pun dh jadi x menarik bgku sbb degupan jantungku lagi hebat n kencang dari persembahan Zahid.. 'Kenapa plak aku nk berdebar2 x pasal2 ni..Bila la Si Amir ni nk bgn ni..xnk pegi dgn member2 dia ke??' Dalam hati aku x abis2 membebel sendiri..

"Hah! Sakit? Sakit ape?" Haaa.. kan aku dh agak dah dia akn tya jgk soalan tu.. 'Padan muka ko Ayuzi'..

"Hehe.. ada la..sakit msa belajar dulu.. sikit2 je" Lagi sekali terkeluar jawapan spontan yg agak bodoh..Lantaklah! Ye lah! Xkan lah aku nk jawab sakit kena buatan org ke,sakit jiwa ke,sakit jantung ke kan... Lagi la parah jadinya..

"Eh! Amir dtg ngn kawan2 kerja je ke? Xbwk awek ke?" Hehe pantas aku plak yg bertanya sebelum ditanya lagi dgn soalan2 yg menyenakkan dada aku nk menjawabnya... Eceecece.. siap tya awek org.. Ada maksud tersirat ke?? Hik3..mcm serkap jarang jer..

"Hmmmm kecewa.." Jawabnya perlahan namun tidak ada segaris pun riak wajah yg menggambarkan kekecewaan.. 'Ek Eleh.. Kenc***g la tu!' Gumamku dalam ati.. Tp macam best je untuk mengorek cerita lebih lanjut lagi..

"Kenapa? Kecewa dgn sapa?" Tanyaku pantas tidak membuang masa yg ada,lagipun takut dibuatnya dia plak yg tanya aku soalan2 peribadi yg susah nak jawab..

"Mmmm ada lah..Eh,sapa nama abg Gee tu,Afrizam kan? Dia kat mana sekarang?" Cess!!! dia konar plak yer!! Xpe2..

"Mmm ada kt kampung. Dia kerja kt Kota Bharu" Jawabku spontan.

"Gee kt sini duduk kt mana? Keja mana?" Bertubi2 dia bertanya

"Gee kt Shah Alam,jadi guru sandaran kat Sek Seksyen 18" Jawabku ringkas

"Eh! Kat mana? Seksyen berapa?" Tanya Amir dgn wajah sedikt berkerut seolah2 terkejut.

"Mmm dulu duduk dkt Seksyen 18,sekarang ni baru pindah ke Seksyen 17.. Gee duduk kt Kuarters pendidikan dgn kakak ipar" Terangku dgn panjang lebar.

"Laa..bukannya jauh sgt pn dgn Amir.. Amir dkt Sri Muda je,mmg biasa sgt la Seksyen 18,24,17 tu.. Sebelum ni x pnh jumpa pn,kt sini plak bleh jumpa" Kata Amir seolah2 terkejut bila dapat tahu tmpat tinggal aku dekat saja dgn rumahnya..

"Mmm tu la..Last jumpa Amir masa kat Merapoh,tmpat bas berenti dulu kan? Dah lama dah" Kataku merancakkan lagi topik perbualan..

"Eh! Gee pakai nombor lama lg ker?" Tanya Amir selepas menganggukkan kepala setuju dgn kenyataan aku

"Mmm nombor lama lg,x tukar2 pn,takut susah nanti." Jelasku ringkas

"Betul x nombor ni" Tanyanya lagi sambil menyua h/fon ke arahku... 'Wahh!! Fon Nokia 6600' hfon model terbaru Nokia waktu itu.. ' Ni kes nk confirm no fon ke nak tayang fon baru ni?' Getusku dalam hati. Tapi aku tetap panjangkan leher melihat no fon yang tertera di skrin yang diajukan padaku..

"Mmm btol2.. Gee pakai no tu la lagi" Kataku sambil mengeluarkan hfon aku jgk dari poket seluar.

"Amir punya nombor berapa ye?" Tanyaku sambil bersiap sedia untuk mendail

"Nombor lama jugakla" Katanya ringkas. Aku yang hairan membelek2 contact list kalau2 ada tersenarai namanya. Pernah ke aku amik no fon dia ni?

"Amir dh pernah call Gee kalau x silap thn lepas,masa tu Gee ckp Gee kt Pasir Mas, tp xpasti kenapa" Terang Amir seolah2 dapat membaca persoalan yg berlegar2 dlm kepala aku..

