CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Monday, September 6, 2010

Kisah Kau dan Aku................(1)

Terasa berat hatiku untuk balik ke kolej malam nanti.. Tapi tiket dah beli. Nak tak nak terpaksa jugak kuatkan hati... Malamnya aku(utk kisah kau dan aku kena tukar kata ganti nama ok) ke Ketereh dihantar oleh ibu dan ayah untuk menaiki bas... Rutin yang menjadi kebiasaan setiap kali balik kampung... Panas bontot nak dok lma2 kat kolej,pantang ada cuti mesti nak balik kampung.. Ok,pendekkan.. tunggu pya tggu,bas pun sampai. Naik je aku terus tido tak ingat dunia sbb sebelum bertolak tadi dah telan ubat utk 'travel sickness' siap2.. Bukan mabuk ke apa pn,saja nk soh tido nyenyak tanpa gangguan sebab sampai besok ada kelas pagi..



Ok,sedar2 bas dah berenti dekat hentian Merapoh.. Wahh! mampos pya tido.. Mata ngah ngantuk tahap gaban lagi pengangan ubat baaiikk pya tu,tp aku ttp nak jgk turun utk mengosongkan pape yg dh penuh ni...ngeh3.. Rasa mcm org mabuk pn ade.. Maklumlah ngah mamai..jalan pun terhuyung hayang.. Sambil berpeluk tubuh menahan kesejukan awal pagi,aku gagahkan dan cuba sedaya upaya xnk nmpak sgt cam org mamai baru bgn tido..huhu drama swasta btol... Masuk toilet basuh muka..Uishhh xpyh la cite kisah dlm toilet tu..huhu



Ok,selepas kuar toilet,aku meronda sekitar kedai melihat2 kalau2 ada apa2 yang menarik untuk menjadi bahan kudapan di dalam bas.. Mmmm xde pape,nk mkn xsggp la plak sbb sorg2.. Aku batalkan niat utk membeli dan terus menuju ke bas. Ketika melalui celah2 meja makan,aku terasa diriku diperhatikan seseorang.. Nak toleh ke xnak..aku menjeling sekilas.. Dalam hati berkata.. 'Eh! Mamat ni!!'



"Hai.." Tegur jejaka itu bila aku sudah betul2 merapati meja tempat dia sedang minum. Dia kesorangan waktu itu. Mengurangkan kesejukan malam dengan melayan teh 'o' panas..

"Hai.." Aku membalas dengan perasaan berbelah bahagi sbb terpaksa berhenti dr meneruskan niat untuk ke bas dan menyambung tido.

"Ke mana?" Tanyanya ringkas

"Nak balik Uitm.. Sorang ke" Tanyaku sambil buat2 melilau mencari kalau2 ade kelibat yg sesuai utk ditafsirkan sebagai kwn2 dia @ teman se'bas' dengannya..

"A'ah..sorg,balik kampung,cuti"

"Ow.." Dalam hatiku,tak tanya pun...

Nampak cam aku dh xde modal dan mcm xsbr2 nak berlalu,dia kuarkan h/fon dan mtk no fon aku.. Sebab fikirkan org kampung,aku pn bagi la.. Selepas tu,terus aku menuju ke bas utk smbg tido.. Aku x mtk pn no fon dia balik..huhu jual mahal konon..kah3..



2,3 langkah dalam bas,aku rasa lain macam.. 'Eh..! Mana tempat duduk aku?' gumamku dalam hati.. Sampai ke hujung aku menapak,rsa xsdp hati.. Aku mula confius..'Kenapa tempat duduk aku tadi ade org tgh tido?'.. Bila aku amati betul2.. DUSH!!!!! PANG3!!!!! tampar diri sendiri..Rupa-rupanya aku tertukar bas... Cepat2 turun balik nak cover malu.. Ni xlain xbukan jadi hilang ingatan kejap kes jumpa mamat satu kampung la ni...Xpasal2 terus hilang ngantuk..hahahahha

Naik je bas yang betul,bru menapak satu tangga driver terus masuk gear nak jalan..Rupa-rupanya dorg tggu aku sorg jer..Cess!! buat malu jer.. Tya kakak kt sebelah aku dia kata bas dah byk kali hon2 pggl sorg lg passenger..kah3... Mungkin msa aku tersedar tido tadi bas dah lama berenti kot.. Huhhh abaikan.. Layan tido lagi bagus..

Kol 4.30pg aku smp di hentian Putra,bas yg aku naik setakat itu saja.. Adui..nk kna mencari bas ke Shah Alam utk tumpang.. Dapat je bas,aku terus naik dengan harapan dapat sambung tido.. Sekali seat kosong ade satu je,nak xnak terpaksa la jugak duduk sebelah mamat yg terlebih peramah tu.. Macam2 la plak aku di interview secara xrasmi oleh mamat yg bru seminit menjadi seat mate ku itu..dia dah puas tido kot.. Tiba-tiba.. xsemena2..........(heehee bersambung.......)