CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thursday, December 30, 2010

Ibu dan Ayah...

Kesihatan yg mengganggu ibu saya sejak 2,3hari kebelakangan ini benar2 mengganggu saya.. Sungguh..!! Walaupun tidak terzahir perasaan itu,tp dlm hati saya hanya Tuhan saja yg tahu betapa bercelarunya hati saya.. Walaupun cuba utk tidak memikirkan yg bukan2,tp dalam hati saya sentiasa menggambarkan pelbagai kemungkinan.. Cuba utk mengawal perasaan dan dihalau jauh2 perasaan yg dtg namun, ttp jugak dtg walau sepintas gambaran..


Sungguh!! Saya masih belum puas hidup bersama insan yg bergelar ibu dan ayah.. Tidak pernah sesekali merasa jemu dan bosan hidup bersama kedua2 insan tersayang itu.. Belum cukup saya berbakti utk kedua2nya dan saya masih memerlukan masa yg pnjg utk saya menggembirakan mereka.. Dan Syukur adalah perkara yg plg mudah utk saya panjatkan kerana Allah dekatkan lagi saya dgn mereka apb saya setiap hari dpt melihat mereka di depan mata.. Sakit dan jerih mereka dpt saya tatap setiap hari.... Permintaan mereka sedaya upaya cuba saya tunaikan dan sedaya mgkin saya cuba utk membahagiakan dan menggembirakan mereka.. Saya sedar dgn usia mereka yg sudah melepasi angka 60,bila2 masa saja x mengira keadaan,mereka boleh dijemput oleh Pencipta yg maha Agung... Xperlu sakit tenat,xperlu penyakit kronik,saya sentiasa berjaga2.. Dalam keadaan begini,wang dan harta bukan lagi penting bagi saya,dan apa yg penting, berbakti pada ibu dan ayah menjadi agenda utama saya selagi nyawa masih dikandung badan.... Saya memerlukan ibu dan ayah saya melebihi segala2nya... Cerita2 yg pnh dibaca mengenai kisah seorang ank yg menyesal x sdh setelah pemergian ibu n ayah mereka amat memberi pengajaran kpd saya dan saya bersyukur krn masih punya keduanya dan masih berkesempatan utk terus berbakti kepada mereka.. Saya tidak pya kekayaan utk dilimpahkan kpd mereka,tp ckup sekiranya mereka gembira dan mereka blh mengharapkan saya utk apa jua bantuan.. Setiap kali diminta menolong itu dan ini,wpun saya mempunyai agenda lain,seboleh mgkin saya cba mengenepikan kepentingan saya demi memenuhi permintaan ibu dan ayah kerana saya kira hya itu yg terdaya saya lakukan...


Hati senantiasa berdebar2 tatkala mendengar perkhabaran2 mengenai kematian org2 yg seusia dgn ibu dan ayah yg tidak disebabkan oleh apa2 pnyakit... Sht walafiat pd sebelah paginya dan tiba sebelah ptgnya jatuh dan apb dibawa ke hospital,doktor sahkan sudah meninggal dunia.. Betapa mudahnya kematian itu menjelma tnpa dapat dilengahkan walau sesaat jua.. Dah smp ajal mereka,maka kembalilah mereka ke tempat dari mana mereka dtg...


Oh!!!! Saya terlalu menyayangi mereka dan saya memang anak manja yg masih memerlukan mereka walau bagaimanapun keadaan mereka... Saya berbangga masih pya ibu dan ayah dan saya beruntung dpt berada dekat dgn mereka... Impian saya adalah utk melihat mereka ke tanah suci... Namun kudrat saya tidak cukup mampu utk ke arah itu... Ya Allah,iringi setiap perjalanan hidupku dan makmurkan setiap usahaku ke jalanmu.... Tekadku hanya satu,memberi kebahagiaan hakiki buat insan yg melahirkanku kerana perjalanan masih jauh ke arah matlamat itu.. Hanya dgn keizinanMu mampu merubah segalanya...

Ini dia ayah saya.. Walaupun ayah saya OKU,namun beliau tetap ayah yg terbest dalam dunia ni.. Saya bangga menjadi anak beliau... Bersemangat waja dan sentiasa berusaha memajukan diri..
Walaupun kedutan semakin jelas menghias raut yg semakin dimamah usia,ayah ttp hero dlm hidupku..

Ini wanita yg tiada galang gantinya di dunia ini.. Dia lah ibu saya.. Saya syg ibu saya...


Hati saya akan berbunga riang bila hati kedua ibu dan ayah saya gembira.. Dan hati saya akan terhiris sakit bila hati kedua ibu bapa saya sakit dgn perbuatan saya...

Lovu u so much mek n ayah...... Terima kasih kerana melahirkan Gee ke dunia ini... Gee akan cuba jadi anak yg terbaik walaupun kdg2 mengguris perasaan kalian... Tp ketahuilah hati ini akan menangis meronta setiap kali terlajur melukai kalian.... Semoga Allah memanjangkan umurku dan umur ibu dan ayahku utk aku menjaga dan membahagiakan mereka sepuas2 hatiku sebelum aku atau ibu dan ayahku dijemput menghadap Pencipta yg Agung... Lagu di bawah ini sentiasa akan membuatkan saya menangis setiap kali mendengarnya...





Ayah Dan Ibu



Ayah dan ibu
Itulah permulaan kami
Dapatlah melihat bulan dan
Matahari
Ahai...

Yang dikurniakan dari Ilahi
Ahai...
Ayah dan ibu lah
Mesti dihormati

Ayah dan ibu
Wali dan juga keramat
Pada mereka kita beri hormat
Ahai...
Bagilah tunjuk ajar dan
Nasihat
Supaya hidup
Supaya hidup kita akan selamat