"Ow! ye ke? Tp xde lah,bg je lah" Kataku malas nk pening2 kepala lagi.. Tp dalam hati aku berkira2 mungkin nombor dia aku tak simpan atau sengaja delete untuk kurangkan space fonbook..huhu lantak lah.. Selepas menyimpan nombor yang diberikan aku memasukkan semula fon ke dalam kocek dan melepaskan pandangan ke pentas.. Persembahan artis dah selesai dan acara pengumuman cabutan bertuah pulak mengambil ruang di pentas.

"Amir x amik bahagian ke?" Tanyaku sambil memuncungkan mulut ke pentas utama bg menerangkan maksud soalanku..

"Xlah,sampai2 tadi terus ke water park,mandi. Ni datang sini baru naik la ni.. Habis rambut jadi keras" Kata Amir sambil menarik2 rambutnya

"Ow ye ke? Mmm Amir keja Proton lagi la ek?" Tanyaku bersahaja

"Mmm kerja situ je la smp ke tua nampaknya" Katanya sambil tersenyum senyum

"Xpe lah..keja mana2 pun sama je.. Yg penting tiap2 bulan dpt habuan. Kat Proton sibuk ke? Dapat beli kereta murah x? hehe" Tanyaku sambil diselang dgn gurauan

"Mmm biasa je.. Keja mmg byk,tiap2 hari kena buat O.T..." Jawabnya ringkas

"Ok la tu,banyak buat OT,banyak la masyuk" Kataku lagi

"X jugak,bolehla sket2... Gee x balik kampung ke? " Katanya dan terus menukar tajuk perbualan seolah2 xberminat cerita pasal keja..

"Baru je balik bulan lepas" Jawabku ringkas

"Ow.. Amir pn baru je balik minggu lepas,saja amik cuti nak berehat?" Beritahunya tanpa ditanya..

"Mmm kalu ikutkan hati tiap2 minggu nak balik.. Kalau boleh mmg nak duduk kt kampung,tp masalahnya kat kg nk kerja apa.. Terpaksa lah jgk dok jauh ngn famili.." Terangku panjang lebar.

"Mmm btol tu,tp xpelah masa muda2 ni merantau dulu tgk tempat org... Haa.. dah tau duduk dkt je ni,lepas ni bleh la jumpa2 kuar makan.. Sebelum ni mmg xpnh nak terserempak kan" Kata Amir mengeluarkan kenyataan yg menggegar sanubariku.. Nak kuar makan2?? Isk..xbiasa sungguh mak cik kuar dgn laki ni.. Masa belajar dulu pn dgn kawan pompuan je lah 24 jam aku berkepit. Pastu kalu dgn lelaki pun xlain x bukan hanyalah dgn ex aku yg sorang tu je lah sejak zaman sekolah dulu.. Eiii meremang..

Eh Gee!! Member2 Amir dh nak gerak tu.. Amir pegi dulu la eh.. Nanti kalu de pape call la,msg ke k.." Katanya tiba2 belum sempat aku memberikan apa respon dgn kenyataannya tadi,dia lantas bangun dan menganggukkan kepala kepada Nora dan Kak Long tanda meminta diri utk beredar. Aku menoleh ke arah sekumpulan kawan2nya yg berada di bahagian tempat duduk sebelah kiri,masing2 dah bangun dari kerusi dan bergerak hendak meninggalkan tempat itu.

"Aaa...Ok2" Kataku ringkas bila dia mula melangkah dan turun dari tangga satu persatu. Ye lah,dibuatnya kena tinggal dgn member2 dia,haru jgk nk jalan sorang2..huhu

"Hai...ada orang dah berterbangan di awan biru nampak" Usik Nora sambil menyiku lenganku setelah kelibat Amir hilang dari pandangan..

"Hak3..pandai2 je ngko ni.." Kataku cuba mengelak serkap jarang Nora.. Tapi sebenarnya fikiranku masih menerawang memikirkan pertemuan tadi dan aku memang xsangka akan bertemu di situ..

"Alaahh..Apa salahnya kalau betul2 pn..Ko kan dah free skarang.. Dia pn nampak happy lain macam je jumpa ko.. Kalu tak,xkan la dibiarkan je member2 dia duduk kt sini.. Sampai habis konsert lak tu.. Mati kutu saya dibuatnya,ko sibuk layan si Amir,Kak Long plak dgn Rahim..Saya plak mcm dtg sorang2 je duduk kt sebelah ni" Cerita Nora dgn panjang lebar.. Tergelak aku dibuatnya.. rupa2nya dalam hati Nora dah berbakul2 membebel agaknya bila dia seolah2 dibiarkan sorang diri kt situ.. hik3..

"Tu yg saya ckp ko dh berterbangan di awan biru tu,sbb mcm dah xde org lagi dah kt sekeliling ko ni.. Syok sgt nampaknya bersembang" Tambah Nora lagi seolah2 merajuk dan x puas hati..

"Aloololololo...Ko merajuk ke? Mana ada,dh dia tu yg byk tanya itu ini,aku sembang la dgn dia.. Xkan aku nk halau dia suruh pegi dgn kawan2 dia kot..Ko ni pun,xde mknanya nk jelos2 ok.." Terangku cuba memujuk Nora. Pada masa tu aku melihat ramai orang berpusu-pusu turun dari tempat duduk dan menuju ke bawah.. Baru ku tahu dorg sume berlumba2 nk bergambar dgn Zahid di belakang pentas dan pada masa tu sudah ada sebuah kereta menunggu di situ utk menjemput Zahid yg telah selesai membuat persembahan.. Aku apalagi teruslah mengajak diorang semua turun sbb nak tengok Zahid dekat2.. Ye lah,tadi dah miss kan.. Persembahan Zahid kt pentas mcm xde maknanya bila tumpuan aku dh beralih sebentar tadi kan. So,aku xnk la lepaskan peluang ni.. Kak Long,Rahim dan Nora ikutkan aje kerenah aku memandangkan masa tu pn dh hampir pukul 3 petang.. Lepas ni boleh terus balik je sbb dah xde nak kemana2.. Elok sampai2 je kt bawah aku tgk kereta yg membawa Zahid bergerak perlahan berlalu pergi sambil dikerumuni org ramai yg menghalang pergerakan kereta seolah2 xnak lepaskan Zahid pergi.. Zahid yg pada mulanya melambai2 dari tingkap kereta perlahan2 menaikkan cermin tingkap dan hilanglah Zahid dari pandangan mata.. Kereta yg dinaiki semakin jauh berlalu pergi dan setakat itu saja lah yg dpt aku saksikan pada petang tersebut..

Kami berempat pun terus berlalu pergi meninggalkan kawasan pentas utama untuk balik.. Sambil berjalan perlahan2 sempat jugak kami menyinggah tempat2 sekeliling yg dirasakan menarik dan merakam sekeping dua gambar utk dijadikan kenang kenangan.. Dalam kepala aku sekejap2 akan menerawang memikirkan pertemuan tadi.. Cheh!! x abis2..Knapa ni?? Aku sendiri pn x faham.. Sebelum ni,aku seolah2 kebal.. Jumpa la dgn bermacam2 jenis kawan lelaki,yg spesis mcmana skali pun,wpun ada yg cuba2 nak dekat,aku xpnh rsa mcm ni.. Ye lah,xpnh nk rasa pape lps tu,nk pikir 2,3 kali ke,skjap2 kpala otak ni nk rewind blik ke pape ke.. Tp kali ni rasa lain macam plak.. Rasa mcm mana?? Rasa mcm berbunga2 gitu.. Dush3!!!! Hahahaha... Tp control beb... jalan ttp maintain.. Idok ler smp tiba2 jalan tersepak batu ke,terpimpin tgn org lain ke xde lah... Malu lah kalu Nora tau cpt bebenor ati aku cair... Kih3..Alamak!!! Aku dh cair ke??? Mungkin sbb aku baru lps kecewa,prasaan aku jadi mcm ni.. Tp,bukan ke lepas kejadian hari tu aku dh tutup segenap pintu hati aku utk mana2 lelaki.. Dah xnak pandang lelaki n dah xnak bg chance utk mna2 spesis yg bernama lelaki utk lukakan hati aku lagi.. Apa dah jd ni.. Baru je sebulan,cpt benar berubah hati... Eh!! Tapi xkan pintu hati aku dah terbuka kot.. Perasaan je nih.. Abaikan lah..

Tengah kitorang berjalan2 tiba2 hujan plak turun x semena2,tgh panas terik pn hujan.. Mula2 rintik2 jer,pastu makin lebat... Kitorang pun berlari2 mencari tmpat berteduh.. Nasib baik masa tu kitorang berdekatan dgn tempat permainan Mary Go Round.. Kat situ ada bumbung dan ade beberapa buah bangku yg disediakan.. Fuh!! nasib ktrg baik dapat berteduh dan dapat duduk.. Xsampai 5 minit,hujan turun dgn selebat2nya dan sekejap je tempat tu dipenuhi dgn manusia yg berhimpit2 masuk.. Aduhh!! sesak2..!! Pastu kesian plak tgk sorang abg yg mendukung anaknya yg masih kecil.. Aku pn alihkan sedikit tempat dudukku dan aku duduk beriba dgn Nora untuk memberi laluan kepada abg yg memangku anak kecilnya tadi.. Lantas dia menyerahkan ank kepada si isteri dan menyuruh isterinya duduk sambil meriba ank dan dia ttp berdiri di situ.. Fuhh!! bagus,ayah prihatin.. Ayah macam ni lah yg di cari untuk menjadi bapa kepada anak2 ku nanti.. Cehhh!!! tetiba!! Dalam dok bersesak2 tu,sempat lagi aku dan Nora 'snap' sekeping dua gambar.. Yg jadi cameraman sape lagi kalu bukan tunang Kak Long.. hehe mcm budak2.. Kalau masa tu dh jadi blogger cam skarang mesti penuh diari digitalku dgn cerita mcm2.. Bukan setakat satu cerita sehari,tp berpuluh2 cerita aku masukkan sume..

Selepas setengah jam berlalu,hujan semakin reda dan langit kembali cerah.. Orang ramai mula melangkah kembali menuju ke destinasi yg tertunda sebentar tadi.. Kami berempat pn keluar dari situ dan mula melangkah menuju ke tempat letak kereta.. Kata Nora,Kak Long dan Rahim nak bawak kitorang ke Sunway pyramid plak.. Saje jalan2 cuci mata kat situ.. Mmm aku ikutkan je lah.. Selepas seharian berjalan dan menyinggah ke sana sini,aku dihantar pulang ke rumah lebih kurang pukul 6 petang.. Fuhhh!! penatnya.. Kepala pulak dah berdenyut2 kena hujan tadi!! Tanpa membuang masa aku terus mandi menyegarkan diri dan terus merebahkan tubuh yg kepenatan.. Bestnya dpt baring2.. Mmm bila dah sorang2 macam ni,kepala otak aku mula lah mem'flashback' kembali kisah di pentas utama 'Sunway Lagoon' tadi tanpa digamit2.. Ishk xbleh jadi ni,dgn prasaan malas aku bangun dan merangkak mencapai diari kesayangan yg diletakkan dlm drawer yg diletakkan di hujung katil.. Bila dah bukak diari,apalagi,kejadian2 yg berlaku pada hari ini teruslah dicoret tanpa ketinggalan sedikit pun dah kemas tersemat didada diari tersebut... Begitulah aku setiap hari.. Baik yang manis ataupun pahit sekalipun tetap akan aku abadikan dalam diari tersebut dan akan ku ulang baca setiap kali ada masa terluang.. Begitu jgk sekiranya aku terlupa satu2 peristiwa atau tarikh2 penting,diari tersebut jugalah yg menjadi bahan rujukanku yg utama sebab semua tercatat di situ.. Pelbagai suka duka dalam hidupku tercatat di situ..

Keesokan harinya,aku memulakan rutin harianku seperti biasa. Ke sekolah mengajar murid-murid dan menanda buku-buku latihan.. Perkara semalam masih x dapat dilupakan dan aku seolah2 ternanti2kan sesuatu.. Setiap masa aku akn membelek2 hfon aku kalau2 ada msg yg masuk atau ada panggilan xdijawab semasa aku di dalam kelas.. Tp semuanya hampa bila skrin hfon ku masih seperti biasa dan tidak ada tanda2 yg boleh menggembirakan aku.. Tanpa berfikir panjang,aku pn menaip sms kepada nombor yang tertera nama 'AMIR'.. SMS ku berbunyi.. ('Hai..keja ke? sibuk?').. Tapi setelah ditunggu2 tiada sebarang balasan diterima.. Sehari,dua hari,tiga hari berlalu,Hfon ku masih sepi dan SMS ku ttp tidak berjawab.. Kalau yg ada pn hanyalah panggilan atau SMS dari mak,ayah atau kawan2ku yg lain.. Yg ditunggu ttp x jgk kunjung tiba.. Tp kenapa aku nak tertunggu2 plak?? Pelik betul.. Biarlah dia,nak SMS ke,xnak ke,aku pedulik apa kan? Aku nk kisah sgt buat ape kan?? Tp masalahya skarang aku tgh KISAH!! Kenapa?? aku sendiri pn xtau.. Dah gila agaknya aku ni.. Tp aku nekad xkan sekali2 mendail nombor dan menelefonnya.. Cehhh!! Jual mahal konon!!..

Selepas itu,aku mula x ambil kisah lagi.. Aku tidak lagi ternanti2 panggilan atau SMS dari Amir.. Fikir2kan balik,rasa bodoh pulak,mcm menunggu buah yg x gugur.. Entah2 aku je yg mcm orang bodoh ternanti2,tp dia syok2 berSMS dgn awek dia... Bodoh btol aku ni!! Aku sedar aku jadi mcm tu sbb sedikit sebanyak aku cuba mengubat hatiku yg luka dek kekecewaan lalu.. Aku kesepian dan jiwa aku kosong.. Mungkin disebabkan itu aku jadi macam tu.. Kalau dulu,sewaktu aku dan ex masih lagi bersama,tentu situasi macam ni xkan terjadi pada aku.. Namun.setelah hampir 6 tahun hidup aku terisi,Hfon aku sentiasa berdering dan inbox aku sentiasa dipenuhi SMS yg pelbagai,tiba2 aku terpaksa lalui semua ni secara tiba2.. Aku sebenarnya perlukan seseorang utk mengadu,bercerita dan meluahkan apa saja yg terbuku.. Walaupun Nora dekat dgn aku,tapi xselalu dia boleh bersama dgnku.. Dia ttp ada tugasan sendiri yg perlu diberi perhatian dan hanya ketika ada masa terluang sahaja dia boleh menghabiskan masa bersama2ku.. Namun,kehidupan tetap aku teruskan seperti biasa tanpa mengganggu sedikitpun perjalanan hidupku.. Pada mata yg memandang,tidak ada segaris kesedihan pn yg boleh ternampak diwajahku.. Aku mmg tidak bersedih dan tidak meratapi segala yg berlaku,malah aku bersyukur dgn apa yg berlaku sbb selepas peristiwa tu,aku rasa bebas..Xperlu lagi nk kemana2 kna SMS dulu bagitau,kna peruntukkan waktu hujung minggu,dan ada sesetengah agenda peribadi yg kadangkala terpaksa dibatalkan demi menjaga hatinya.. Tapi sekarang tidak lagi,cuma seperti yang aku katakan aku kesunyian... Itu saja..

Setelah seminggu lebih berlalu,aku mula melupakan segalanya.. Rutin harian tetap berjalan seperti biasa.. Malah aku xsabar2 menunggu hujung minggu yg akan menjelma lagi 4 hari sebab mak dan ayah akan datang bersama abangku menghantar kereta yg baru dibeli sewaktu kepulanganku ke kampung yg lepas.. Mula2 hajat di hati,aku hanya nak membeli motorsikal,tapi ditegah sekeras2nya oleh mak kerana dia risau aku bawak motor disebabkan mcm2 kes yang berlaku skarang ni. Tambah plak jauh dari pandangan mata.. Dia risau dgn kes ragutlah,kemalangan dan macam2 lgi yg membabitkan penunggang motorsikal.. Disebabkan itu mak sanggup mengeluarkan duit utk bayar down payment dan keputusannya aku telah membeli kereta Kancil terpakai jer.. Kata mak,walaupun kecik xpelah,janji bukan motor.. Rasa selamat sket sebab xterlalu terdedah mcm naik motor.. Memang bahaya ada di mana2 tp sekurang2nya kita cuba utk mengurangkan risiko dari sebarang kecelakaan.. Selepas balik dari sekolah,aku hanya lepak2 dan menonton tv di rumah sambil bersembang2 dgn Ijah,adik kakak iparku yg turut tggl di situ. Dia dapat kerja satu pejabat dgn kakaknya(kakak iparku) sebagai PKS (Pekerja Khidmat Singkat).. Sekurang2nya aku adalah teman bersembang..



Setelah xde lagi cerita menarik di Astro,modal pn dh xde nak bersembang,aku masuk ke bilik nak lepak2 dan baring2.. Hari pn mendung mcm nak hujan jer.. Layan tido pn best jgk.. Masuk2 bilik jer,aku terus membungkam dan entah bila masa aku tertido.. Sedar2 je sebab kesejukan angin kipas yg dipasang sehabis kuat dan dkt luar hujan renyai2 seolah2 hujan lepas baru lepas berhenti..Ya Allah tido mati btol.. Argghh!! bestnya tido hujan2 mcm ni.. Niat dihati nak sambung tido dan aku mula menarik selimut sambil tangan meraba2 di bawah bantal mencari hfon nak tgk jam pukul berapa.. Dapat je hfon,aku tgk kat skrin ada terteta ' 1 NEW MESSAGE' dan terus aku tekan butang view.. Membaca SMS yg tertera,hatiku berdebar2 dan jantungku tiba2 berdegup laju.......



(HEHEHE.....BERSAMBUNG.......)

Friday, October 1, 2010

Cik Mek Molek...

pertama kali ku melihat wajah si dia
pertemuan bermula ditaman si kebun bunga
situlah...
mulanya berjumpa bertentangan mata

mulai dari itu hatiku tertanya-tanya
siapakah gerangan si cantik jelita
kelipan matanya hinggakan aku terpesona

Pabila namanya ditanya dia masam
namun begitu jelingannya ku faham
senyumlah senyumlah ahai cik mek molek..
senyumlah senyumlah ahai cik mek molek..
senyumlah senyumlah ahai cik mek molek..

hai puas juga aku bertanyakan namanya
namun begitu dia tetap endah tak endah
kudiam campur geram dia senyum lantas tangan ku dipegang

Hahahaha... tetiba gigih copy lirik lagu Cik Mek Molek... Kenapa tiba2?? Nak tau ke,nak tau ke??? Hik3...

Mcm ni... Semalam saya beli lauk siap2 bwk blik rmh.. Kebetulan smalam Khamis,kt Kelantan blik awal kan,so elok la mak saya plak kebetulan xmkn tghari lg.. So dipanaskan lauk tu n mkn la nasik.. Pastu tiba2 dia ckp lauk tu pedas giler3!! Fuhh!! ye ke? saya apalagi nk cuba lah kan..tp nk cuba tu mesti dgn nasi sekali okeh,tp nk cuba je kan,so nasi sket je la..satu sudu jer.. Dan betollah mmg pedeeeesss giler2 baban!!(saya pn xtau apa sebenarnya kaitan cite lauk pedas ni dgn tajuk di atas,xpe layan je sbb nk pnjgkan jalan citer)
Adoiii... cane nk mkn mlm nnt..lauk pedas camni,saya mmg xmasyuk aaa.. Pastu tetiba plak terlintas nak mkn kueh yg mmg fames la kalu di kelate ni. Mmg fames ok.. x tipu..Saya gtau kt my mom,then dia gtau,buat lah.. huhu

Memandangkan sume2 bahan2 yg diperlukan mmg sedia ada kt umh ni,saya pn apalagi..teruslah tnpa membuang masa memulakan kerja2 pembuatan Cik Mek Molek... Keh3... So,mlm ni jadilah Cik Mek Molek saya dgn jayanya... Biasanya org pggl Cik Mek jer..tp yg saya buat ni mmg cumil(cehh!! perasan) n sbb tu lah saya sendiri yg tambah jadi Cik Mek Molek tu... Sekian,terima kasih..


MMMM!!!!! Yummmyyyyyyy!!!!








1280 turn's to 1616....

Itu bukan no plat keta,bukan no keramat,bukan tarikh lahir, bukan no ekor,bukan bukan bukan...ngeh3!! Tp itu adalah model hand phone Nokia wokeh... hehehe buang tebiat ke ape... Xde,mcm ni kisah nyer.. Adik ipar saya berkehendakkan sebiji h/fon yg akan digunakan utk jual top up kt kolej dia... Ye la,sblm ni dia jual top up melalui abg dia(laki saya la tu)..ssh jgk la mcm tu kan..So,decide supaya dia jual sdiri je xpyh jadi org tgh lagik..

Ok2 bukan itu nk cerita sebenarnya.. Mana kita tadi.. Haaa h/fon... Adik ipar saya tu nakkan h/fon Nokia yg cokia pya.. Mmg murah gila la,alaaa yg mcm biskut tu..model 1202..tgk fon tu rsa mcm nk kunyah2 jerk.. comel.. Tp bila ktrg pegi kedai tempat yg biasa ktrg amik tu,xde la plak model tu lagi dah... Tp ada 1 model yg ala2 1202 replacement model la iaitu 1280... Handsome sgt fon tu.. Ye la! kalu nk kata smart tkut tertukar dgn smart fon lak.. Ini bkn fon bijak pun,fon cokia je.. Pastu hubby pn decide nk amik jerk fon tu utk adik dia.. Pastu tetiba saya plak yg mcm miang2 kna buluh ke kena batang keladi ke apa kan... menggatal nk jgk fon tu..kah3... Sebenarnya saya pn ade pakai sebiji fon biskut model 1202 ni.. sgtlah cumilnya.. pastu saya ckp la kt hubby kita bg je la kat adik yg saya pakai ni,pastu saya amik yg kita beli utk adik.. Bijak ke bangang saya ekk?? Kuang3!!..Dush3!!! tetiba kuar idea longkang kumbahan tu kan..

Ok then ktrg pn balik... xbeli pun.. ngade2 btol... saya dh pakai fon 3biji okeh.. sekali lagi,3 bijik!!!! haha bagus x saya... mcm bgus je byik...tp campur 3bijik fon saya mgkin hrga xsmp pn sebijik fon org lain.. ngeh3!! Nak tau nape??



NOKIA 1202

Sebab 1.. No yg sejak turun temurun saya pakai..Sayang sbb xnk lost cntact ngn kwn2 lama sbb saya pkai fon ni dr thn 2000 lagik,korang bayangkanlah sejenak n utk no ni saya pakai 1202 tu ler yg rega skang xsmp RM100 pn,tp saya syg sbb der torchlite..hik3...



SONY ERICSSON T 280i
Pastu sebab 2..No yg saya pakai utk bisnes n utk fb.. No ni la yg saya canang sana sini dlm tenet n saya pakai Sony Ericson T280i yg saya rembat kt kedai hubby merangkap kedai acik lorr yg rega market skang adalah RM199...

MOTOROLA EM 330
Sebab 3.. No yg saya saja2 gatal n terpakai secara xsgaja... Ada runner maxis pegi ofis cerita ceriti promosi utk gomen,register dpt free fon n free wireless home modem beserta maxis brdband sim skali.. haahh mau xtergugat iman saya..teruslah sambar tnpa membantah walau sepatah ayat pun..nguh3!! Yg ni sbb fon dpt free kan,so kira free la.. Tp market price dlm RM3oo lbh model Motorola EM330...Haaa gitu kan,masyarakat majmuk sggh hfon2 saya kan.. So kira la berapa nilai 3bijik fon2 saya tu...



INI DIA NOKIA 1616

Haa nk dijadikan cerita,semalam hubby saya tiba2 memerlukan satu lg fon utk bisnes dia tu.. Uh3!! Dh pakai 3bijik kt kdai xckup2 lagik! Ececeh... Pastu dia ckp la dia nk pkai handfon biskut saya tu n dia akn gantikan fon 1280 yg saya dh berkenan tu.. Kebetulan ktrg mmg dh kt KB masa tu,so apalagi,pegi la ktrg ke kedai tu... Pya la sakan niat nk amik 1280 kan... Sekali smp kt kedai x mtk pn fon tu,terus belek2 fon lain termasuk la blackberry bold n curve.. Cehh!!! anak sapa la ni... Eheh!! Tp xamik pn!!! Saja gempak,kitorg amik yg yg model baru,model 1616... Haaaa bru smp ke cerita tajuk kan.. Panjang sggh penjelasan.. Pastu terus tukar simkad dr 1202 ke hfon baru tu..huhu begitulah cerita seadanya.... sekian terima kasih..